Monday, October 1, 2012

Enam perkara yang menyebabkan amal sia-sia

Rasulullah SAW bersabda: 
"Ada enam perkara menyebabkan amal sia-sia (tidak mendapat pahala) iaitu sibuk mencari keaiban orang lain, keras hati, terlalu cinta kepada dunia, kurang rasa malu, panjang angan-angan dan orang melakukan kezaliman." 
(Hadis riwayat Dailami)


1) Orang yang suka mencari dan menyebarkan keburukan orang lain lalu memperbesarkannya, sementara aib sendiri tidak diperiksa sesuai dengan pepatah, 'kuman seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak'.


2) Sikap keras hati bermaksud tidak menerima pengajaran baik dan nasihat. Dia tidak suka dikritik apatah lagi dipersalahkan, kerana yakin dialah benar, di samping itu hatinya tidak tersentuh dengan penderitaan dan kesedihan orang lain.

Ketika hayat Rasululullah SAW, ada sahabat bersedih kerana anggota keluarga di kalangan mereka mati sehingga Baginda turut menitiskan air mata. Namun ada seorang sahabt sedikitpun tidak tersentuh melihat kejadian itu. Lalu ditanya kepada Rasulullah SAW yang menjawab: "Itu tanda hati yang keras".


3) Kehidupan dunia hanya sementara dan kita sebenarnya musafir yang dalam perjalanan, lalu beristirehat di sebuah tempat untuk sementara waktu. Namun tidak sedkit pun manusia itu beranggapan tempat istirehat itu sehingga matlamat sebenar akan kembali kepada Allah Yang Maha Esa.


4) Bertindak mengikut kemahuan hawa nafsunya. Oleh itu, perbuatan dosa adalah agenda utama kehidupan, manakala benar dan salah tidak lagi menjadi ukuran dalam hidupnya.


5) Angan-angan menunjukkan kekerdilan manusia, kemampuannya lebih tinggi, tidak sesuai dengan kemampuan sebenar, malah suka berkhayal. Ungkapan biasa bermain pada lidahnya ialah andai kata, apabila, jika dan kalau. Dia banyak menghabiskan masa berkhayal. Ironinya, dia beranggapan khayalan itu benar dan realistik. Orang bersikap demikian ibarat pungguk merindukan bulan atau katak ingin jadi kerbau.


6) Dengan kekuasaan dan kekuatan, manusia melakukan eksploitasi terhadap orang lain, memeras golongan bawahan dan menindas kelompok lemah. Jika perbuatan ini dilakukan secara berterusan, maka orang lain akan terus dizalimi dan dan ditindas.


Demikianlah enam sifat mazmumah yang menghancurkan nilai ibadah, ibarat air di daun keladi, amal pahala banyak tetapi tertumpah tanpa meninggalkan bekas. Jika enam sifat tercela ini ada dalam peribadi seseorang, maka hendaklah dia berwaspada dan berhati-hati dalam segala tindak tanduknya selaras dengan peringatan Rasulullah SAW.

8 comments:

Aing said... [Reply]

mintak jauh semuanya.

hani said... [Reply]

sambil baca sambil muhasabah diri kot kot la ada sifat2 berkenaan dalam diri..

semoga terus dgn dakwah ye cop.. :)

umamahkinah said... [Reply]

Alamak..sy suka berkhayal!hehe...bukan khayal la sgt, berangan..mngimpikan matlamat yg ingin dicapai..woha!

Mun said... [Reply]

bermuhasabah diri~

harap dapat memperbetulkan kelemahan dalam diri kita..supaya amalan kita tidak menjadi sia2

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

good post.
mintak jauh semua lah.

peringatan untuk bersama.

tapi kebanyakan point yang aku tengok tu.
macam masalah pompuan.
heheh

Shida Radzuan said... [Reply]

setuju ysof hehee..wehhh ade org spam xxx kat shout ko..tu shida mls nk shout dlu hehe komen suda..:D

anamizu said... [Reply]

TQ sop kongsi gini.. byk info.. menginsafkan.. moge2 dijauhkanlah..

syakirahmn said... [Reply]

moga Allah melindungi kta dgn perkara membawa siasia ni. (:

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails