Wednesday, October 24, 2012

Teddy for sweety (akhir)


Adik agak terpinga², barangkali dia sendiri terlupa hari jadinya yang kelima ini.....





Adik menjenguk ke belakang ayah, mengharapkan hadiah yang ayah janjikan tempoh hari. Tapi adik  sedikit hampa sebab tak ada apa² di belakang ayah tanpa menyedari teddy bear yang ayah sorokkan di tepi tembok pagar rumah sebentar tadi. Betul² di sebelah pasu bunga besar ibunya.


Melihat bibir adik yang agak muncung, ayah jadi tak sampai hati nak teruskan penyorokan teddy bear tu lebih lama. Si ibu pun sama, kesian kat adik yang sangat berharap yang ayah akan membelikan sesuatu tuk ditambah sebagai koleksi hadiah di dalam biliknya.

Lantas ayah terus beritahu adik ada kawan datang nak berjumpa dengannya.


"Aliya, Maisara, Syeera?!"
Satu persatu nama kawan adik tanyakan kepada ayah.

Semuanya bukan.

"OK lah. Biar ayah panggilkan 'kawan' adik tu."

Tapi sebelum tu ayah meminta adik pejamkan mata.


Ayah terus memeluk teddy bear yang 'menyorok' di sebelah pasu tadi tu, lepas tu di'dirikan' betul² depan mata adik.


"TEDDY BEAR!!!!"

Adik menjerit gembira sambil memeluk patung bersaiz XXL tu.!



"Terima kasih ayah, ibu."
Adik ucapkan kepada ayah dan ibu sambil memberikan yang paling comel..




Inilah masa yang ayah dan ibu tunggu. Untuk melihat senyuman kegembiraan di wajah comel adik. Senyuman paling ikhlas dari insan yang bergelar kanak². Ayah merasa perjalanannya bersama teddy bear menuju ke rumah tadi sangat² berbaloi bila dibalas dengan senyuman comel dan kegembiraan adik.



*****************



Keesokan harinya. Di warung. Makan malam.


"Adik nak ikan siakap tujuh rasa"

Adik pesan kepada ayah sebaik saja seorang waiter datang ke meja mereka.

"Hmm ada ke macam tu?"

Ayah bertanya kepada waiter tu. Sambil memesan minuman, Ibu tersenyum melayan kerenah anak kesayangannya tu.

"Ok² macam ni, bagi ikan siakap tiga rasa saiz kecil dua ekor + ikan siakap satu rasa seekor. Ok cukup tujuh rasa."

 Ayah memesan sambil tersenyum, diikuti ibu dan adik.... ;)




*Cerita ni aku dengar dekat satu seminar motivasi tak lama dulu..

16 comments:

fifie said... [Reply]

Hati seorang ayah, sanggup buat apa saja untuk kesenangan anak.

Shida Radzuan said... [Reply]

smpai sekarang befday xpenah lg dapat teady bear size XXXL tu huhuhuh^^

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Im so touch....kasih ayah....

ct kektus said... [Reply]

dah ada tedy bear, tapi bukan dari abah.


dulu2 kecik2 pernah lah abah belikan barbie. agaknya lepas abah tau barbie tu dah hilang kaki & tangan, terus tak nak belikan dah. kot lah. heeheee

cimöt said... [Reply]

finally...puas hati..


sesusah mana sekalipun mak dan ayah, they will sacrifice everything for their child kan?

tetibe teringat mase kecik2 dulu..

bwarghhhhh said... [Reply]

ayah yang baik :)
lu dah jadi ayah nanti biar lu jadi baik lebih dari ini ok.

ha.kalau lu berminat nak 'praktikal jadi ayah'..gua sudi jadi anak angkat lu..gua taknak teddy bear..gua nak mini coop tanpa 's' pun takpe dah.HAHA.

Jna marcello said... [Reply]

Hahahah sorry na tergelak sbb bace cmmnt pazil tu ..klau mcm tu na pun nk jd anak angkat :)

Anywy nice entry!
Na hpyy je bace kisah ² ayah ni
(Tp na xde dpt kasih syg ayah :/
*hidup ni xselalu nya akn sempurna..

Selamat hari raya awk.

syakirahmn said... [Reply]

slamat ending bahagiaa. dr hari tu agak ada ending yg tragis. huhu

iAmCekbolat said... [Reply]

the end . mcm biasa gif bear tu mnjadi . haha

cerita ttg kasih syg bapa buat aku nangis bila kenang kenang . T___T

Hans Hanis said... [Reply]

hehehe
suka ending dia

Ermizi Muhamad said... [Reply]

Orang Kota Tinggi? Sebelah mana? Rumah nenek aku area sana juga :)

Amy Syahirah said... [Reply]

teddy bear saiz XXXXXXXXXXXL besar daripada saya ke? kiki

Unknown said... [Reply]

hehe sweetnya inchik ayah layan anak perempuan dia. :)

Unknown said... [Reply]

dh smpi masa membalas jasa ayah... janji ditepati...

hani said... [Reply]

akak mcm nak kau sambung lagi je cite ni. tersyok pulak bacanya..

shada wentz said... [Reply]

ohh igt cerita betul. baru nak jadi adk ko. haha

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails