Saturday, March 10, 2012

X-change Project | Pak Sepul #3


*klik untuk info projek ini*

Assalamualaikum wbt..peace yoo!!



"Abangnya, jangan lupa beli daging kambing dengan telur ayam yaa.!"


"Huh !"


Pak Sepul mengeluh sendirian. Acapkali dia ingin keluar je, ada saja Mak Senah. Kejap beli santan, kejap beli satay. Ni nak beli daging kambing dengan telur ayam pulak. Bukan dia tidak mahu, tapi malas.


Dengan perlahan Pak Sepul melangkah, seluar jeans lusuh yang tersangkut dipaku dinding diambilnya, dilondehkan habis kain pelikat cap Gajah Duduk. Kaki kanan dan kiri dijulurkan ke dalam kaki seluar, belum pun sempat Pak Sepul menarik seluar ke atas,


"Yuhhuu, seksi." Jerit Mak Senah, manja.


Pak Sepul terkaku. Melihat kebawah. Oh, dia lupa pakai underware lagi. Sambil sengih sengih. Ditariknya habis seluar jeans, lantas dikacip butang seluar itu. Berhati-hati Pak Sepul ketika menzip seluar. Bimbang tersangkut. Pedih.


Kali ni, Pak Sepul pergi ke kedai Ah Kau menaiki Proton Persona hasil menang cabutan bertuah baru-baru ini. Dengan kapasiti 1.6 liter DOHC dan Campro mungkin menghasilkan pecutan mantap, disamping full aksesori ditambah dengan spotrim SSR 17 inci. Mampu menarik mak janda kampung sebelah. #iklan sebentar.




Enjin kereta dihidupkan. Perjalanan diteruskan.


Kali ini perjalanan Pak Sepul ke kedai Ah Kau tak lama. 5 minit je. Yaa, bukan sebab dia naik kereta Proton Persona, tapi Ah Kau dah bukak cawangan baru. Dekat je dengan rumah Pak Sepul. Kali ni Pak Sepul tak lupa lagi. Dapat barang yang dicari, dia terus berlalu pulang. SambilPak Sepul memandu, sambil tu jugak dia nyanyi-nyanyi kecil. Hati senang.


"Mak nya, ni hah barang yang awak nak tu. Daging ayam dengan telur kambing."



Eh, telur kambing ?




- Pengajaran yang dapat dicekau dari cerita ni adalah jangan menyanyi kecil ketika sedang memandu kerana ia mampu mengganggu konsentrasi dan ingatan anda, memandu jangan sampai jadi najis (Zizan & Ustaz Azhar Idrus).



p/s : Ini entri datangnya dari blogger femes bergaya, SemutSengal, jom jenguk cerita Iron man di blog beliau ;D

31 comments:

Anonymous said... [Reply]

apa ni apa niii.
tak fahammm.
:P

lepas ni memandu taknak pasang radio lah.
nak senyap je,
takut terlupa tujuan drive tuh.
:)

Unknown said... [Reply]

apa ni? apa ni? tak paham jugak :P :P

femes dan bergaya kan beliau? err

Unknown said... [Reply]

dan berzikirlah time memandu ;)

iAmCekbolat said... [Reply]

hahhaa.. eh tersngkut pdih? apakah @@

Unknown said... [Reply]

Kambing beranak kuar telur ke?

Cik tikah said... [Reply]

hahaha... nape mcm x fhm? =='

Unknown said... [Reply]

ok,telur kambing itu sangat sengal...kahkahkahaha XD

hahah pak sepul pak sepul....ngok ngek tol!kahkahkahkahah

CikTeddyCorner said... [Reply]

haha..sengal tahap gaban!

Jue said... [Reply]

Hahaha x thn telur kambing ade jual kat kdai haha part gambo tu seyes aku gelak x hingat haha

#tq yusof sbb sudi join xchange project ni
#tq anep sbb ko ltk nota kaki tu
#nak p blog anep lak bc hehe

BENA said... [Reply]

NAK telur ayam dengan daging kambing tapi bantai beli daging ayam , telor kambing ? HAHAHAHAHA . sengal betol

so pengajarannye. ingatan kene kuat dengan makan kismis. heee :P

dwatyKNY said... [Reply]

Telur kambing... Pestaim dgr.. Hehe

D said... [Reply]

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
apakahhh?
errr.

si robot comel said... [Reply]

telur kambing ada ke jual?hahaha

Lea Isnawi said... [Reply]

kambing reti bertelur ke

anis madu said... [Reply]

ade ke orang jual telur kambing? kahkahkah! gila tak selera aku nak tengok telur kambing tu.

hani said... [Reply]

hadoi la pak sepull... nak signnnnn!!!!

Adam Ikan said... [Reply]

Pak Sepul mengalami masalah ingatan yg amat2 serius. Pak sepul kena dan kena banyak2 makan kismis hitam koet. HAHA

Masa kecik teringat kalau nak pegi kedai jea, mak salu amik pen dan tulis barang apa nak kne beli kat kdai tuh nnt.

sampai kedai trus jea kasi kertas tue ke pakcik jaga kedai tue, nnt dy yg uruskan. hehe

EyqaLuvender said... [Reply]

pak sepul yg sgt sengal orgnye...ke tukang type entry ni yg sengla..hik3
peace encik semut!

Razf said... [Reply]

errrr telur kambing masak lomak pon sodap

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

ekekeke....pastu ada maknya membebel smpai thn depan....

Mun said... [Reply]

ha?? telur kmbing?? haha...

syakirahmn said... [Reply]

pandu cermat jiwa selamat. err (?)

Si Orkid said... [Reply]

syok sngt naik krte baru..smpai lupe brg yg nk kne beli..adoyai..haha

نورعيم said... [Reply]

sy tak berapa faham la. maaf lah selow sikit , hakhak.

Hanys Najib said... [Reply]

slalu kalau drive, mesti akan menyanyi..hehe ;D

Unknown said... [Reply]

hehe. blogger skrg da main exchange eyh? hehehe....nak try tp tak tau caranya ;)

Cik TeN10 said... [Reply]

ahahh.. abah selalu kena bebel dengan mak.. sebabnyye setiap kali pesan barang mesti ada yang tertinggal ataupun tersalah beli.. hihi cian abah..

ohh ye ke? xleh nyanyi smbil memandu eh ? kalau nyanyi smbil masak ok tak ?

najihah sahami said... [Reply]

anep ni banyak makan semut pun idea kalah ahadiat akashah.

Hanie Dew said... [Reply]

aku rasa pak sepul tu adalah semutsengal yang terbanyak makan semut asyik lupa je.

Ezad Skytech said... [Reply]

haha..apeda telur kambing..? kah3~

~Sal Ismail~ said... [Reply]

hebatla kedai Ah Kau..mcm2 ado~ haha

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails