Saturday, July 2, 2011

Jom lawat Kota Tinggi!

Assalamua'laikum sahabat ;)



Tahun melawat Kota Tinggi 2011

Kebetulan tahun 2011 ni tahun melawat KOTA TINGGI.
Masih sempat lagi kot sebab baru masuk setengah tahun, Pakcik
majlis pun baru lancarkan bulan 4 hari tu. Jadi dengan rasa
sukacitanya aku nak join sekali mempromosi tanah tumpahnya
darah aku ni.

TANJUNG BALAU

Pantai ni antara yang paling dekat dengan rumah aku pun
(dalam 30 minit naik kenderaan berenjin).

Pantai macam biasalah dihiasi pasir putih, pokok² kelapa tersusun
cantik ditambah bunyi pukulan ombak yang menenangkan.
Semua pantai pun dah kira macam terapi percuma untuk
hilangkan segala jenis stress sebenarnya. Tapi yang bikin spoil
tu bila ada segelintir manusia yang 'terer' nak mandi jugak jauh²
walaupun dah terpacak bendera merah kat situ. Cari pasal
namanya tu. Pernah satu kes ni 3 orang pompuan menangis
berlari sambil bawak sorang mamat ni (dah lemas) ke pantai,
ngam² diorang letak mayat tu, brader Baywacth terus sepak pipi²
mulus diorang depan orang rami. Siapa suruh tak dengar nasihat kan?..

Audi, Daus, Adib, Mus dan Amin Pokok Pidot






... Dalam botol Coke



Balik tu kami singgah Kedai Faizal Cahir


Satu lagi aku harap pantai tu akan kekal berair masin. Korang jangan tak
tahu pulak kat Malaysia ni ada pantai berair tawar!
Pantai tu terletak dekat Sunway Lagoon, pantai buatan manusia,
gerek seh!(Singaporean n Johorean cakap). Ingat tak pantai yang aku
main surfboard dulu tu?......


KOTA TINGGI WATERFALL

Air terjun ni dekat dengan bandar, tapi jauh sikit dari rumah aku
(dalam 45 minit naik kenderaan berenjin). Kali terakhir aku mandi manda
bersuka ria kat sana masa aku darjah 5 kalau tak silap. Sekarang dah darjah 17.
Lama habis dah aku tak ke sana, harap² air terjun tu terus terjun dan tak
berubah masin la. Plus bilik air lagi molek dari dulu, baru selera nak bilas
badan dan salin pakaian bundle (Naposo) aku tu.


Tak tahu la sekarang berapa ringgit diorang cas untuk 1 kereta yang masuk situ.


sebab takda gambar mandi manda dekat sana, aku ganti gamba aku teman Adib kutip
jaring beliau dekat

Pantai DESARU




Dapat la ikan 'batik' ni 3, 4 ekor.


Kalian rasa ni flora atau fauna??


Anak Yu ni pun tak sengaja ter'bw' dalam jaring Adib.



Daus, pelakon sebenar yang terbang laju² tu. ramai ingat itu aksi cool dari aku ;D






41 comments:

najihah sahami said... [Reply]

holla org johor.......bestnya p pantai. huhu. jeles2..

wess..usop. kalau mish naik johor bawak mish p desaru eh. nak tangkap anak ikan yu bnyk2. nk bela. agak2 dia boleh dengar cakap kita mcm dolphin x? hehehe

Scha406 said... [Reply]

kak sha x penah smpi kota tggi lagi...insyaAllah 1 hari nnt nk g jgk!

nice pic dik :)

YouSOF said... [Reply]

najihah sahami > Holla orang Ganu.. ;D Lagi jeles kalau ada pelambung tiub lori tu kan hehhe.

Hahha.. kena cari yang betul² comel la. Dengar memang dengar cuba dia reti balas dengan gigitan je... ok kan?


sha a.s > Ajak la Encik Suami akak yang tersayang tu.. kalian kan kaki makan angin.. ;D

Mekaseh kak.

wanUSJ said... [Reply]

Dasyat photoshop cerita Rango tu .. Cakap melayu pulak tu hahaha!

Unknown said... [Reply]

perrghh bagus doe kau..dapat duet ta weh promote2 nih??

Unknown said... [Reply]

wah wah p mandi pantai xajak haha nk join gak hihi

tggula nt mai upload pix p penang keh3 lg best

laaa,bkn aksi usop ke yg terbang tggi2 tu? ;D

iwan_dextrous said... [Reply]

pergi x ajk aku pun..hahaha...highway bru dh bukak dari kulai tu..aku try ari tu..skjp je smpi.hihi

YouSOF said... [Reply]

wanUSJ > Hahha.. saja aku kasi jiwa melayu kat cerita omputih tu.. ;D

syrupmasin > Tapi aku belum sebagus kawan blogger aku sorang tu.. ;D

Dapat kalau pakcik jual eskrem kat situ nak bagi.. Aku on je hahha.

Amna.Qadeeja > Hehhe takpe orang pompuan biasa bergambar memang lebih dari lelaki.. ;P

Ha'a bukan hehhe. *terbang laju².

iwan_dextrous > Hahaha.. kata ko busy.. ;D

Aku tak try lagi hiway tu Wan.. Aku dengar tengah² takda divider.. agak bahaya tu!

Abu Bagi said... [Reply]

er..ko tinggal dekat dgn pantai..giler haven..aku nak pgi bolh tak...bila nak lepak? ajak aku skli hahaha

iwan_dextrous said... [Reply]

hihihi..projek baik pnya...

yup..lg pun nak kte highway pun mcm x.ahha

YouSOF said... [Reply]

ABU > Heaven bila lamaaaa tak mandi-manda, sekali pergi ramai² dengan kawan. Heaven yang amatlah rasanya.

hahha ok gak tu, pastu boleh ko cerita dekat pendengar tin kosong.. kan. ;D

iwan_dextrous > Alhamdulillah..

Ahha aku pun pikir macam tu, tapi paling kurang hiway tu dapat kasi desaru maju sikit kan..

Unknown said... [Reply]

kawan kau yg mane?? pakcik aiskrim?? perghh mmg ta la kan pakcik tuh nk bg dekat kau :D

Firdaus Kasim said... [Reply]

tempat nie aku nk melancong..

thanks 4 review

Entri Paling Best :
Tutorial Tambah Slideshow Dalam Entri

YouSOF said... [Reply]

Kawan aku yang masin satu badan setelah minum syrup tu la..

hahha tu pasal aku on je. mana tau tiba² hati dia terbukak.. ;D

YouSOF said... [Reply]

Firdaus Kasim > Orait.. selamat².. ;D

Liyana Zahim said... [Reply]

Oh.. So meriah.. Bestla ade gang2 yg sportin dan tidak skema.. Krana sy ialah insan yg mpunyai rmai kwn yg skema.. Hahahahah~

Ermizi Muhamad said... [Reply]

hello yousof, saya orang johor bahru ! haha . kota tinggi ni selalu juga lepak sana^^
pusat pelancongan negeri johor tu .

tapi dahh lama gila tak mandi dekat desaru tu..

E'in said... [Reply]

wah.. seronoknye tgk die holiday.. ;)

IMANSHAH said... [Reply]

cantik pantainya

SITI ARFAH said... [Reply]

Xpenah pegi lg kota tinggi. huhu. Tah la ble brkesempatan. Btw pic sume cantek2. nice. :)

Solihin Zubir said... [Reply]

tanjung balau?
err.. ni ke yg Balau Zizan dok sebut dlm maharajalawak ritu? heheh..

Unknown said... [Reply]

wooohhh..bestnyer mandi pantai..aku da lame tak mandi pantai..asek p air terjun jer..jahaha

kokser kokdam said... [Reply]

syok jah tu..

ikan yu..?

Blogger said... [Reply]

dah masuk bulan 7baru aku tau ada tahun melawat kota tinggi 2011. pheww..lawa gak pantai balau. siap ada rainbow tepi pantai. 1st time nampak. lagi best ampa dapat ikan yu lak tu.

Izzaty Ishak said... [Reply]

Laaaaah ingatkan usop sendiri yang buat aksi terbang tinggi-tinggi tuhh. Haha

Btw cantik pantai tu XD

Fyqa said... [Reply]

best gila... kte xde pon dpt mcm ni. wuu

ekabukanmakcikkau. said... [Reply]

kahkahakh kali terakhir aku pegi pantai adalah tahun lepas semasa balik dari tengganu dan singgah di pantai balok tapi aku sumpah tak mandi sebab buat apa kan air dia kotorrrr walaupun nampak bersih , apa ni ?

kocix! said... [Reply]

waaah best nyierr,,
lawo gambo!

Pamie said... [Reply]

wah best gile..nanti gi joho ble gi tempat ni..yessssssss!


Aku Anak Labuan

Raden said... [Reply]

aku kalo g sane aku nk pkai bikini wane oren

BENA said... [Reply]

weyyyyyy cam comel jek ikan yu tuu . aku nk seko bole? hehehe ;)

cop2! air tejun kota tinggi ko xmo promote ke ? hee. da lame aku x g sane ;)



ehem : sowiii aku lame xdtg blog ko . ko bole rase x kemalasan aku ? heeee ;)

ct N honey said... [Reply]

boleh tahanlah model kat tepi pantai tu,ada bakat,gambar2 pun cantik...

Unknown said... [Reply]

salam org kampung :)
sya pun suke ke Kota tu...baru last month gi mandi balau dgn mkn Belangkas.. best!

btw, i folo u...

YouSOF said... [Reply]

Liyana Zahim > Skema pun skema, janji diaorang menyenangkan.. ;D

Muhd Aizie > Oh yeke.. selamat datang ke KT la bro.

♥e'in♥ > Sebenarnya tu gambar dekat setahun lepas.. baru ada chance nak kongsi hehhe.

IMANSHAH > Ciptaan TUHAN sememangnya indah.. ;)

Siti Arfah > Hehhe takkan lari Kota Tinggi dikejar.

terimakasih². ;D

Solihin Zubir > Rasanya ia kot. (Kalau Zizan tau tempat ni la) ;D

apik pehe > Terbalik la kita Pik..

kokser kokdam > Ha'a ostat. Kalau tak silap la..
>

Benrauf > Hehhe kira ada bagusnya jugak aku tolong promote ni kan.. sama la, jarang nampak pelangi kat laut camtu kan..

Izzaty Ishak > Hehhe jadi tukang tangkap gambar je. Nanti nak kongsi gambar 'terbang' sendiri pulak.. TERIMA KASIH. ;)

Fyqa > Alaa cuti bila² nanti ajak la famili sekali sekala.. hilangkan tensyen.

EkaBukanMakcikKau > UsopBukanPakcikKau : tula orang cakap indah khabar daru rupa.. Boleh je pergi Tg. Balau, air dia bersih.. ;D

kocix! > Mekaseh.. ;D

pamie > Yezza.. ;D

Raden > Pastikan ko pakai yang paling ketat Den! Pakcik jual aiskrim suka.

BENA > Memang comel. Tak boleh sebab tak sempat amik gambar bebanyak kawan aku dah campak balik ke pantai. bengkek je aku..

Aku lagi la lama tak ke sana, takda gambar nak dikongsi..

Tula, boleh tahan besar punya MALAS dalam badan ko tu kan... ;D

ct N honey > Hehhe.. semuanya model amatur. ;D

Thanx..

Noriz > Assalam.. Jumpa lagi orang kampung kat alam maya ni.. ;D

Waah.. best tu, lama tak makan belangks ni.

Thanx kak..

SITI ARFAH said... [Reply]

Hehe, same2 .

Shila said... [Reply]

rumah aku 45minit kot ke air terjun kota tinggi tu..

tapi serius sepanjang 24tahun hidup ni, xpenah jejak pun kt situ..

tengok dari jauh pun xpenah..

adeii..mcm sedih plak tiba2..

YouSOF said... [Reply]

Siti Arfah > Hehhe ;D

missSenget > Yang benar ni miss? belah mana rumah ko?

laa bila² nanti try la ajak sesape ke sane.. tempat orang dah pergi, takkan tempat sendiri tak nak kot...

Raji and Yeen said... [Reply]

er ikan yu pun ad skali lah..
perg O.o

ILA HonEyBuNNy said... [Reply]

bestnya...

nak kfc pls....hehe

BENA said... [Reply]

bagus jugak kawan ko campak balik dekat pantai . kesian dieee . huhuhu * ayat baek . hahahhaa*


ohoooo . nanti ko g la air tejun kota tinggi lak. dga kate dah siap ade gelongsor dan macam2 lagi kan kan kan ? heee ;)


haaaaaaaaaa ! tau pon ko kemalasan aku tahap nak dekat 100peratus dah ni . hahaha ;)


bagus tuk ko ! sebab tak malas cm aku . heeeeeeeeeee ;)

YouSOF said... [Reply]

Raji and Yeen > Hahha aku pun terkejut jugak masa tu Ji.. tapi kawan aku sengal boleh campak ikan tu awal² kat pantai.. dapat ambek gambar seketul je.. ;D

HonEyBuNNy > Boleh je, diri depan kaunter pastu pesan kat awek yang jaga kaunter tu.. beres! ;P

BENA > Hahha baek sekali pun bagi la aku amek gamabr banyak² sikit kan.. lepas dia campak tu kitaorang perli dia kaw² punya, serba salah jugak la dia.. ;DD

yang gelongsor tu aku pernah tengok, tapi tak pernah try menjakunkan diri lagi.... tapi serius teringin habis nak ke sana lagi..

Malas² pun buat lemak naik je, baik kita rajin.. ye dak? HEHHE

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails