Tuesday, January 17, 2012

Keramat


Banyak filem seram mengarut tengah beratur dekat pawagam sekarang ni kan. Kalau tahun lepas kita ada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang balik kampung lalu jalan Karak gara² tak tahan tengok orang mengamalkan amalan Khurafat. Tak lama lepas tu ada sorang anak muda mengada-ngada pergi buka Al-Hijab, tak pasal² mimpi Momok & Hantu Bonceng siang malam.



Tahun ni kita ada Sesuatu Yang Tertinggal di Keramat. Dua² belum sempat aku tengok. Aku punya teknik menunggu tiket wayang percuma kurang bagus barangkali. Tak lama lagi akan muncul pulak sekuel HKLBRHusin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Satu yang aku harap kita tak terpengaruh dengan keseraman cerita macam ni.. Takut kita hanya pada Maha Esa.

Tapi yang aku nak kongsi ni kisah benar. Baru empat hari lepas jadi dekat² kawasan rumah aku. Pakcik depan rumah aku yang ceita dekat jiran² petang kelmarin. Malam minggu tu dia baru balik dari kedai lebih kurang pukul 1.10 pagi. Bila tiba satu simpang tiga tu tiba² dia ternampak satu makhluk putih, tak jejak bumi.


Iklan - Keramat Mall baru sahaja dibuka!

"Kalau betul kau berani, turun. Turun!" Pakcik tu kata kat makhluk tu. Tapi makhluk tu makin lama makin tinggi dan tinggi lepas tu hilang. Pakcik tu pun balik rumah terus la kan nak tunggu apa lagi. Lainlah kalau dia Uncle Seekers.

Bila tanya bapak aku, rupa-rupanya dia pun pernah jumpa. Masa tu lebih kurang pukul 12.00 malam. Bapak aku keluar nak panggil nurse sebab mak aku nak melahirkan akak aku, Tiba kawasan yang sama (dekat² simpang tiga tu) bapak aku nampak sorang perempuan berbaju putih bawak payung, di tengah malam. bila dah dekat bapak aku pandang muka perempuan tu, tapi dia tunduk lindung muka guna payung. Tak ada perasaan lain yang aku rasa kalau aku dekat tempat bapak aku selain perasaan seram dan cuak dengan muka yang dibuat-buat cool.

Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu!






Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


30 comments:

Hanie Dew said... [Reply]

uuhhh...aku kalau boel jauhkan la teserempak ke tenampak terasa ke ape segala mende tu la. fuh..

aku suka dgr citer seram cenggini tapi bila nak gi toilet takut.

aku suka tgk citer seram cenggini tapi bila tengok pandangan cuma 2 cm je di celah jari atau celah kain selimut.

Jue tak pernaj tak bizi. huhuu..

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

beraninye ayah kauu..kalo aku mau pengsan kat situ jugakk...

tp betull..takut kita sepatutnya hanya pada yang maha Esa. :)

bukankosong said... [Reply]

cerita hantu Melayu

olahan pengarah tak pernah seram

rugi duit je nonton

hahaha kekwatnyer gua

Anonymous said... [Reply]

cerita seram realiti je takot. kalo filem, hampeh!

Potrait Admirer said... [Reply]

aku tak minat sangat filem seram hihi..kalau filem action lagi layan hihi

Cik TeN10 said... [Reply]

aku mintak simpang la drpd terserempak dgn benda2 ni semua.. setakat ni alhmdllah aku tak penah lg la alami kes2 seram dan aku mmg xnk pn.. dh la aku dok sorg2.. xnk !! huhu

Cik tikah said... [Reply]

scary je =.='

Ckin Kembaq said... [Reply]

seram je..adeh..sebab tu tak suka tengok cta hantu..sebab risau terpengaruh..my twin selalu bawak balik movie berhantu...bila kata tak mau tngok, dia duk ajak2 jugak...haih so, letak tangan di mata, n layan..hehe

penah tengok al-hijab, tengah makan nasi, then satu scene tu terkejut punya pasal, sampai tersembur nasik..haha padan muka...

Lea Isnawi said... [Reply]

jumpa hantu masa ko lahir
agak2 ada motip2 pape x?
ngeh3

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

oh itu namanya makhluk halus. emm, that's normal and it always be seen by some people too :) tapi, ia kedengaran seram juga at the same time :( filem horror malaysia kekadang banyak juga logikalnya, but if filem horror indo, it sometimes such a funny plus nothing...

syakirahmn said... [Reply]

cta seram mlayu taktau lahh nak kata,belambak-lambak. lepastu kluar astro first, mula la anak sedara aku nk g toilet dlm bilik dia pn nak ajak aku -___-

err. slamat buat ms ni aku tkda experiance pelik2 mcm ni. kalau lahh ternampak, pengsan apa, bukan penakut tp terkejut. XD

aQimie Ceplos said... [Reply]

HAHAHA!! cerita kau da ckup seram yusof, tp bile sampai kat iklan keramat tu. kelakar!
box ofice ni. ahah!

eva said... [Reply]

huhuuuu serammm.. bgs jugak uncle awak tu tegur kat dia.. kdg2 benda ni kalau nak halau kene tegur dan herdik.. supaya dia takut.. sbb makhluk jugak..

hari tu sy terkena ternampak hantu pucong dudok kat blkang dlm keta sy.. nampak yang berikat atas kepala jer masa tu.. huhu.. gila seram.. nasib baik ada kwn sblh tlg herdik dia..

khairul akmal bin azman said... [Reply]

gua semangat xkuat der
cume if terjumpe la..
bace la ayat yg patot

Fariha Abd Manaff said... [Reply]

haha baru baca! gamba tu pon mcm pna nmpk je :D thanks!

ankeljonni said... [Reply]

ahahahaha... potong betullah...
siap ada iklan keramat mall....

Unknown said... [Reply]

mai mmg minat citer seram or thriller tp sekadar hiburan jela kan hehe tp if jmpe betol2 depan mata mahu xkecut perut

haha sempat lg kan iklan keramat tuh :D

Ceiler Mun said... [Reply]

malang sekali bila aku baca entry ko ni tengah2 malam. wuuuwuuu :(

Pamie said... [Reply]

hantuuuuu

little_teddy said... [Reply]

seramnye...sbb tuh lah hantu tuh tunduk kan muka dia sbb tgk muka bapak ko cool sangat, bg mengelakkan jatuh cinta.hehehe

Nurul Iman Rosman said... [Reply]

sorry, tak sanggup iman nak bace.
nanti malam kompem terbayang2.

haha, *ye iman mmg penakut.

merahitujambu said... [Reply]

xmoh laa jumpa makhluk Allah paling seksa tu..ngeri jee..

aiEz said... [Reply]

rasa seram tu biasa,sebab tak pernah tgk benda yg pelik...hehe
tapi yang lebih utama ingat pada yang Esa,takut akan Nya...

Unknown said... [Reply]

errr..aku tak pernah doe jumpe..jgn lah jumpe..ameen..

IEJA said... [Reply]

mintak simpang la dari jumpa benda2 tu..takutt

tapi betol la cerita2 hantu kat pawagam sekarang ni mcm mengarut je lebih

apdm said... [Reply]

salam..


xberani nak tengok citer edisi seram...huhuh

apdm said... [Reply]

salam..


xberani nak tengok citer edisi seram...huhuh

BENA said... [Reply]

aku baca cerita ko pun . aku duk pandang kiri kanan . hahahaha ! *penakut kann *


aku tak pernah lagi nampak2 ni . tapi kalo dengar suara tu penah la . heee :)

aku nak tengok cerita seram tak boleh pergi panggung . nanti kuat sangat sound cerita . hihi


kalo tenngok kat umah . biar volume MUTE . tapi hantu seram cam mane pun aku tetap tgk. janji suara MUTE . hahaha :)


penah aku tengok cerita hantu ngn kawan2 . semua tutup mata sebab takut . aku releks je bukak mata tengok . tapi tangan dekat telinga . HAHAHAHA :).last2 dieorang tanya apa yang keluar. aku yang explain . pastu die explain bunyi ape . mcm si buta ngn si pekak . HAHAHAHAHA :p



#WEHH dah macam entry aku komen dkt kau Usopppppp ! hahahaha~

Fathiah Hamim said... [Reply]

haruslah buat muka cool yeaa :D

Abu Bagi said... [Reply]

wah pandai ko latak tajuk2 filem seram dalam entry kau ni.. buatkn aku entry macam ni jugak satu hahahahaha

eh betul ke pangalaman bapak kau tu.. seram doh...

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails