Showing posts with label cinta itu nyawa. Show all posts
Showing posts with label cinta itu nyawa. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Cinta itu nyawa

Assalamualaikum


Maaf kalau entri ini terselit sedikit unsur jiwang. Sekental mana pun seseorang tu, pasti ada taman dalam hatinya dan bila tiba masa, bunga di taman tersebut pasti mekar. Dan bila dijaga rapi bunga tu akan terus mekar secantik bunga lavenda. Tapi lumrahlah, ada masa mesti layu jugak bunga tu.. Masa tu penggunaan baja yang bermutu tinggi sangat diperlukan. (Harap² kauorang suka intro ni)

Lelaki cukup dengan seorang baby, perempuan steady dengan sembilan baby.
Bila berbicara soal cinta mesti orang perempuan fikir dioarang lebih ambik berat pasal tu sebab tiap kali lepak dengan geng perempuan topik tu tak pernah lepas untuk diketengahkan dan dikecohkan. Lelaki pulak buat steady je macam tak ada apa² sedangkan lelaki ni sebenarnya penyayang.


Contoh macam kat atas tu, lelaki cukup bersyukur kalau dapat sorang anak sebab nak tumpukan sepenuh kasih sayang pada anak dan isteri tersayang.. hehe. Tak kira berapa orang pun Tuhan anugerahkan anak, semuanya rezeki, jadi tak ada sebarang sebab untuk kita tak sayang anak² tu kan.  


Kalau kes anak tetak emak gara² tak dapat duit tu tak tau nak cakap apa lagi lah, sakit jiwa dan mental ni jangan dipandang remeh. Manusia, bukannya betul sangat.. Binatang pun paham apa itu erti kasih sayang sesama makhluk.


Ok cerita serius habis kat situ. Sebenarnya nak cerita pasal lagu Cinta Itu Nyawa. Lagu terbaharu dari Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu. Kali pertama aku terdengar dekat corong radio SuriaFm pagi tadi. 'Baek' punya lagu. Memula dengar kauorng takkan percaya punyalah yang suara jantan  tu suara Shiub lebih² lagi kalau kauorang terbayang masa dia jadi perempuan beranak kat atas pentas Maharaja Lawak Mega tak lama dulu tu.

Di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai Yusri KRU dan Lisa Surihani. Semoga kalian kekal bahagia ke anak cucu. Sibuk sangat semalam sampai tak sempat tangkap gambar perkahwinan  Lisa Surihani , maaf ye. ;D

*Pasal restoran kat bawah ni aku mintak maaf kat semua. Ramai yang pengsan² ingat tu restoran aku. Itu restoran bukan ana yang punya, tapi Zamzanna. Aku cuma tolong design sahaja. Teknik aku nak pancing kauorang ke blog pelekatku ternyata gagal.. huhu

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails