Showing posts with label ketika aku kecil. Show all posts
Showing posts with label ketika aku kecil. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Ungu

Hello pakcik makcik, jom tutup aurat jom! ;)


Masa umur lebih kurang 10 tahun macam tu aku pernah jadi ketua kelas sekolah agama, berkain sampin ungu. Bebudak lelaki lain pakai baju melayu putih berkain sampin hitam, pengawas pulak warna merah. Sebagai ketua kelas/ pengawas ni ada seronok dan tak seronoknya. maklumlah bila kita ada kuasa mengarah, yang lain sedikit sebanyak mesti ada yang cemburu terutamanya bebudak lelaki. Aku tak pasti bebudak perempuan macam mana, mungkin diaorang suka tengok budak lelaki berkain sampin selain warna hitam, nampak lain dan sedikit comel barangkali.

Salah satu sebabnya adalah setiap hari jumaat kami diberikan tugas oleh ustaz untuk catit nama bebudak yang buat bising dekat masjid dan bila dah habis solat, masuk kelas terus bagi senarai nama tu pada ustaz yang dah menunggu dengan rotan di tangan.

Kalau dah ada rotan dekat tangan ditambah ada bebudak nakal dekat depan mata, memang tak sah lah kalau rotan tu tak hinggap di punggung bebudak tu kan. Jadi dari situ timbul rasa tak puas hati dalam diri bebudak yang berkain sampin hitam ni. Sebagai ketua kelas aku ada la juga rasa dihormati oleh bebudak kelas :) tapi tak kurang juga masih ada yang cemburu dan dengki. Apa susah suruhlah mak diaorang buatkan kain sampin ungu, pakai time raya ke kan.

Sampin ungu aku pernah ditarik masa tengah bersujud dalam solat jumaat, aku target mesti salah sorang bebudak berkain sampin hitam dekat belakang yang buat benda tu. Aku buat rilek buat pis je sebab aku sedkit penyabar pada masa tu, mungkin juga itu sebab aku dipilih menjadi ketua kelas dan tak lupa juga, aku senang nangis, ala normal la kan nama pun budak kecik ;3



Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails