Di suatu petang yang mendung, ketika pulang dari tempat kerja, ayah berjalan lesu. Ketika melintasi sebuah kedai anak patung, tiba² ayah teringat akan anak bongsunya yang dipanggil adik. Hari itu adalah hari lahir adik yang ke-5.....
*******
Beberapa orang awam agak kehairanan melihat satu teddy bear bersaiz orang dewasa bergerak dengan sendirinya. Rupa²nya ayah yang memeluk teddy bear tu dari belakang. Ada juga yang memandang sambil tersenyum sinis sehingga menampakkan gigi. Namun ayah terus berjalan tanpa hiraukan semua tu. Baginya yang penting dia sempat sampai ke rumah sebelum adik tidur dan dapat berikan kejutan kepada si comel tu.
Nak naik bas, ramai sangat penumpang. Mesti susah teddy bear nak menyelit di celah² penumpang lain nanti. Jadi ayah buat keputusan naik teksi je. Jam tangan hadiah dari isteri tercinta dah menunjukkan 8.30 malam. Hujan pulak mula rintik² mencecah bumi. Ayah sanggup menyarungkan sweater-nya ke kepala teddy bear bagi mengelak dari basah. Dia risau kalau² adik tak gembira bila tengok keadaan teddy bear basah seperti baru lepas terjun parit.
Selepas menunggu beberapa minit, datang sebuah teksi. Walaupun terpaksa bayar tambang untuk dua orang menggunakan duit saku yang tersisa, ayah sanggup asalkan dapat sampai cepat ke rumah. Tapi ayah kurang bernasib baik, tak lama kemudian tayar teksi tu bocor selepas terlanggar paku di bahu jalan...
Bersambung...
22 comments:
alahai,sweetnya seorang ayah membeli teddy sebesar dirinya untuk anknya..bersambung..:")
eksiden mungkin .
hati dah mula sayu bila baca ni.. harap2 ayahnya tak ada pape berlaku..
sweet benor si ayah... cuma duit tambang kena bayar untuk dua orang tu macam tak patut. bear tu bukan orang. hehe. k tak lawak rupanya.
besarnye bear...
Agak agak lelaki kalau dapat teddy besar dia happy tak? Hehe. Kalau perempuan memang dia tunggu hadiah tu tapi nak tunggu si lelaki bagi? Haremmm~ Haha.
sambung cepat,cepat
aik ? MACAM pernah ku baca cerita ini. hee :D
serius suspended wehhh. haha cepat sambung..
amboi siap bersambung
Anonymous: Amboi bajet ada orang nak ikut je sambungan cerita ni kan.
oh..sungguh saspen cerpen ni..harus follow lepas ni :)
ak ada plan c. kau hado?
ak ada plan c. kau hado?
ak ada plan c. kau hado?
ak ada plan c. kau hado?
Cada apa maksud komen berulang ni?
Ye aku tak hado plan c.
asala macam cinta ni akan ending sedihhh je wehh
gua baca entry asal dulu.supaya gua hilang berdebar. :D
Hahah tak adil la bro kau main jalan pintas.. ;D
cepat sambung ;)
done read
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)