Showing posts with label gambar sebenar iPhone 5. Show all posts
Showing posts with label gambar sebenar iPhone 5. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Kelebihan iPhone 5 (rare)


i        P        h        o        n       e    Lima


Orang buat review aku pun sibuk nak buat sedikit review pasal iPhone Lima terbaru ni memandangkan aku tak pernah bermimpi nak beli benda secanggih dan sepanjang ini.


Ok jom tengok apa lagi keunikan dan kelebihan iPhone Lima yang aku rasa tak ramai lagi yang tahu.



Gitar

Tak perlu risau jari sakit, tak perlu risau jari keras. Anda hanya perlu sekeping  iPhone Lima dan anda sudah mampu bermain gitar selama yang anda mahu (itu pun kalau bateri tahan lama).



  Pita pengukur

Tak perlu bawa pita pengukur biasa yang mungkin susah nak disimpan dalam poket kerana ketebalannya. Jadi bawalah iPhone Lima yang nipis ini! Ya nipis dan panjang!




Kamera Diyes El R

Bosan dengan gambar panorama yang tak cukup lebar/ atau kurang besar? Beli dan bawalah iPhone Lima ke mana sahaja lokasi percutian anda. Pasti banyak mata yang melirik cemburu.



Pedang Lightsaber StarWars

Hanya perlu menyentuh skrin dan iPhone Lima anda mampu bertukar menjadi sebilah pedang yang hebat. Libaslah ke mana saja yang anda mahu dengan syarat anda sanggup menanggung risikonya tanpa menyalahkan siapa².

Berkongsi dengan rakan sebelah

Rakan sebelah boleh mendengar perbualan anda di talian tanpa perlu mendekatkan telinga ke arah anda. Anda tak rimas, rakan anda pun rasa 'bebas'. Sesuai dipraktikkan ketika sedang bersesak-sesak di dalam LRT ataupun bas.


Penyokong kaki

Sesuai untuk warga tua atau orang yang mengalami sakit-sakit kaki (lutut).


Mungkin banyak lagi kegunaan iPhone Lima ni aku tak dapat kongsi dengan kauorang sebab aku sendiri belum beli. Siapa-siapa yang dah beli tu nanti jangan segan² untuk gunakan kelebihan iPhone Lima kauorang ok! 
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails