Tuesday, October 2, 2012

Tony Blair akui kehebatan al-Quran

Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman


LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.

"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia. 

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi

Sumber - Surat khabar Malaysia

Tengok, orang bukan Islam sendiri baca dan kaji kitab suci al-Quran setiap hari. Kalau kita sendiri tak rajin nak baca dan fahami ayat-ayat al-Quran, tak ada perkataan yang sesuai untuk kita melainkan "malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri."

19 comments:

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

harap harap.
makin ramai pemimpin atau bekas pemimpin besar dunia tahu islam yang sebenar dan sedari keindahan islam.

syafiqa said... [Reply]

haaa.. dia pun mengakui nya,
kita?harap sama sama makin ke arah hargai islam :)

ct kektus said... [Reply]

moga ramai umat islam yg sedar kepentingan al-quran ni. :)

Shida Radzuan said... [Reply]

org luar pn lagi2 pemimpin pn tahu kebesaran al-quran..xsma mcm negara kita..politik jer lebih..!

virusgile said... [Reply]

sahih ke tak benda ni??sometimes org reka cerita je n sometimes its just propaganda tu clean nama barat di mata dunia.

do ever easy to believe

alien said... [Reply]

ramai org bukan islam baca quran dan kaji isi kandungan dia utk memahami ilmu di dalamnya.. org islam?

Shila said... [Reply]

sokong virusgile..

mohon ada link asal..hihi..

YouSOF said... [Reply]

• virusgile, missSenget > :)

Aku tak nak tengok dari sudut tu, sebab masing² dah boleh fikir. Aku suka tengok dari sudut satu lagi. Betapa kerap kita sebagai umat Islam luangkan masa untuk baca, fahami dan amalkan ayat² suci Quran. Benda² sosial ni tak payah nak cakap, aku sendiri pun mengaku kadang² terleka.

Kongsi benda ni tak lain cuma nak sedarkan diri sendiri juga sedara seIslam yang lain. ;)

Terbakor said... [Reply]

org bukan Islam sendiri baca setiap hari Al-Quran.. pengajaran buat setiap muslim

umamahkinah said... [Reply]

muhasabah diri,

join saya sign petition to save the cats :')
http://cikgadiscengeng.blogspot.com/2012/10/selamatkan-haiwan-kesayangan-rasulplease.html

hani said... [Reply]

kalau baca quran, setiap satu huruf yg kita baca tu Allah catatkan satu kebajikan untuk kita yang mana stiap satu kbajikan tu plak bernilai 10 pahala. banyak tu! baru satu huruf. baca ali lam mim je pn dah 3 huruf dah.. ape lagi klu baca 2-3 m/s.. :)

-meeSUPERGIRL- said... [Reply]

alhamdulillah .. bagus lahh ..

H A N said... [Reply]

owh,bestnya rasa...

Moga2 dia yg non-muslim tu diberikan hidayah 7 moga2 kita lebih kuat dlm iman & islam kita insyaAllah...

Jna marcello said... [Reply]

pengajaran buat org muslim ;))
TQ for sharing this

Dkna Abza said... [Reply]

Al-Quran adalah buku ilmu yang terbaik di dunia.. :)

Cikgu Ma said... [Reply]

moga hidayah diberi untuk nya ^_^

Aing said... [Reply]

dah baca al quran semua hari ni?

aku? geleng2.

eva said... [Reply]

MasyaAllah.. Allah blh buka hati sapa2 jak utk menerima islam.. kita pulak?.. hmmm.. sedih utk diri sendiri

anamizu said... [Reply]

subhanallah... moga petunjukNYA diberi kpd sesiapa saja & kita juga :)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails