Saturday, October 22, 2011

Pasar lambak



Petang semalam lepas habis kerja, kawan aku ajak singgah pasar lambak. Cuci mata dan cuci beg duit sikit. Kenapa ia dipanggil pasar lambak, kerana kedai yang jual ada melambak-lambak.

....


Aku cuma beli keropok basah sira sambal dengan keropok basah goreng liat pastilenguhkaunakkunyah. Minggu lepas aku ada belikan Umairah popcorn, tersengih lebar dia dapat benda tu. Seronok bila tengok anak sendiri gembira...


Aku rasa binatang ni nampak bergaya.


Sambil jalan tu mata ada terpandang jugak kedai jual selendang gaya terkini. Tapi tak pasti la selendang Ariani ke pashmina ke. Lelaki tak kisah kot, perempuan kalau pakai tudung sarung macam makcik Indo atau tudung bawal sekalipun, kalau hati cantik, luaran pun InsyaAllah ikut cantik. Tapi kalau lelaki, dengan/tanpa songkok tetap kelihatan bergaya! ;D


Sebelum balik aku sempat sambar putu bambu feveret mak aku sebungkus. Kwan aku pulak beli bubur dan belanja aku aiskrim kelapa blend campur ais krim jagung, TERBAIK!



Aku tiada ber-fixie, cuma yang ada BMX roda tiga ini.

Masa nak keluar dari situ kitaorang terselisih jalan dengan satu team gadis menunggang fixie. Kalau tengok budak² jantan dengan fixie merah jambu, masih boleh tahan lagi. Tapi bila gadis comel yang menunggang fixie tu, aku cuma mampu menjeling sambil menahan jeles dalam hati.




36 comments:

aqmalazmi said... [Reply]

kenapa makanan semua unik dan aku tak penah dengar nie?
cisss!

YouSOF said... [Reply]

kMungkin Kerana kau jarang mencuba kuih-muih di Malaysia.. ;D

semutsengal said... [Reply]

yaaww,

lepas kunyah keropok basah goreng liyat,pasti gusi jadi cramph.



kahkahkahkah !

YouSOF said... [Reply]

Betul lah, macam yang kau selalu rasa tu.. hahaha

najihah sahami said... [Reply]

hahaha...meh kita pakat duit beli fixie sama2...lepas tu jeruk lam bilik. nak kayuh kang lenguh lak. :P

Sarah Mohd Saleh said... [Reply]

beli lahh fixie br derrrr.wane elangi punyerrr.heh

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply]

fevret fifi lah tu putu bambu:)

alah, teringin nk ada fixie sendiri... yg ada dua tempat duduk tuh... belom sempat beli:(

YouSOF said... [Reply]

• najihah sahami > Niat yang bagus, tapi disusuli usaha yang mantap pulak.. ;D

• Sarah Mohd Saleh > Buat pelekat fixie je pun dah ok terr.. heheh

• FIFIEY LYCHEE MARATION > Tapi tak semua putu bambu lembut dikunyah.. kan.

Utamakan yang penting dulu.. ;)

aiEz said... [Reply]

aie geram tgk sticker tu,nak?hee...

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

feveret aku gak putu bambu tuh.. aww.. lama xmakan.hehe

apsal rasa lapar ni?huu

wenk said... [Reply]

ape lagi...beli la fixie....mane tau leh join geng2 gadis tu

ade2mama said... [Reply]

fixie...satu brpe eyh??? kt tmpat aku xde jual la plax..cdg nk bwk gy kolej..leyh ptg2 excise huhhu

Unknown said... [Reply]

hahaha, pasar lambak ada jual macam2 kan? seronok jalan2.... well, belikanlah adik kau tu satu basikal fixie heheheh

Aweyn said... [Reply]

fixie tak fixie..janji hadooo basikal. hihi :P

adwafarahin said... [Reply]

arghhh nk fixie jugak!!!

Puteri Kayangan?@#$%???? said... [Reply]

Hihi fixie? wahhhh umi nak jugak leh? hihihiihi

Puteri Kayangan?@#$%???? said... [Reply]

Hihi fixie? wahhhh umi nak jugak leh? hihihiihi

-Incek Fik- said... [Reply]

Weh! Putu bambu tu my peberet jugak hahaa..


Serius sedap >.<

*aku ada try fixie member aku, first tyme rasa kekok sikit. lama² boleh arr familiar dengan 'gear mati' dia..

cik wanie Lovela (CWL) said... [Reply]

lompat tingi2

Nursyahira izzati Ngadimon said... [Reply]

pehhh ! fixiee siottt ! ha , kt kota rmai ekk org pkai fixie , mase balek dr kote eyra nmpk dak2 bru klua skolaa bwak fixie .

GEREKK seh ;)

BENA said... [Reply]

pelik2 nama makanan yang kau makan tau . eeeeeeee ! tak nak bawak aku jalan2 di kota tinggi kah? HAHAHAHA ;)



cop! aku pernah tengok perempuan bawak fixie . hadoiii , mengancam cara menunggang nya . auwww . hihihi ;)

efa said... [Reply]

fixie bestnya huhu

dhiera zainudin said... [Reply]

style la doremon tu~ best kot keropok basah sira tu..

jeles ye ber'fixie'..

amna said... [Reply]

keropok yang dimaksudkan tu keropok lekor pelbagai perasa ke?

iceream kelapa ? hurmm. x pernah try. nampak unik~

Unknown said... [Reply]

air coconut shake, air jagung parut aku penah minum, aiskrim kelapa blend campur ais krim jagung blum penah lagi..

blum pernah dngr ade pasar lambak..ktne? pasar mlm, pasar tani, psr borong tahu lah.. haha :D

aku tak suka weyh perempuan naik fixie..tonggek semcm je! Aku tgk yg malu..huhu..

Syahirah Suhaili said... [Reply]

eskrim? macam sedap je.. pos kat srawak satu you..haha..adiela ada sebiji fixie buat kumpol debu je dlm stor..kahkah..dulu rajin kayuh dengan kawan ramai2..skarang teman dah xde..simpan buat pekasam je la..

Izzaty Ishak said... [Reply]

Weeewit nampak awek naik fixie la kan. Err, tapi segan jugak nak naik fixie otw ke pasar lambak. Hahaha

Anonymous said... [Reply]

waaahhh feveret keropok basah sira sambal tu..hhmm..

basikat pixie memang menjeleskan kepaa sesiapa yang x memilikinya. sgt cute & cool.

Jue said... [Reply]

Aku ada gak usha blog pelekat ko tu..ada gak dlm plan nak guna suatu hr nanti. Tp dlm prancangan. Tunggu pe yg aku aim tu on ke off =)

Icecream klapa ngan jagung..mmg sodap je bunyi. Gambo xde?kuikui

Abu Bagi said... [Reply]

tapi aku, tak de songkok tak nampak macam orng good good hahaha

Anonymous said... [Reply]

Laki sometimes sakai pon nmpk smart -- #tak puas hati plak :P

syakirahmn said... [Reply]

sungguh, doremon tu macam macho lebihhh ja. HAHAH


tringat beskal paling bergaya dulu, tayar warna warni 3 kaler. ada lagi ke skrg ni ye. ahahha

YouSOF said... [Reply]

• Syahirah Suhaili > Sorry, tak sempat tunggu cair, dah habis di mulut.. ;D

Waah best la da ada fixie, jangan biar lama sangat, kang dah berkarat menyesal tiada berguna lagi. hehe

• Izzaty Ishak > Serius jeles. Dah la comel. haha


Segan, jalan kaki je. Senang dan lebih selamat.. ;D

• Hanie_Dew > Enak kan! Tapi kalau dapat yang liat, makan lah kau sampai lenguh rahang.. haha

Betul lah! Ada 1 memang banggalah.

• Jue > Orait. Thanx!

Tak sempat ambik gambar, feel sangat dengan rasanya.. ;D

• ABU > Tu takde hal lah. Yang penting hati baik mesti mau ada.. ;D

• Nurnajwa KZ > Itulah untung jadi lelaki. heheh

• syakey > Sebab tu, Nobita suka kawan dengan dia.

Hahaha, ada lagi kot. Basikal saiz kecik tu kan. Tapi terbaru aku tengok budak lelaki pergi sekolah agama pun naik fixie lah. Cool habis! Aku macam biasa, jeles.

Cik Anita said... [Reply]

pasar lambak?? kat mana tu??

ct kektus said... [Reply]

aku pon panggil pasar lambak jugak. hehe :p

YouSOF said... [Reply]

• Cik Anita > Pasar lambak ada di setiap negeri wahai Cik Anita.. ;P

Biasanya orang panggil pasar malam, kat Johor biasa panggil pasar lambak.

• siti kektus > Geng lah kita.. ;D

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails