![]() |
| *klik untuk info projek ini* |
Assalamualaikum wbt..peace yoo!!
"Abangnya, jangan lupa beli daging kambing dengan telur ayam
yaa.!"
"Huh !"
Pak Sepul mengeluh sendirian. Acapkali dia ingin keluar je, ada saja Mak
Senah. Kejap beli santan, kejap beli satay. Ni nak beli daging kambing dengan
telur ayam pulak. Bukan dia tidak mahu, tapi malas.
Dengan perlahan Pak Sepul melangkah, seluar jeans lusuh
yang tersangkut dipaku dinding diambilnya, dilondehkan habis kain pelikat cap
Gajah Duduk. Kaki kanan dan kiri dijulurkan ke dalam kaki seluar, belum pun
sempat Pak Sepul menarik seluar ke atas,
"Yuhhuu, seksi." Jerit Mak Senah, manja.
Pak
Sepul terkaku. Melihat kebawah. Oh, dia lupa pakai underware lagi. Sambil
sengih sengih. Ditariknya habis seluar jeans, lantas dikacip butang seluar itu.
Berhati-hati Pak
Sepul ketika menzip seluar. Bimbang tersangkut. Pedih.
Kali
ni, Pak Sepul pergi ke
kedai Ah Kau menaiki Proton
Persona hasil
menang cabutan bertuah baru-baru ini. Dengan kapasiti 1.6 liter DOHC dan Campro mungkin menghasilkan pecutan
mantap, disamping full aksesori ditambah dengan spotrim SSR 17
inci. Mampu menarik mak janda kampung sebelah. #iklan sebentar.
Enjin
kereta dihidupkan. Perjalanan diteruskan.
Kali
ini perjalanan Pak
Sepul ke kedai Ah Kau tak lama. 5 minit je. Yaa, bukan sebab dia naik kereta Proton Persona,
tapi Ah Kau dah bukak cawangan baru. Dekat je dengan rumah Pak Sepul. Kali
ni Pak Sepul tak lupa
lagi. Dapat barang yang dicari, dia terus berlalu pulang. SambilPak Sepul
memandu, sambil tu jugak dia nyanyi-nyanyi kecil. Hati senang.
"Mak
nya, ni hah barang yang awak nak tu. Daging ayam dengan telur kambing."
Eh, telur kambing ?
p/s : Ini entri datangnya dari blogger femes bergaya, SemutSengal, jom jenguk cerita Iron man di blog beliau ;D








