Friday, July 23, 2010

╚╓ ╫ ♂ ( Laki² Rasa Tenang )



"Stesyen berikutnya, Setiawangsa. Next station, Damai" ;))

Sangat serius aku memang rindu bangat nak dengar suara sebut ayat kat atas ni ;D. Kesian ko Sop, yela KOTA TINGGI belum ade 'menatang' panjang bergerak macam tu lagi kan hahha. Salah satu sebab aku rajin jalan masa duduk sana pun pun sebab tula, senang nk bergerak ( bukan sebab poket tebal nak shopping pun ;D)

Sebab ape aku tulis ╚╓ ╫ ♂ (Laki² Rasa Tenang). Hahha mesti ade sebab. Aku pernah 2, 3 kali sesat atau lebih tepat tersilap naik tren gara² malu bertanya, ha kan dah dapat hadiah ;D. Masa tu baru kenal dengan LRT ni. Kena pulak tu aku naik last tren, 'SERONOK' abes perasaan masa tu. Macam mana pun kita kena terus TENANG rite?

Tapi.. MASIH ADA PLAN B! Aku terus tanya pak guard kat situ.

"Pak cik, saya tersalah naik tren la tadi, lepas ni ade tren lagi ke ek?"

"la yeke, ha tadi tu last train dik, kena tunggu pukul 6pagi nanti baru bukak balik"

Aduhhh. Bengkek sungguh rasa masa tu. Memang sah aku naik last train tadi. (cuak gile rase masa tu TUHAN jela yang tau) tapi semua tu pengalaman kan. Teringat 'kawan baik' aku pernah kata..

"Experience will make U a better U"

Aku terus tunggu RAPIDKL kat sebelah stesyen tu. Tak lama bas sampai, aku dengan 'selambadak' naik je walhal tak tahu arah bas tu. Jawapan yang aku dapat lepas tanya pak cik driver ni macam mana nak balik Setiawangsa..

"Adik kena turun kat simpang sana bla² bla, sebab bas ni bla² bla"

Nasib baik pak cik tu baik hati, siap bagi direction kat aku hehe. Aku turun, agak terpinga-pinga jugak la kan, jam da dekat pukul 1pagi. Orang lain da lena diulit mimpi kot.

Aku jalan straight je ikut jalan raya tu. Boleh tahan lenguh jugakla tangan bawak beg balik kg penuh ngan jajan + kerepek UMMI (wajib bawak ke KL bila aku balik JB).

Baju pulak 'long sleeve long journey', sangat sejuk aku rasa malam itu ;D. Aku terus jalan dan jalan dan jalan. Bila da terpandang landmark yang aku kenal kat depan sana aku jadi lega sikit, dan jadi agak TENANG semula ;D

ALHAMDULILLAH. Sampai jugak aku kat Setiawangsa ni~~

The unhelpful heritage vanishes.

4 comments:

aisyah said... [Reply]

experience is the best teacher...
kalo sesat ke, tersalah train @ bus ke x perlu gabra.....
tp usop dlmkeadaan ape pun mmg sentiase TENANG..

YOUsoF said... [Reply]

that's rite!

hee mekaseh..

Fariha Abd Manaff said... [Reply]

U still egt dat ayat, (n_n)

YOUsoF said... [Reply]

ye saye.. (*_*)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails