Saturday, March 2, 2013

Hafiz Quran muda berbangsa Bosnia, menetap di Texas

Fatih Seferagic

Masih muda, berumur 18 tahun. Kemerduan suaranya hampir sama dengan Mishari Rasheed. Sesiapa yang mendengar suara Fatih, membuat kita bergetar dan semakin merasakan bahawa begitu indahnya Firman Allah S.W.T. 

Remaja Muslim Malaysia (sebahagian) sekarang terkenal dengan remaja hura-hura. Perokok, pergaulan bebas, penagih dadah, merompak dan seumpamanya. Mungkin mereka sudah kehilangan seorang figur (idola) yang boleh ditiru dari segi peribadi dan budi pekertinya. 


Bagi aku tak salah nak minat Justin Bieber, tapi kalau kita
sendiri dah ada contoh remaja muslim terbaik, buat apa nak
tergila-gilakan artis barat lagi, kan?

Dialah pemuda itu. Hafiz Quran, bersuara merdu dan cantik paras rupa. MasyaAllah .. Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran. Pemuda yang berbangsa Bosnia ini lahir di Stuttgart, Jerman dan sekarang tinggal di Texas, Amerika Syarikat. Pada umur 4 tahun dia sekeluarga berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun di mana ia memulakan dan menyelesaikan hafalan Al-Qurannya.
Sebenarnya dia baru memulakan menghafal Al-Qur'an pada usia 9 tahun dan menyelesaikan hafalannya dalam masa 3 tahun, atau menjadi hafiz pada usia 12 tahun. Ia melatih hafazannya itu di bawah bimbingan Syeikh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang dia masih bersekolah, juga mengajar Al-Quran dan menjadi ketua remaja  di Masjid Shaykh Yasir Birjas di Dallas, Texas.




Sumber: Sini

9 comments:

ciksengeh :D said... [Reply]

subhanallah !

the malay male said... [Reply]

hebat jejaka ni...

eVa said... [Reply]

subhanallah.. itula zaman budak skrg parah.. nanti ada anak risau pulak kiter.. makin maju lain pulak jadi.. hmmm. kene perbaiki sendiri..

syakey said... [Reply]

inspired!!

Hans said... [Reply]

subhanallah
alhamdulillah
memang patut dijadikan idola
:)

iAmCekbolat said... [Reply]

wuhhh hensem .

Syazana Zainn said... [Reply]

dah lama tak jenguk2 sini.hikhik :p


p/s: suara fatih tu mmg sedap, haritu dgr dia nak dtg mesia.hihi

Alif Haris said... [Reply]

subhanallah.
orang hebat ni.. hehe.

fathiahRAIHANA said... [Reply]

faveret arwah adik :)
she only listened to his recitation,
every single day
few weeks before she left.

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails