Wednesday, May 2, 2012

Normal


Hai semua... Harap² kauorang sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah kali ni aku betul² muncul dengan kondisi yang lebih cergas. Dua minggu lepas tu aku terpaksa tenggelam semula sebab dapat sambung MC lagi, doktor dah bagi terima je la kan. ;D

Serius rindu habis nak aktif blogging semula. Rindu nak kongsi cerita kat blog ni. Ada dua, tiga orang tanya cerita baru kat blog. Tanpa dua, tiga orang macam tu tiadalah semangat aku nak aktif semula.

Sepanjang melepak kat rumah, banyak askrim Magnum yang aku balun. Al-maklumlah, nak balas dendam gara² tak dapat kunyah makanan.
Ok caption atas tu memang tak benar sama sekali. heheh. Gambarajah atas tu adalah benda alah batang kayu yang doktor bagi dan perlu aku selit dekat rahang lepas proses buang besi di mulut. ;)

Mulut manusia normal boleh selit 20 batang askrim tu. Masa entri ni ditaip aku dah boleh selit 19 batang, syukur. Setiap kali nak selit satu batang tu rasanya lebih kurang macam ada sebijik burger king paling besar paling keras tersekat kat mulut kauorang selama 30 saat, agak sakit dan lenguh tapi kalau aku tak praktis selit kayu² ni, mulut aku berpeluang kekal tak boleh bukak besar macam orang normal.


p/s: Sedang dalam proses habiskan buku "Dahsyatnya Taubat Nasuha." Jatuh cinta habislah dengan buku tu!  InsyaAllah akan dikongsi dalam blog nanti.

24 comments:

aiEz said... [Reply]

sakitnya rasa bila ak baca entry ko yousof..moga cepat baik sahabat...

Camy Alya said... [Reply]

teruskan practise ye. agak-agak dah tak dpaat tutup mulut baru berhenti. kehkeh :D

dill said... [Reply]

yousof, moga cepat sembuh.

pastu boleh update selalu ^^

dill.

syakirahmn said... [Reply]

insyaAllah yousof nanti kau tak perlu selitselit batang kayu tu lg dh ;)

syafiqa said... [Reply]

spatula?btg ais krim?haha.
paham sop.xpe.slow2.dah xlama lagi
sepenuh nya sembuh.sentiasa doa kan. tgk,kwn2 maya pun ada lg :)

nanti jgn lupa review buku tu

alien said... [Reply]

semoga keadaan kembali normal. ..

Cikpijaaa said... [Reply]

awak. saya doakan awak moga cepat sembuh. Amin.. ^^


**Seram dengar citer awak nie. Huu >.<

eva said... [Reply]

hohohho.. smoga cepat sembuh n kuatkan hati yer

Samad said... [Reply]

semoga cepat sembuh bro. hmm gua pon tak gemar bile xcident moto neh. perit

[sutera kasih] said... [Reply]

ok, nk komen psl buku tu je hehe..jgn lupa share review lps hbis bc buku tu k..tajuk pun dh best..

Abu Bagi said... [Reply]

Best la banyak makan burger king... Sedap tak hahaha... getting well dah kan... Ok la...:)

How to spell
Pencak ke pancak silat?

Cik TeN10 said... [Reply]

Burger king..dh lama xmkn! Ehh dh sihat dh skrg? Alhamdulillah :) lepas ni leh la actibe berblogging balik

Mawardi yunus said... [Reply]

semoga xde perkara buruk berlaku :)

iAmCekbolat said... [Reply]

masukkan secara menegak ! oyeahhh.. haha

Anonymous said... [Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.
Raz said... [Reply]

semoga cepat sembuh kawan

Unknown said... [Reply]

YOU!

da lama x singgah sini...

semoga cepat sembuh tau!

Kami tak sabar nak tgk YOU sehat semula ;)

Iznie said... [Reply]

Jgn lupa review DTN tau...hehe...teringin nak beli... :D



salam ziarah...

semoga cepat sembuh...

Ezad Skytech said... [Reply]

semoga cepat sembuh ye..amin..

Ermizi Muhamad said... [Reply]

Aku harap kau semakin baik. Tapi kau sakit apa wei?

Hanie Dew said... [Reply]

dapat bayangkan..semoga ko tabah yousof.beruntung diuji begini. sgt beruntung.

shamyheart said... [Reply]

ui, sakit tu..

semoga cepat sembuh ya

Jue said... [Reply]

bole aku pcaya photo caption ko until lah aku tbaca ayat slps tu haha
fuh mmg scary..aku dulu patah jari sbb tumbuk bdk lelaki kat skolah eh sbb main bole jaring haha
kena psg kayu aiskrim pun dah nyilu weh

anamizu said... [Reply]

adehh yg ni pon sakit bace T___T
sop, jage diri bebaik pasni sop..







Luv,
cik ana

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails