Apa kalian (penunggang motosikal) rasa bila dipancutkan 'air wiper' kereta depan berkali-kali di atas jalan raya secara sengaja?
Kejadian ni telah aku nikmati jumaat lepas dan kalau diingat semula memang masih rasa geram lagi lah dekat manusia bertamadun macam tu. Kalau bujang tu lain cerita, tapi ini pasangan suami isteri. Apa dia ingat aku kempunan sangat nak tunda punggung kereta?
Aku 'tertunda' kereta tu sebab kebetulan dia pandu dengan speed ala² siput muda yang malu nak pintas motosikal seorang akak kat depan tu.
Adalah lebih baik kau fikirkan benda yang manis² biar hilang rasa sakit di hati kau.
Sedang aku menuggu dia pintas motosikal tu tiba² aku terasa seperti air kencing burung hinggap kat muka aku. Rupanya² air dari kereta manusia depan tu. Alhamdulillah, MURNInya perangai orang kita.
Dengan hati yang terbakar aku pintas kereta dia sebelum dia sempat pintas motosikal akak tu. Lepas tu barulah dia sibuk nak pintas motosikal tu. Aku tunjukkan sedikit protes, jalan tengah² dan sedikit perlahan depan kereta dia kasi dia tahu yang aku 'hargai' perbuatan dia tadi tu.
*ALHAMDULILLAH badan aku dah ok 30%. Terima kasih doanya kawan² ;)
24 comments:
Waah bukan main kurang asam jawa lagi kan pasangan tuh. Ingat anak kucing ke nak sembur-sembur air. Ciss! Kesian Usop. Sabar je la ye.
Oh baguslah dah pulih 30%. Banyakkan rehat ye. Jangan main BMX banyak sgt. Ahahaha :D
ini memang sangat grrrr.
awat tak tendang je tayar kereta die ? hahah
*wei kau sakit pe. tak bagitahu aku pon. gitu ah kawan. (tetibe)
perghhh , gila kejam !
eshh.. main pintas2 plk, nsb xde papee..
bagus bagus tahniah kerana mengikut nasihat aku muahaha
mmg xbertamadun org mcmtu..perasan best lah tu.
weewiiittt,
kan best kalau air viper tu air pepsi.
HAHAHAHAHA
org camtu balas balik ngan air kencing haha
Alhamdulillah moga kesihatan makin bertambah baik :)
hehe . kesian nye awak . follow u =)
haha..dia xsedar tu..haaaa
keisna. lenkali pakai helmet tutup muka. tapi tu lah nk bersihkn cermin buat ler time tak gerak.
ouh.. gua rasa berterima kasih sebab dpt cuci muka free.. kasi puih! la sama itu org..
Lain kali ko konfiden jer bila orang buat pedajal camtu. Bukak baju, pastu seraya bercakap kat mamat tu; " tolong pancut kuat sikit! Saya belom mandi lagi ni!"
Suara mesti lantang, muka kena gigih sikit.
Sekian.
heheehehe..
ko xbling batu plax kt cermin dye..pastu ko lari la..
msti dye xleyh kejar ko blk punyew huehuhu
mak aih..sampai gitu,..sabo usop..
dugaan nie sabar yer :)
apa-apa an seyhh.. sian kau.. huhu
terok.. terok.. padan muka dia kene pintas kau.. :P
sakit2 duk rumahlah.berbini cepat2,bley bini jaga.keh3 :P
dia x prasan kot.. =)
kejamnya diorang buat usuf cmtu huhu
gua sound je..
bia la dia naik bmw ...
jnji hati gua puas!
hohoho..hangat betul hati usop kan.ish...sabo ye usop..ntah2 lepas dia buat camtu kt usop. tuhan balas ngan burung berak atas kepala dia ke. siapa tau kan. hehe..
manusia, awak. mcm2 perangainye
dill.
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)