Hello pakcik makcik, jom tutup aurat jom! ;) |
Masa umur lebih kurang 10 tahun macam tu aku pernah jadi ketua kelas sekolah agama, berkain sampin ungu. Bebudak lelaki lain pakai baju melayu putih berkain sampin hitam, pengawas pulak warna merah. Sebagai ketua kelas/ pengawas ni ada seronok dan tak seronoknya. maklumlah bila kita ada kuasa mengarah, yang lain sedikit sebanyak mesti ada yang cemburu terutamanya bebudak lelaki. Aku tak pasti bebudak perempuan macam mana, mungkin diaorang suka tengok budak lelaki berkain sampin selain warna hitam, nampak lain dan sedikit comel barangkali.
Salah satu sebabnya adalah setiap hari jumaat kami diberikan tugas oleh ustaz untuk catit nama bebudak yang buat bising dekat masjid dan bila dah habis solat, masuk kelas terus bagi senarai nama tu pada ustaz yang dah menunggu dengan rotan di tangan.
Kalau dah ada rotan dekat tangan ditambah ada bebudak nakal dekat depan mata, memang tak sah lah kalau rotan tu tak hinggap di punggung bebudak tu kan. Jadi dari situ timbul rasa tak puas hati dalam diri bebudak yang berkain sampin hitam ni. Sebagai ketua kelas aku ada la juga rasa dihormati oleh bebudak kelas :) tapi tak kurang juga masih ada yang cemburu dan dengki. Apa susah suruhlah mak diaorang buatkan kain sampin ungu, pakai time raya ke kan.
Sampin ungu aku pernah ditarik masa tengah bersujud dalam solat jumaat, aku target mesti salah sorang bebudak berkain sampin hitam dekat belakang yang buat benda tu. Aku buat rilek buat pis je sebab aku sedkit penyabar pada masa tu, mungkin juga itu sebab aku dipilih menjadi ketua kelas dan tak lupa juga, aku senang nangis, ala normal la kan nama pun budak kecik ;3
20 comments:
ketua kelas rupanya kau ni... sekolah agama plak tu .
Sekolah agama darjah 1 hingga 5 je pun umie ;)
aku pn pernah jadi pengawas sekolah agama..
pakai kain merah..
tapi setiap hari pun datang lambat..
sobs..!
Bangun! Assalamualaikum Ustazah :)
saye tak pernah jadi ketua kelas. pengalaman untuk awak. ^^
dill.
calon imam masjid ni hehe
kakakka,
weh weh, aku dulu anti betul dekat ketua kelas ke pengawas ke. biasalah nakal.
jengjengjeng
jadi pemimpin ni mmg susah nak buat semua org suka kat cara kita.
kena byk bersabar.
ahaa.. bese la tu.. tp bagus jugak dari kecik dh belajar pegang amanah,tanggungjawab. :)
wah! berjasa sungguh sampin ungu kau usop :)
ade simpan lagi tak? heheheh
Haha aku masa bebudak takut nak pakai kain sarung..macm tu la takut kena tarik olh kazen dan mmber2 sengal..
Jadi ketua kelas?..wau..ok la tu..aku langsung tak pernah..
Btw..lama tak singgah sini usop..apa kabarmu di sana..
Aku masa kecik pernah jadi Pengawas Perpustakaan je hehehe.....
Kite pun, muke ni la jadi ketua klas, xpun pngws since drjh 1 smpi 6, haha
hai.. salam kenal,
follower no.1120
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
eyh samalah kiter.. dulu pengawas jugak.. dulu nak jadi pengawas, sbb masa perhimpunan saya nak ronda2, sy tak tahan berdiri lama.. mudah nak pengsan.. sbb itu jer haha. tp mmg org tetap dengki.. tp buat xtau jer.. penah skali budak laki pancitkan ink pen dekat blakang bj kiter.. menangis!! hahaha..
ko senang nangis, jd actually ko nangis la masa kain kene tarik ye.. hihihi.. aku pernah jadi ketua kelas masa darjah 3. garang habis la. sampai orang kidal pun aku marah soh tulis pakai tangan kanan.. hahaha..xtau bole tulis pakai tangan kiri. selalu kene ajar tak elok pakai tangan kiri kan.. =P..
haha sapa tak nangis waktu kecik memang pelik r
Orang tak suka dengan ketua kelas. Aku pun. Dulu pernah pegang jawatan ni. Tahan 3 hari je. Pastu minta tukar jadi ketua keceriaan. Kerja pun senang, tak buat apa pun. Jgn jadi ketua pengawas, satu sekolah benci.
sekarang senang nangis lagi tak ? nak hulur jari nak lapkan :)
sampin ungu mcm pelik je . takpe aku nk google .
tak pernah jadik ketua kelas. best tak? hehe
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)