Wednesday, May 25, 2011

Kerana Aku Lebih Sayangkan Allah

Assalamua'laikum sahabat ;)







Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.
"Aleesya likes a link."
Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada katiluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :
Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."



sumber : iluvislam





Tengah kerja tadi tiba² ada satu panggilan masuk. Akak aku beritahu bapak aku masuk hospital lagi. Untuk pengetahuan, bapak aku tu ada kencing manis. Kena kawal makanan, gula dalam darah. Pulak tu selera makan dia kuat, nak kurangkan makan memang susah. So doktor nasihatkan minum banyak² air suam. Pun agak susah jugak dia nak minum banyak².

Lagi mengejutkan akak aku kata bapak aku dah mintak maaf, peluk² dengan semua. Mintak kasi settle semua hutang. Tak berderaukan darah seorang anak kalau dengar camtu?

Aku pun pernah kena sound balik bila aku nasihat dia minum air suam banyak². Lebih kurang macam kes aku tegur dia kurangkan hisap rokok dulu, pun aku kena sound semula hahah. Orang tua kan, kadang² makin sensitif. Kita kena cuba paham dan paham la kan.

Tapi tak lama lepas tu adik aku mesej. Hati aku berdebar tahap gilababas!


"Abah dah boleh keluar"

Alhamdulillah, lega habis aku baca mesej tu.


Mintak korang doakan kesihatan abah aku selalu ok, terima kasih. Aku pun sebaliknya.. ;)



Artikel ni sedikit seBANYAK terkena batang hidung aku. Dengan sukarela aku pun nak kongsi dengan kalian.~

29 comments:

::FAIZ:: said... [Reply]

semoga ayahanda kamu sembuh cepat

Cik TTK said... [Reply]

semoga wak ngadi cepat sembuh!amin...

sop, artikel ni memang kena batang idong aku..terkesima!huuu

Unknown said... [Reply]

semoga abh hang akan sihat seperti sedia kala.. btw, terima kasih atas perkongsiaan ini..ayie kdng2 g iluvislam juga tpy jumpa artikel ni lg..hehe kadang2 terfikir tntg diri ini adkh aku lyk mencintai sesorng sedngkan ayie sendiri pon blom sempurna mencintainya. incya-Allah menjadi pengjaran..amin44x

YouSOF said... [Reply]

::FAIZ FARISH:: > Mekaseh.. ;)


Cik TTK > Amin..


Sebab tu aku nak kongsi keterkesimaan tu ngan kawan² lain.. ;)


cucu umie > Amin insyaAllah..


Sama Yie. Aku pun selalu jumpa artikel yang ada isi macam ni. Bagus kot nak kongsi walaupun ada yang berat nak terima kan...

Ain Zulaikha said... [Reply]

jaga elok2 abah... hrp abh u sihat dan cepat sembuh.. amin..

syira said... [Reply]

semoga abah awk sihat

jeely jelly said... [Reply]

semoga abah awak cepat sihat okay :)

artikel tu.. errghh... x tau nak ckp ape.. yang penting mmg tabik lah kat mereka2 dlm artikel tu ..

Bunga said... [Reply]

bunga suka artikel dari i luv islam itu..:)..

Alhamdulillah..abh dah cihat..mmg kena kawal..arwah abh bunga ada kencing manis..

YouSOF said... [Reply]

Ain Zulaikha > Amin².. Thanx AZ.. ;)


syaEYRA > Amin.. Thanx.. ;)


jeely jelly > Okay.. mekaseh Yana..




Padat dan tepat kan artikel tu..

CouLeur de Chiqu3 said... [Reply]

semoga bapak kamu sehat2 kembali la yer...jaga dia bebaik okeh !

Unknown said... [Reply]

diam itu zikir dan rindu itu berdosa sbb rindu itu sgt sakit sebenarnya.

mai doakan ayh usop cepat sembuh. jg beliau leklok k :)

adwafarahin said... [Reply]

adwa paham perasaan kamu.risaunya pada abah mmg x bole nk bayangkan kan
kita dok jauh x bole buat pape''dpt msj n kol mmg terseksa rsenye
takut perkara buruk yg disampaikan

adwa doakan abah kamu sihat sentiasa..kamu pon jgn berhenti berdoa ye yousof
insyaAllah

Fariha Abd Manaff said... [Reply]

I'll pray for your abah, always in a pink of health.. amin. :)

Sama2 kita kuatkan rasa kasih pada Allah, the only love we have been chasing for. Aminn .

Unknown said... [Reply]

iluvislam tuh mmg bagus..aku pon bace weh..ohh..semoge abah kau tambah sehat..

YouSOF said... [Reply]

CouLeur de Chiqu3 > Aminnn.. Insyaallah.. Mekaseh Cik..


Pasal artikel atas tu takde nak kasi 1, 2 komen kah?


Amna.Qadeeja > Betul tu Mai! Hanya rindu pada Sang Pencipta adalah sebenar2 rindu yang patut ada pada setiap makhluk..

Mekaseh.. InsyaAllah.. ;)
>


adwafarahin > Thanx Adwa sebab paham.. Masa tu dalam kepala dah pikir macam2.. Tapi Alhamdulillah semua baik2 je..

InsyaAllah2.. ;)


ToshioMario > THANX Fi.. ;)

I'll insyaAllah.. Aminnn.


syrupmasin > Tulakan, makin lama makin advance web tu!


Thanx Sin..

Afzainizam said... [Reply]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

vespa naza

kami doakan kesejahteraan ayahda kamu.... Insya Allah mudahan dalam perlindungan Allah jua....

Daddylicious said... [Reply]

kerana rokok juga lah aku kehilangan ayah...kanser hati!

YouSOF said... [Reply]

Afzainizam > Terima kasih bro.. Aminnn insyaAllah..


daddyzkool > Terus hadiahkan al-fatihah bro..

Unknown said... [Reply]

bile la apik nak jadi macam dalam artikel tu..apik tak mampu..huuuu..

apik akan sentiasa doakan abah usop tu sihat..aminnn

Hans Hanis said... [Reply]

ar ar
memang susah sikit nak tegur orang tua nih
maklumlah mereka lebih emosi
apa2pun alhamdulillah dah keluar hospital kan
syukur
:-)

Review Filem Karak Disini

YouSOF said... [Reply]

apik pehe > Boleh.. slow² Pik... Kalau rasa dah mampu, cepat² je sahkan mellangkah setapak ke hadapan.. ;D


Mekaseh Pik..


Hans > Yup.. Jangan kita terikut emosi sudah..


Alhamdulillah.. ;)

cik najah said... [Reply]

salam Yousuf .

Terima kasih atas perkongsian .

*nice entry .

p/s : manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan . moga Allah mengampunkan dosa kita .

Unknown said... [Reply]

hehehe..bereh2..insyaallah 5 tahun lagi cukop la tu..hehe

Afzainizam said... [Reply]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

insya Allah berkat doa anak pada ibu bapa ... Allah maha pengasih atas permintaan hamba-hambanya

Anonymous said... [Reply]

semoga abah awak cepat sihat.
dan suka entry ni.
:)

fiezah91 said... [Reply]

semoga ayah usop cepat sembuh ye.. :D

Scha406 said... [Reply]

get well soon ya abah....

Raden said... [Reply]

couple itu haram...erm...susah btul kn nak kawal perasaan

neway semoge ayah betul2 sehat!

YouSOF said... [Reply]

qlah > Assalam.. sama² kita mengingatkan...


Amin insyaAllah..


apik pehe > Hehhe. Aminnn. moge korang terus bahagia Pik..


Afzainizam > insyaAllah bro..


chemay >TERIMA KASIH.. ;)

fiezah91 >Amin.. mekaseh²..

sha a.s >Mekaseh nak (wakilkan abah) ;)

Naddia >Yup betul Nad..


Mekaseh ok! ;)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails