Thursday, April 18, 2013

Damai

*refresh untuk ulang tayang*



Bersungguh-sungguh aku gerakkan tetikus untuk dapatkan hasil 'secantik' ini hehe. Seronok pulak main benda ni. Dapat tau pun dari blog unik Dani. Tengok orang hebat melukis aku pun sibuk nak cuba ;D

Bukit / gunung -  Sangat teringin nak daki bukit / gunung, tapi setakat ni belum jumpa geng yang betul² nak buat aktiviti lasak tapi cool ni. Ada kawan kata kaki kau pernah injured, mesti susah.. Ala kita daki gunung, bukan lari atas gunung hehe. Tak dapat daki gunung, daki dinding pun dah cukup menerujakan aku.


Buaian - Pernah ada kenangan basah masa sekolah tadika dulu. Sebelum masuk kelas masing² mesti sibuk main² dekat luar. Punyalah teruja main buaian, entah macam mana aku boleh terjelopok atas lopak air hujan warna 'teh tarik' dekat bawah buaian tu. Indah bukan?


Basikal - Sejak zaman bebudak lagi aku memang aktif berbasikal. Tak ingat tahun bila arwah Abah belikan basikal BMX, basikal feveret budak lelaki zaman tu. Berbasikal tak kira panas, tak kira hujan, hasilnya kulit hitam berkilat, padayappa ;D

14 comments:

nurdani said... [Reply]

cantik lukisan. teringat kata2 Lana (blogger) yang mana dia cakap, seni bukan untuk dibandingkan kecantikan. jadi bagi saya, seni tu subjektif.hehe

kali terakhir daki gunung masa 2007/2008 dekat Perak. memang ada keinginan nak daki lagi tapi takda member nak join jugak.haha

::FAIZ:: said... [Reply]

saya sampai skrg suka main buaian. klu jumpa tanpa segan silu akan main....
basikal pun, bila tgk bdk kecik main basikal rasa mcm nak main sama...

iAmCekbolat said... [Reply]

hahaha sangat padayappa !

Oh sebab tu kau menggunungg gunungg gunungg *bergema kat entry aku ya . haha .
aku teringin nak daki bukit broga . aku suka brjalan wlaupun aku ni banyak 'lemak' kdg2 aku syg lemak . eh ?

YouSOF said... [Reply]

bila orang hebat melukis puji lukisan kita, maka kita perlu rasa GEMBIRA ;D
terima kasih Dani. Betul tu seni itu subjektif hehe

ok la tu at least pernah merasa daki gunung, aktivi yg memenatkan tapi SERONOK.

YouSOF said... [Reply]

biasa kalau aku teman anak buah aku pergi playground mesti aku main buaian sekali hehe

beli la basikal bukit satu bro, ada geng boleh ajak daki bukit guna basikal, lagi mencabar ;D

YouSOF said... [Reply]

deyyy ;D

haha.. aku lagi teringin nak daki bukit broga, setakat ni cuma mampu tumpang jeles je tengok gambar kawan² dapat daki bukit tu.. alah orang tak banyak lemak tak bermakna sihat kan? suka berjalan tu kira baguslah.. ;D

Shyrazrul said... [Reply]

haha, ok comel. tapi sengal kot, lukis padam lukis padam xD entah apa2 je.

arshad muhamad said... [Reply]

Aku ternganga kejap tengok lukisan ohsem versi ala kadar tuh..

Ohsem tetap ohsem !

Razf said... [Reply]

teringin nak naik Gunung Kinabalu...

Cik TeN10 said... [Reply]

wahhh cm best je men conteng2 time tengah2 boring kt lab ni.. hahaha org dtg lab buat research kita dok sibuk menconteng kan. senior kt sebelah dok pandang pelik je.. hahahha :D ok.batalkan niat utk menconteng.hahaha

ohh suka jugak mendaki.last mendaki kt gunung angsi negeri9 kl xsilap.tu pun dh 5 tahun yg lepas.skrg kalau nk daki mmg semput lah hahahaha.satu nikmat yg tak terucap dgn kata2 bila berada kt puncak tgk view dr ats.subhanallah

ahaa pasal buaian tu.kami 4 beradik naik buaian yg mcm labah2 tu.hayun punya hayun gedebukkkkempat2 org jatuh ats tanah..hahahaha

pengalaman best naik basikal adalah mendarat dlm longkang besar dan basikal menimpa diri maka bertapalah sekejap dlm longkang busuk tu smpai jiran ternampak dan angkat basikal bawak naik.ngeheheh nama je pmpuan tp buas yg amat dulu2..

erkkkk..sorry terkomen panjang pulak :p

eVa said... [Reply]

alaaa xdpt tgk.. sbb pakai hp jer ni.. hehe dulu masa skolah penah naik basikal dan tinggi, lps tu cuba nak berhenti dekat tepi parit tp kaki tak sampai trus masok dalam parit besar.. seluruh badan hitam gigi jer puteh.. ayah pulak gelak cepat2 amik camera amik gamba hahaha takkan lupa punyer

semutsengal said... [Reply]

untungla ada bmx, aku dlu pkai basikal chopper je. Seat bengkok buat sendiri, sampai patah. kakaka

Unknown said... [Reply]

aku time kecik2 dulu kaki berbasikal. naik basikal pergi rata2 tempat. jelajah sini sana siap masuk hutan lg.

Unknown said... [Reply]

Wah....patutlah blog Ucop makin meriah dan kreatip! Sumpah aku suka benda2 kreatip mcm ni hehe..... makin seronok nak baca blog ni lepas ni.....

By the way kau memang patut cari kawan untuk buat aktiviti lasak tu, panjat bukit area Johor tu hehe......

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails