Saturday, August 27, 2011

Sesak terdesak


Sesak nafas aku tadi. Boleh pulak mamat tu kentut dalam LRT. Aku rasa mungkin dia dah terdesak sangat nak mengentutkan manusia lain.


Sesak sampai aku rasa macam nak kopak pintul LRT.


Intro itu hanya rekaan aku je haha. Tadi aku terbaca dekat news paper pasal orang ramai pulang awal ke kampung. Terminal bas Puduraya dan Bandar Tasik Selatan memang sesak dengan waktu-waktu macam ni. Maka aku pun teringat pengalaman aku nak balik beraya dulu.

Masa tu Puduraya belum sewangi sekarang ni. Aku macam biasa berjalan kaki dari Stesen Masjid Jamek terus ke Puduraya. Jalan sedekat itu pun badan aku dah mampu berpeluh rancak. Sampai je situ aku terus pergi kaunter Transnasional (Masa tu aku belum jatuh hati dengan Mara Liner), cari tiket ke Kota Tinggi. Tapi malang, yang tinggal cuma tiket esok paginya.

Mahu tak mahu terpaksa aku beli tiket ke Larkin. Sementara tunggu bas, aku duduk sebelah seorang akak ni. Aku tunjuklah keperamahan aku. Dia kata baru lepas make up Sharifah Aini, siap keluarkan duit dari envelope yang Kak Pah bagi dia tu.

Setiap detik saya bangga jadi ANAK MALAYSIA!


Borak punya borak, kitaorang dah terlepas bas sebab tak dengar pengumumam ketibaan bas. Bunguk gila rasa masa tu, rasa macam taknak jadi peramah dah lepas tu. Serius, duit aku masa tu ngam2 nak buat beli air mineral sebotol je.

Pergi kaunter, diaorang cakap kena beli tiket kanak2 untuk naik bas berikutnya. Nasib baik akak tu tolong bayarkan tiket aku sekali. Lega sungguh. Terima kasih kak.

Dia siap belanja ayam goreng lagi buat makan dalam bas. Aku segan nak ambil, tapi perut aku tak. Seketul jugak la dibedal. Sampai Larkin dekat-dekat jam 11.30 malam, akak tu terus ucap selamat tinggal. Aku terpinga-pinga sebab tak tahu nak balik naik apa. Tapi nasib aku memang baik, kebetulan terjumpa cikgu aku (duduk Felda sebelah) yang baru lepas hantar orang dekat situ. Dia pelawa aku balik sekali, dengan pantas aku angguk tanda setuju. Terima kasih Cikgu Rohaya dan Diba (adiknya).


*Jangan cepat mengeluh dengan ujian yang tak seberapa, siapa tahu ada ganjaran besar yang menanti.

32 comments:

Izzaty Ishak said... [Reply]

Waaaah untunglah akak tu baik. Tak salah jadi peramah ni kan. Hehe ;)

YouSOF said... [Reply]

Tak salah malahan menguntungkan.. ;)

Ryan Ervan said... [Reply]

kenangan sungguh balik kampung~ and memang bernasib baik ada cikgu rohaya time tuh, selamat..

kalau x der kan, apa jadik yerk??

Unknown said... [Reply]

mesti akk tuh cita deras kan sampai tak dgr pngumuman bas ..haha..

takpe sop, pengalaman tuh..Kalau aku mungkin dh gelabah ayam nangis-nagis tepon abg aku suh ambik..*aku kn perempuan..hati cengeng..errr betul ke ayat aku nih..hati cengeng..ke kuat cengeng..ok, bye tak pandai Jawa..Dasar jawa celup aku nih..haha..cengeng tuh nagis kan? :D

alien said... [Reply]

best a kau

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

untung ler dapat ayam seketul atas keramahan kau tuhh..hahahahak

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

wahhh..murah rezeki hari tu ye ;)

kocix! said... [Reply]

ececehh gambo..
pegang bendera la sgt!
hehe

slamat hari raye n merdeka ye!!!

Hanys Najib said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Hanys Najib said... [Reply]

alhamdulillah, akak tu tolong..
kalau x, alahai..

SALAM AIDILFITRI yusop..;D

[sutera kasih] said... [Reply]

keramahan yg ada hikmah sebenarnya tu hehe..

selamat hari raya yousof :)

Unknown said... [Reply]

wahh..untunglah akak tuh baek..err nka ayam..jap yg kentut tu kau ke??

YouSOF said... [Reply]

Aman Ibrahim > Kalau tak ada , terpaksa tidur dekat surau la (itu pun kalau tak kunci).. ;D

Fee Hafeezah ketuk keyboard > Boleh tahan la, siap dia sempat call Kak Pah kejap pas tu sambung borak dengan aku..

Cengeng tu kuat or mudah menangis kot.. sama juga dengan gembeng. (kalau tak silap la)

alien > Hehe, rezeki..

Anif Abdullah| AA > Hahaha, dia mintak aku habiskan semua.. Kalau tak segan memang aku dah kebas.. ;D

Syazwan Che Deraman > Yup.. Murah senyuman jugak..

kocix! > Eh itu flag lah! ;D

Selamat2..

h A n Y S > Kalau tak, tidur dekat Pudu la jawabnya..

Salam Aidilfitri.. ;)

[sutera kasih] > ;)


Selamat hari raya Syaza...

YouSOF said... [Reply]

syrupmasin > Untung2.. Mungkin muka aku macam muka bakal ustaz kot.. ;D


Bapak aku belum sembelih ayam lagi la Sin. Sorry. Taklah, rekaan je tu.

semutsengal said... [Reply]

nasib baik kau jumpa cikgu rohaya, kalau kau jumpa aku mesti aku buat bodo je sebab aku tak kenal kau.



lalalalalalala.

Unknown said... [Reply]

haha comel je tyme cakap 'rasa mcm xnak jd peramah dah lepas tu' ;D

hikmah kan ramah ngan org? mungkin Tuhan nak uji usop terlebih dahulu kemudian di bls dgn berganda2 kesenangan. ;)

YouSOF said... [Reply]

muhamad hanif > Tapi bukan kau jenis suka membantu orang lain ke?


;D

Amna.Qadeeja > Haha..


Betul... ;)

Far8 budak baik said... [Reply]

mesti akak tu kot kannn..
sampai borak tak hingat ni..
hahaha..time akak tu ucap selamat tinggal..kau tak minta ke facebook dy ke..no ke..hahaha!

Anonymous said... [Reply]

Hahahaha, ade baiknya jd peramah ;D

Hei Abang Yusof,

Selamat Hari Raya ;)

Maaf for everything^^

*ahaha, kantoi kte nyanyi kt sekolah*

najihah sahami said... [Reply]

wah..mmg kebetulan yang menguntungkan. hehe..

lepas ni kena jadi peramah selalu la sebab nanti leh dpt ayam berketul2 lg.:)

Alif Haris said... [Reply]

hai usop yg permaah :D
hahahaha
jgn pasni kene tinggal bas lg sudah la ..
mujur akak tu baik..hehe

Hans Hanis said... [Reply]

teringin aku nak gi PUDU SENTRAL
hehehehe

Bunga said... [Reply]

amboii..best2..

selamat hari lahir dan merdeka..maaf zahir batin..

YouSOF said... [Reply]

Far8 budak baik > Masa tu aku ada akun MS je la Far8.. ;D

Kan bagus kalau masa tu aku dah ada blog.. heheh

Nurnajwa > Peramah membawa muhibbah.. ;)

Sama..

Hehe, bagus2.. Jangan terlupa letak kain batik atas kepala sudah.. ;P

alif haris > Hai Alif yang baik.. ;D


Syukur, nasib aku memang baik hari tu Lep..

Hans > Aku pun belum masuk lagi lepas Sentral Puduraya tu bertukar wangi..

bunga > Amboi..



Ok selamat 'hari lahir' dan merdeka juga Buna.... ;D

>

BENA said... [Reply]

hamboiiiiiiiiii ! siyes ko memang beruntung sebab dapat jume akak peramah macm tu tau ;)




ko tak tanye akak tu ' kak ade gamba sharifah aini x? heeeeee





selamat menyambut merdeka jugak ye cik Utop!

Unknown said... [Reply]

haha..Assalamualikum ostat :D

Unknown said... [Reply]

Hehehe, entry ni menginsafkan sy...sbb klau sy kt tmpt bro, dah lama mengeluh....

khairul akmal bin azman said... [Reply]

mamat 2 da sakit pwut sgt kot

Adam Ikan said... [Reply]

untung larr . bru knal akak mekap tros siap ofer ayam goren . haha

rezeki jgn ditolak

selamat hari rye YOUsof

:)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2521fc2991c276d00d89e037ee31c093

Unknown said... [Reply]

naseb baik ader akak tu usop..kalo tak..raya kat KL la..huhu

ade2mama said... [Reply]

raye aritu aku gy puduraya..pehhh..da macm kt jakarta..
org kite xnmpk lngsung..
gram aku kt polis
xreti2 nk pantau kew..
da mcm raye kt indonesia plax..
heheh

Liyana Zahim said... [Reply]

Waaa.. How lucky u!

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails