" - 8 MonTh -
15 Januari 2012
Bila-bila masa je anak ni boleh keluar
Sumpah..memang tak sabar.
taPi Kadang-kadang aDe jugak rase takot
Bukan takot nak Lahirkan aNak ini
taPi takot nYawa ni tak Kembali Lagi
Takot aKu tak Dapat jaga aNak ini.
taKot tak dapat CiuM anAk ini.
Kadang-kaDang biLe bersama aYah aNak ini
aku nak caKap
Andai nanti aku tak sempat jaga anak ni
tolong jaga & didik die
andai kau tak Mampu buat semua tu
tolong puLang anak ini pada Keluarga aku..
SeBab aku yakin Keluarga aKu mampu buat semua tu.
taPi setiaP kali,bibir aKu berat nak keluarkan kata-kata tu
hanya mampu merenung mata die
aKu saNgat sayangkan Anak ini.ayah aNak ini.
keluarga.kawan-kawan.oRang Yang saYang aku.
terima kasih sebab sayang aku
tolong haLalkan kasih sayang itu.
Untuk semua : Maafkan aku.
Doakan anak ini selamat sampai ke dunia."
Ini adalah nukilan terakhir di blog rakan sebaya aku yang telah kembali ke Rahmatullah selepas terlibat dalam kemalangan pada Khamis 26 Julai 2012 lepas. Al-fatihah, semga semua saudara kita tenang di sana.
Arwah pergi meninggalkan suami dan bayi comel berusia empat bulan. Serius sebak bila aku baca luahan hati arwah ni. Apa pun yang pergi tetap pergi, kita yang masih dipanjangkan umur terus berusaha memantapkan iman dan perbanyakkan amal sebagai bekal ke sana.
Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?" Jawab baginda "Ya, iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari semalam."
Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat, penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisan.
Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat, penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisan.
17 comments:
I wanna Cry.....
AL-Fatihah....
innalillah..al-fatihah...mcm arwah dh dapat rasa je dia nk pegikn...mksudnya dia meninngal masa tgh sarat mengandung ke? ;(
al-fatihah..everything happen for a reason..semoga rohnya tenang disana
Al-fatihah..
Mungkin setiap yang dah nak pergi dapat rasa macam tu kan.
Arwah meninggal masa tu nak ambik anak dia di rumah jagaan, anak dia baru masuk empat tahun.
al fatihah..
arwah mcm dpt tahu yg die akan pegi..cian baby tu.. tinggal dgn ayah je la nanti.. ujian DIA bagi.. Al-fatihah..
Sedihnyaa.. Mcm tau2 je kan.. Tu lah.. Kita kena sentiasa ingat mati.. Kita tak tahu bila ajal kita..
P/s : Walaupun puasa lebih panjang kat sini tetap rsa mcm sama je.. Ye la.. Sahur kul 1.30.. Kul 2.30 solat subuh.. Lepas tu tido.. Then bangun pegi kelas smpai petang.. Balik kelas siap2 masak utk berbuka.. Lepas berbuka solat magrib, isyak dan terawih.. Lepas tu study smpai sahur.. Penuh seharian :)
so sad... semoga dia ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. aamiin.
Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?" Jawab baginda "Ya, iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari semalam."
noted.. ce amalkan pasni..
tangisan takut akan mati...
al-fatihah..
ya Allah sebaknya hati.
semoga arwah bersama para kekasihNya.
al-fatihah.
al-fatihah.
paling takut nak menghadapi kematian yg mengejut. :|
al-fatihah.
sebak :'(
sgt tragis.. Takziah buat keluarga and kawan-kawan rapat arwah.
If aku ade kat tmpat suami dia mungkin aku tak tabah nak lalui semua tuh. Ujian besar buat beliau nak membesarkan ank tanpa isteri tercinta disisi.
Kun Fayakun.. Al-Fatihah~
subhanAllah.. kasih seorang ibu dan isteri, hanya masa dpn anak dan suami yg difikirkanya seandainya dia tak ada lagi.
innalillah..
sedih.terasa apa yg dia tulis.(U.U)
dlm cabaran dunia skrg ni,berusaha mengingati mati adalah sgt payah.hiburan sana sini.bg yg pernah menghadapi ujian besar berasa bagai amti hidup semula,mereka sgt bertuah,sbb feeling da pernah rasa,mudah utk beringat.bertuah nya mereka.
al-fatihah utk arwah.
Innalillah. Al-Fatihah.
Aku yang hidup, masih leka dibuai hal dunia.
Minta dijauhkan, InsyaALLAH.
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)