Thursday, October 18, 2012

Teddy for sweety (sambungan)



Tapi ayah kurang bernasib baik, tak lama kemudian tayar teksi tu bocor selepas terlanggar paku di bahu jalan...



Jadi ayah hanya perlu bayar tambang mengikut jumlah yang terpampang kat meter  tu tapi terpaksa menahan teksi lain untuk sampai cepat ke rumah. Ayah jadi risau sebab tiada satu pun teksi melalui jalan tu walhal dah dekat 15  minit ayah terpacak kat situ ditemani teddy bear yang 'duduk' beralaskan sweater ayah.

Lain yang ditunggu, lain pulak yang muncul. Sebuah bas berhenti di depan ayah, kebetulan bas tu melalui kawasan rumah, ayah pun naik sambil memeluk teddy bear. Mujur driver tu tak mintak bayaran double macam driver tadi tu, macam paham je dengan poket ayah.

Sekali lagi orang pandang pelik, ayah malas nak layan. Ayah sedikit tesenyum sebab ada banyak seat kosong, jadi tak perlulah ayah peluk teddy bear sambil menahan jelingan mata manusia yang seperti tak pernah nampak orang handsome peluk teddy bear..



Tak lama kemudian  tu sampai ke kawasan perumahan ayah. Tapi ayah perlu berjalan sedikit lagi untuk sampai ke depan pintu rumah.Terpaksalah ayah melangkah laju sambil memeluk teddy bear menuju ke rumah. Berhenti kejap bila tangan terasa lenguh memeluk teddy bear bersaiz XXL tu. Lepas tu sambung jalan balik....


Dah nampak bayang rumah dah. Macam agak gelap kat bahagian depan. Ayah risau kalau² adik dah berlayar atas tilam bercorak Mr. Bean-nya. Mesti penat adik tunggu ayah di muka pintu seperti kebiasaan.Ayah menjenguk ke dalam. Rupanya adik masih belum tidur, tengah syok menonton TV sambil memeluk bantal busuk ditemani ibunya.Ayah memberi salam. Adik pantas bangun dari duduknya dan tersenyum lebar bila melihat wajah ayah tercinta yang sedikit berkeringat...


 ADIK!!. Ayah ucapkan kepada adik dengan sepenuh hati sambil memeluk erat tubuh kecil itu. Adik agak terpinga², barangkali dia sendiri terlupa hari jadinya yang kelima ini.....



Ada sikit lagi sambungan :D...

15 comments:

CekbOlat-bOlat said... [Reply]

comel gambar Teddy gif tuu . mohon bagi kat gua sekorr buat kuah laksa . kehkeh

akhirnya ayah selamat sampai dirumah .

♥ Nana BamBam ♥ said... [Reply]

aiseh...sambungan lagi...nak tau gak reaksi adik tuh..huhu

gembire ke, terkejut ke....cuak ke... x suke ke..huhu

pazil said... [Reply]

swit bro..ada jiwa seorang ayah dah lu ni.

cimöt said... [Reply]

adeh adeh.. bersambung lagi laaa plak... cpt2an..

si robot comel said... [Reply]

gua bayangkan ni macam cerita korea tahu, cepat sambung,peminat cerita ni dh tunggu ni :)

syafiqakarim said... [Reply]

amboi ayah nya.
comel

Yousof said... [Reply]

Secomel anaknya ;D

Yousof said... [Reply]

Kalau cerita korea ada hero jambu dan heroin comels, cerita ni pulak ada watak ted dan adik yg comel. Tak lupa juga ada peminat si robot comel hehe

Yousof said... [Reply]

Komen kau ni pun boleh tahan switnya bro..

Yousof said... [Reply]

Maaf aku tak sampai hati nak tengok teddy tu dilaksakan.. Heheh

Ayah selamat dan tetap semangat! ;D

fifie said... [Reply]

Mohon sambung cepat. Hhee

cikpinky said... [Reply]

comeynye teddybear tuuuu

chemay said... [Reply]

cepat2 sambungg..

*mohon usop belikan bear seketul untuk chemay.
:P

syakey said... [Reply]

ayah dia muda lagi ni. tu pasal sweet aje. ayah aku dah tua. besday aku pon, aku yang kena kol britahu. huhu

Aujinz said... [Reply]

hahahaha... hamboiii... bawak Teddy bear tue..


(teringat di suatu masa dulu...)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails