Wednesday, May 22, 2013

Damai II

Adik dengan akak aku kata pendek sangat cerita yang first tu, nak taip panjang²  sebak pun jadi panjang la kan ;') Takpe aku sambung lagi. Dapat luah, lega!


*refresh untuk ulang tayang*


Senyum
Serius aku rindu dengan senyuman abah. Boleh kata setiap hari aku terbayang abah tengah tersenyum dekat aku, secara tak sengaja aku akan balas senyuman tu... Aku harap abah sedang tersenyum dengan doa kami dekat sini sebagai tanda ingatan dan rindu kami untuk abah dekat sana.

Abah rajin rewang kalau rumah jiran satu blok kawasan Felda tempat aku ni buat kerja kahwin. Kalau anak-anak dia tak pergi, dia akan ajak pergi rewang sekali dengan dia, "pergilah, kalau rumah kita buat kerja kahwin nanti kan nak mintak tolong orang jugak kan.." lebih kurang macam tu lah ayat abah yang aku ingat.

Kalau tengah rewang tu asyik orang² tua je nyanyi lagu 60-an lagi dan lagi, abah selalu mintak aku nyanyikan lagu yang baru sikit sambil tersenyum. Rewang sikit apa yang patut aku terus pilih lagu , abah ok je dengan lagu pilihan aku ;D Serius rindu dengan senyuman tu! Rindu tahap beku!


Gurau
Sekali pandang ramai yang kata abah aku jenis garang. Dia suka tegur sekali sekala tapi teguran tu jenis makan dalam, sekali dengar terus hadam ;D Nampak garang tapi sebenarnya tak, suka gurau lagi adalah.

Masa aku kecik² dulu lepas solat isya' biasanya lepak ramai² depan TV. Abah suka gesel-geselkan janggut yang dia baru cukur dekat muka aku, aku pun cuba mengelak sebab geli hihi

ريندو
Sarapan
Masa aku sekolah rendah, setiap hari sabtu dan ahad abah selalu ajak aku ikut dia sarapan dekat warung. Roti canai sekeping, teh tarik segelas, kenangan manis yang sentiasa segar dan jelas. Sekarang, setiap kali lalu depan warung tu, secara automatik rindu aku pada abah akan bertambah ;')


Memahami
Masa aku terlibat dalam kemalangan setahun lepas, abah langsung tak marah aku walhal dia tahu anak dia yang salah, konon nak kejar masa, hujung² aku yang dapat hadiah patah itu, luka ini. Abah sikit pun tak marah, serius masa tu aku sebak. Abah sangat faham situasi anak dia ni.

Masa family aku tunggu doktor pasang besi 'arch bar' dekat mulut, aku nampak mata mak dengan akak aku je yang berair tapi aku tahu hati abah aku juga tak kurang risaunya.. Dan sekarang aku tahu soalan yang paling patut dihindari bila kawan² kauorang terlibat kemalangan adalah "siapa yang salah?" sebaliknya "syukur umur kau masih panjang" etc.



*Berbulan-bulan dalam draft baru hari ni aku dapat publish..  Lepas ni aku nak sambung sikit cerita masa jaga abah dekat hospital. Al-fatihah

Bersambung...

21 comments:

Lelaki said... [Reply]

al fatihah.

ewanthology said... [Reply]

semoga rohnya dicucuri rahmat

Unknown said... [Reply]

al fatihah.. semoga dicucuri rahmat..

p.s ak pun bnyk entry kat draft.. tah bila nak publish pun tak tau

Cik TeN10 said... [Reply]

kalau rindu banyakkan doa utknya.semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman :)

Mek Onie said... [Reply]

soppppppppp, aku baca yang tang SENYUM ayat first pun tetiba sebakkkkkk.... al-fatihah ....semoga rohnya dicucuri rahmat,amin....

PemilikCahaya said... [Reply]

Sebak, jelez, sedih untuk aku dan gembira untuk kamu sebenarnya..alhamdulillah sebab kau diberi peluang merasa kasih syg itu..sop..doakan abah selalu yer..anak yg soleh inshaAllah akan bahagiakan dia disana.. :')

arshad muhamad said... [Reply]

speechless la Sop baca..
Al-Fatihah

Nur Azila said... [Reply]

Tengok je lukisan tu dah mula rasa sebak. (speechless macam acad)
Al-Fatihah semoga roh dicucuri rahmat..amin

*Tak silap masa tu musim hujan kan..

Bunda_nora said... [Reply]

assalamualaikum,

salam ukhuwah dan salam takziah dari bunda...

syafiqa said... [Reply]

al-fatihah.
kalau rindu, banyak banyak sedekah apa patut.

tabah terus-terus sop

iAmCekbolat said... [Reply]

sebak weh aku baca . aku teringat abah aku walaupun abah aku ada lagi .

alfatihah .

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

al-fatihah...bergenang juga air mata nie...rietta masih ada ayah kandung..tapi ayah (atuk) yang rietta sayang...dah lamer pergi...dan senyuman itu tetap rietta rindu..walau telah 16 thn ayah pergi...

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

al fatihah

dill said... [Reply]

saya baru baca blog awak. Takziah. Moga Abah awak ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.

dill.

merahitujambu said... [Reply]

takziah dkt awak.. =)

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Psss...ooo...gmbar air terjun rietta dah post awl...gmbar track...hmm...nnti ada rezki rietta post yea...sj xnak brat page...

Unknown said... [Reply]

Sebak membacanya...tapi memberikan kesan kepada kami semua. Alhamdulillah, dalam membaca kisah hidup Ucop, kami juga mendapat keinsafan...sabar yea Ucop....semuanya ada hikmah yang tersembunyi....Al-Fatihah buat arwah ayah Ucop...

eVa said... [Reply]

al-fatihah.. setiap kali bc tentang ayah usop, sy xboleh tahan.. sebak sgt.. terus terbyg ayah kiter, mcm mana pulak bila mak n ayah atau bradek lain dah xda nanti.. u r stonger usop..

Hanie Dew said... [Reply]

sedih. tapi entry ko bole buat kami sedar. hargai orang tua kita selagi mereka masih di depan mata. setiap detik dan saat dengan mereka tiada harta bole tandinginya.. al-fatihah untuk ayah ko usop.

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

takziah yusof..baru tau. kemsalam kt mak ye..

عبده العمراوى said... [Reply]

شركة تنظيف خزانات بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالخفجى

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails