i P h o n e Lima |
Orang buat review aku pun sibuk nak buat sedikit review pasal iPhone Lima terbaru ni memandangkan aku tak pernah bermimpi nak beli benda secanggih dan sepanjang ini.
Ok jom tengok apa lagi keunikan dan kelebihan iPhone Lima yang aku rasa tak ramai lagi yang tahu.
Gitar
Tak perlu risau jari sakit, tak perlu risau jari keras. Anda hanya perlu sekeping
iPhone Lima dan anda sudah mampu bermain gitar selama yang anda mahu (itu pun kalau bateri tahan lama).
Pita pengukur
Tak perlu bawa pita pengukur biasa yang mungkin susah nak disimpan dalam poket kerana ketebalannya. Jadi bawalah iPhone Lima yang nipis ini! Ya nipis dan panjang!
Kamera Diyes El R
Bosan dengan gambar panorama yang tak cukup lebar/ atau kurang besar? Beli dan bawalah iPhone Lima ke mana sahaja lokasi percutian anda. Pasti banyak mata yang melirik cemburu.
Pedang Lightsaber StarWars
Hanya perlu menyentuh skrin dan iPhone Lima anda mampu bertukar menjadi sebilah pedang yang hebat. Libaslah ke mana saja yang anda mahu dengan syarat anda sanggup menanggung risikonya tanpa menyalahkan siapa².
Berkongsi dengan rakan sebelah
Rakan sebelah boleh mendengar perbualan anda di talian tanpa perlu mendekatkan telinga ke arah anda. Anda tak rimas, rakan anda pun rasa 'bebas'. Sesuai dipraktikkan ketika sedang bersesak-sesak di dalam LRT ataupun bas.
Penyokong kaki
Sesuai untuk warga tua atau orang yang mengalami sakit-sakit kaki (lutut).
Mungkin banyak lagi kegunaan iPhone Lima ni aku tak dapat kongsi dengan kauorang sebab aku sendiri belum beli. Siapa-siapa yang dah beli tu nanti jangan segan² untuk gunakan kelebihan iPhone Lima kauorang ok!
23 comments:
hehehehe ini memang rare.. ;D
kehkehkeh.
ramai yang dok kata benda ni pasal iphone 5.
terbaek laa! boleh laa buat hadiah hari jadi! pasti sgt bermakna..
hahahaha
kahkahkah,mampu tgk jee wei :D
Hipotesis yang boleh dibuat - semakain baru model iPhone, semakin panjang saiz iPhone ;D
yeke? ingtkan benda ni main2..huhu tapi makin besar hpn makin susah nak bawa kemana2, selalu kena berjaga-jaga.. tkt maling perhatikan..
hahaahahahahahahahahahahahhahahaha
buruk.
bagi free pun tak nak.hahahaha
xdak impian...hehe
haha...ni iPhone100 la..bkn iPhone5..akan dtg nanti...haha~
errr....mmg pnjang camtu kew? terkeluar dr spec idaman nie....hehehe...
hehee..punya pnjg..malu kot nk pkai walau canggih ^_^
haha. memang RARE :)
terus tak jadi nak beli ;p #bajet banyak duit sgt nak beli.haha
haha.aku dah layan video ni.cam aram je kan.haha.
troll level 87 hahahaha
ada tengok tak youtube i Phone ni orng masukkan dalam microwave..
aku hampir nak pengsan dgn function nye yg canggih ituhhh.. haha
RARE sangattt :P
masuk bag pun tak buat. hahaha
buat tongkat boleh lah kot. kahkah
ahhahahah pandai usop hahaha.... skrg lumba2 nak lebih canggih kan.. pening tgk.. hehe..
Ah rarenya! Kumpul duit ah beli hahahaha
Wahahaha...
Tergelak kuat aku sorg2 baca dalam bilik ni...
Dah macam hape je panjang melampau..
btl ke i phone 5 cam nie rupa dia... x cantik jew. hoho.. sbb pnjg sgt.
todia aih =P
hehehe....loqlaq betoi hehehe!
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)