Showing posts with label tahfiz al-Quran. Show all posts
Showing posts with label tahfiz al-Quran. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

Hafiz Quran muda berbangsa Bosnia, menetap di Texas

Fatih Seferagic

Masih muda, berumur 18 tahun. Kemerduan suaranya hampir sama dengan Mishari Rasheed. Sesiapa yang mendengar suara Fatih, membuat kita bergetar dan semakin merasakan bahawa begitu indahnya Firman Allah S.W.T. 

Remaja Muslim Malaysia (sebahagian) sekarang terkenal dengan remaja hura-hura. Perokok, pergaulan bebas, penagih dadah, merompak dan seumpamanya. Mungkin mereka sudah kehilangan seorang figur (idola) yang boleh ditiru dari segi peribadi dan budi pekertinya. 


Bagi aku tak salah nak minat Justin Bieber, tapi kalau kita
sendiri dah ada contoh remaja muslim terbaik, buat apa nak
tergila-gilakan artis barat lagi, kan?

Dialah pemuda itu. Hafiz Quran, bersuara merdu dan cantik paras rupa. MasyaAllah .. Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran. Pemuda yang berbangsa Bosnia ini lahir di Stuttgart, Jerman dan sekarang tinggal di Texas, Amerika Syarikat. Pada umur 4 tahun dia sekeluarga berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun di mana ia memulakan dan menyelesaikan hafalan Al-Qurannya.
Sebenarnya dia baru memulakan menghafal Al-Qur'an pada usia 9 tahun dan menyelesaikan hafalannya dalam masa 3 tahun, atau menjadi hafiz pada usia 12 tahun. Ia melatih hafazannya itu di bawah bimbingan Syeikh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang dia masih bersekolah, juga mengajar Al-Quran dan menjadi ketua remaja  di Masjid Shaykh Yasir Birjas di Dallas, Texas.




Sumber: Sini
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails