Wednesday, August 15, 2012

Bila sebut pasal raya

Bila sebut pasal raya , Semua ingat Hari Raya, Tapi jangan pula kita lupa, Ada seribu satu kata, Berkait dengan raya, Selain Hari Raya. Tak kira apa bangsa, Orang melayu orang cina, Orang putih atau orang india, Orang timur orang barat, Di seluruh dunia, Ada hari raya. Kalau banyak harta benda, Orang itu kaya raya, Kalau tempat lalu kereta itulah jalanraya, Hentian.. (dah²) - Jar Lail Har Maid aka Jalil Hamid

MMS dari HOTdarLINK

Bila sebut pasal raya antara kenangan yang akan aku ingat adalah:
  • Masa kecik dulu, beraya pagi, petang, siang dan malam di kampung. Seronok!! Tiba satu laluan gelap semua lari macam dikejar hantu gangster. Masa tu la selipar aku nak tanggal. Terpaksa buat² berani patah balik ambil selipar. 
  • Main meja yang jenis pusing² dekat rumah yang kitaorang raya sampai aku kena sound di hari raya. Masa tu mana reti sentap², misi kumpul duit raya tetap diteruskan hihi
  • Bebudak sekarang bila datang raya minum air cepat², jamah seketul dua kuih lepas tu terus "Cik.. Dah" atau "Cik kitaorang nak balik" atau "Kau la cakap, kau la.."
  • Pernah beraya satu rumah ni, baru raya keempat kalau tak silap. Masa nak balik lepas salam kitaorang tunggu duit raya tapi dia jawab "duit dah habis la dik, adik lambat datang." Kalau lepas siap solat sunat Aidilfitri terus datang rumah dia baru dapat duit raya dia kot.
Sahur buka tarawih, sahur buka tarawih, kejap je rasa Ramadan dah nak habis. Serius aku akan rasa rindu damai Ramadan tu. Manalah tahu mungkin ni Ramadan terkahir kita kan.
” Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami),
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
( Surah Al Baqarah [2] :127)

35 comments:

Izzati Tatie said... [Reply]

hahaha.gelak sendiri bila baca.time kecik2 mmg rasa meriah raya tu lain mcm jer kan..bile besar.da kurang skit :(

apepun,selamat hari raya awak!

Dee said... [Reply]

ade 3 bende aku nk komen.

1)aku baru skodeng blog ko,ko da update.

2)da la gune gmbr mms HOTdarLINK.. penuh teruje kot aku nmpk 1 new msg td kt hp. hampe~

3)ko rse x jodoh kite kuat?haha ok,mksd aku slamt ari raye!hehe

Anum said... [Reply]

tumpang gelak gak

Farah Zahid said... [Reply]

hehe.. kecik2 dulu peduli apa..
dah besar2 kalo buat macam tu jgk, tak tahu laa nak kata apa, kan..

aimi adilah said... [Reply]

macam kenal je yg gmbr gerak2 tu..

aku xpna berya uma jiran2 melainkn dgn mak ayh aku =)

syafiqakarim said... [Reply]

pejam celik,ramadhan da nak meninggalkan kita.


dan jujur aku rindu zaman raya waktu
kecil dulu


*sop. kasi tuka kotak jerit nyaa
mihmih

LelakiSemalam said... [Reply]

bosan bila tak dapat duit raya lagi...

eszyamin said... [Reply]

paling best dapat duit raya 50sen dari seorang yg duduk dalam sebuah banglo besar kaya dan raya..beraya kt rumah papan pun dapat 2 hengget..dekot!!

akem said... [Reply]

dulu masa aku kecik, masa pergi beraya rumah orang dgan kwan2, ada sorang makcik tu tanya, "nak makan kuih ke nak duit raya?"

cehhhhh.
dia taktahu ke aku ikhlas datang raya rumah dia?!
hahahaha

si robot comel said... [Reply]

bila hari raya aku wajib pi rumah cikgu tuition aku,sebab ada bihun sup utara,sedap baq ang,kehkeh

Hans said... [Reply]

bebudak skrg datang terus nak duit raya

.........cP~ said... [Reply]

Salam.

Tak reti nak beraya rumah orang. dari dulu sampai la sekarang. Kalau beraya dengan mak aje. Haha.

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Haah....ramadhan dh nak abis....gonna miss ramadhan lg.....

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Slmt hr rya...maaf zahir btin buat tn blog...

Tem said... [Reply]

misi mengumpul duit raye diteruskan sehingga sekarang. aku bengang kalau pg raye adek aku dpt duit raye tp aku tak dpt. grrr

Fariha Abd Manaff said... [Reply]

like! :))
selamat menyambut aidilfitri yang bakal tibaa Yusof :D

the malay male said... [Reply]

selamat hari raya bro

merahitujambu said... [Reply]

kenangan terindah masa kecik dulu.=)

salam syawal

::FAIZ:: said... [Reply]

no 3 klakar, biasa berlaku

Fee Hafeezah said... [Reply]

haha..semua dah berlalu..in memory semuanye..:)

seronok bile dikenang balik zaman tuh..duet raye mmg beriban..skrg dpt jugak duet raye, tp taklah byk mcm dulu..hehe..

selamat ari rye pakcik! :)

inche hlovate said... [Reply]

semoga amaln kita dibuln ramadan ni diterima olehNYA

Zakaria's daughter said... [Reply]

oh oh oh. pigi mana mana belog duk cerita pengalaman masa kicik2.
huntunglahhh masih hengatt

Muhammad Saiazuan Norhalik said... [Reply]

hmm mood raya macam tak berapa sampai la bro, dengar lagu pun kurang feel.. rasanya sebab terlalu bz ngan kerja

anamizu kaito said... [Reply]

aku terus sambung lagi lagu jalil hamid tu : "hentian bas ibukota itu di puduRaya di tengah bandaRaya ~ gembira... kita di hari raya ~~ makan kenduri di balai raya ~~ hehe


mase zmnn kecik2 je best beraya.
sbb blh mkn skit je pstu trus
ckp nk balik dah cik..

*nk duit raye sbnrnye.hehe




err slmt hari raye Sop ! :)
jemput dtg ke rumah hehe

eva said... [Reply]

ahhahaha teringat balik zaman dulu.. rindu pulak zaman kanak2 riang.. huhu.. sedih pulak ramadhan xlama lagi berakhir.. uhu..


haha isi vlog sy sampai ek? itu maksudnya sy ikhlas sampaikan raya utk usop ;p haha..

selamat hari raya jugak usop!maaf zahir batin kalau ada terkasar or terkecik ati yer.. hehe.. take care!

Ash Give said... [Reply]

haahaha.. zaman kanak kanak dulu best je beraya kan.. dapat duit raya, skrng ni kita pulak yg kena bagi duit raya kat bebudak.. emmm zaman dah berlalu..

yg kau pi main meja pusing pusing apehal..gatal tangan betul hahaha..

apa apa pun selamat hari raya yousof.. maaf zahir dan batin..

Azham Vsvc said... [Reply]

hehe...ketawa terbahak2 bila baca part Ucop tulis "Cik...dah..." "kau la...kau la..." tu haha sebab itulah yg selalunya berlaku kat rumah aku tiap2 tahun...kejap je singgah, pastu terus nak salam amek duet raya hehe!

anif abdullah| AA said... [Reply]

main meja pusing2 tu aku suka. nak wat lagi esok.eh! hahaha

"cik...Dah!" aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

selamat hari raya !

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

selamat hari rayaaa yousof! :)))

najihah sahami said... [Reply]

semoga dipanjangkan umur agar dapat berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang..aminn~

selamat hari raya usop~

BENA said... [Reply]

SELAMAT HARI GHAYE USOP :)

cimöt said... [Reply]

rindu raye zaman kanak2..

selamat raye usop!

amir aizat said... [Reply]

selamat hari raya yousof :)

khairul akmal bin azman said... [Reply]

budak skrg mata duitan
datang nak duit je. pas2 belah.

syakey said... [Reply]

wehhh slamat hari raya wehhh. moga jmpa lah kta dengan ramadhan tahun depan :')

paling tak best skrg ni raya, duit raya kureng -__- tp selamat skali dapat duit raya dapat banyak trus. haha

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails