Saturday, August 11, 2012

Maling

Perkataan Maling dalam Bahasa Indonesia bermaksud pencuri. Pencuri dalam Bahasa Malaysia pulak bermaksud manusia yang tak reti malu dan tak fikir halal haram mengambil hak orang lain secara sembunyi-sembunyi. Eh kenapa panjang sangat?

Dua tiga hari lepas masa tengah ngeteh, kawan aku ada cerita yang beg duit abang dan akak ipar dia dicuri. Beg tu letak dalam poket seluar, seluar tu digantung belakang pintu. Pintu tu pulak berhadapan tingkap.



Si pencuri tu mungkin gunakan galah atau kayu untuk capai seluar tu. Dapat seluar beserta beg duit. Kebetulan abang kawan aku tu baru je ambik duit malam tu. Orang ramai memang dah ada suspek   utama (orang situ jugak) cuma tak boleh nak serbu sebab tak ada bukti. Memang 'rezeki' kau wahai pencuri, selamat menjawab di 'sana' nanti.

Dah tu kenapa tajuk dalam Bahasa Indonesia? Ada ceritanya, dekat kawasan aku satu masa dulu pernah kecoh dengan kes pecah rumah. Kes ni bukan maling lagi dah tapi Rampok iaitu mengambil barang orang secara kekerasan dan kekejaman. 

Rampok = Rompak
Sungguh, semua tak tenang tidur bila tiba waktu malam. Cara diaorang boleh tahan hebat. Lepas maghrib je diaorang terus attack mana² rumah peneroka yang tak ramai orang. Bila dah kecoh orang kampung akan ke sana kan, masa tu geng dia yang lain pergi pecah rumah dekat kawasan yang dah tak ramai orang tu. Rumah kawan aku sendiri pun kena masa tu, mujur nyawa selamat.

Dekat dua minggu jugak kes ni berlarutan sampailah satu malam tu orang kampung dapat kejar diaorang tapi dapat tangkap sorang je. Belasah punya belasah macam tak ada rasa, tak ada bunyi "adehh" atau "waduhh" pun. Bila orang bogelkan dia tingaal seluar dalam je, baru terjumpa tangkal kebal dalam poket seluar dia. Masa tu barulah ada effect bila orang ramai pukul, terajang, sepak, hempuk, tibai, cubit dll ke atas badan dia.

Bukan nak burukkan negara jiran, cuma nak ingatkan, bila dah datang tempat orang tu buatlah perangai elok² sikit kan. Sama juga kalau kita di tempat tempat orang. ;)

23 comments:

dill said... [Reply]

rumah pakcik saye pun kene pecah masuk, yousof. bulan ramadhan ni elok beramal ibadat. ini mencuri barang. habis semua. sedih

dill.

H A N said... [Reply]

takut wo dlm situasi2 macamni...
pernah jadi jugak kat kawasan tempat saya tinggal ni...pun oleh mereka2 yg dari seberang jugak...

malam2 tido memang tido2 ayam je, b'jaga2...

Abu Bagi said... [Reply]

cubit? hahahaha..

err dia pki penanggkal, bahaya betol kalau kes rompakan macam ni.. pakai strategy bagi..

felda mmg tak de polisco buat rondaan ke?

syafiqa said... [Reply]

ini sangat bahaya
takpe.Tuhan tahu sop


kalau MALIN pun kategori
apa tu?eh

Mek Onie said... [Reply]

kawan aku namanya malin, full name dia amalina (saja kasi tahu,kongsi ilmu,lalalalala) wei, sekrang peneroka kaya ..tu yg perampok duk aim je tu...mintak jauh la dari kita semua kan...

Lea Isnawi said... [Reply]

benci sgt sgt sgt pencuri dan rakan seankatan dengannya

ahhh

Lea Isnawi said... [Reply]

eh lupa nak gtau..blog updated! :D

PemilikCahaya said... [Reply]

kalau maling boleh pakai ilmu kebal, apakata kita pon guna kuasa kebalkan umah2 kita supaya x dimasuki pencuri..dengan cara kita bykkn membaca al-quran dirumah inshaALLAH rumah kita tidak 'dilihat' oleh maling2

Camy Alya said... [Reply]

hai macam-macam lah si indon ni -_-

amrlaqm said... [Reply]

seronoknya belasah ramai2! hahaha



oi smpai dua kali kau komen kat blog aku kannn.
perli aku ke? hahaha
aku bizi la usop.
bizi sangat3.
nanti2 la aku update ._.

syahirooAhmad said... [Reply]

yup.. lebih2 lagi nak raya ni.. so ada benda yang diorang nak bawa balik ke kampung. (mungkin) jadi hati2 kengkawan..

razfira said... [Reply]

fuhh teknik baru ke ambek mcm tu. kena tutup tingkap la ek

bahayanye.

anamizu said... [Reply]

hemm tu la kan sop..
dok felda ni tu la dienye..
mmg x lari la dr rampok2 nih..
felda aku pon same..
siap kene tetak plus bdarah2
kepala pkcik peneroka tu..
cian gile la..

Puyak said... [Reply]

biler dorg pikir mencuri care paling mudah dpt duit. mcm tu lah jadik nye. =..=

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

penjenayah terlalu banyak sehinggakan banyak mangsa teraniaya dan menderita. :(

Hans Hanis said... [Reply]

biar kena pukul
baru diorang tahu erti penyesalan

Unknown said... [Reply]

hurm...kejamnya manusia "itu"....dah la dtg "sini" hurm...cari la rezki secara halal kan? nak juga buat kerja2 jahat ni;..kalau setakat mencuri ok la lg, ni ada smpai yg rogol mangsa curi, ada yg bunuh juga....jahat betul!

ct kektus said... [Reply]

aih. maling2. apa nak jadi. kadang2 dorang ni sanggu guna cara apa je nak dapat duit tuu.

szumika sakni said... [Reply]

kt sni teda kluarga dorang sbb tu bebas buat apa je...kdg geram jgk..dtg elok2 xper ni buat onar ada la...susah org cm ni

Ezad Skytech said... [Reply]

aih...macam2 masalah dorang ni...adehh..

syakirahmn said... [Reply]

fuhh pencuri siap dengan takal lagi.

bahaya. bahaya. kalau boleh rompak aje lah, jangan apa2 kan kta ni sudahh.

Unknown said... [Reply]

bahaya nyer, huhu

Unknown said... [Reply]

sokong sgt2 ayt yg last 2..... =)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails