Thursday, September 20, 2012

Kelebihan Air Zamzam




Sucinya Zamzam

Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah melihat gambar Makkah dahulu kala. Antaranya terdapat gambar yang menunjukkan seorang pemuda yang 'berenang' menuju ke Kaabah yang waktu itu ditenggelami air bajir. Peristiwa yang berlaku sekitar tahun 40-an itu punya cerita menarik untuk ditatap. Masih jelas dalam ingatan penulis ketika bertemu dengan salah seorang daripada penduduk tetap Makkah berasal dari Kedah, yang tinggal di Makkah selama lebih 50 tahun.

Beliau (kini arwah) yang dihantar ke Makkah pasa usia belasan tahun menceritakan pengalamannya sendiri berenang di sekitar Masjidilharam ketika banjir tersebut melanda. Menurut ceritanya, beliau ingin tahu apakah yang terjadi kepada telaga zamzam akibat banjir. Alangkah terkejutnya apabila beliau sendiri menyaksikan keajaiban dan kesucian air zamzam tatkala melihat di permukaan kawasan telaganya terbit aliran mata air yang membuak-buak seolah-olah air yang sedang mendidih. Beliau lantas merapati kawasan tersebut dan melihat sendiri dan merasai air yang keluar darinya. Subhanallah! Itulah lafaz terpancar dari bibirnya. Air yang membuak-buak keluar itu ialah air zamzam yang tidak bercampur atau terkesan langsung dengan kekotoran air limpahan yang membanjiri Baitullah waktu itu.

******************

Nama-nama lain bagi Zamzam?

Mengikut para ulama, Zamzam mempunyai lebih daripada 50 nama. Antaranya ialah

 Barakah               Haramiyah                          • Siqayat al-Haj           • Thahirah
 Mubarakah          Hafirah Abdul Mutalib         • Sayyidah                   • Tha'mu Thu'min
 Barrah                • Rakdaah Jibrail                     • Shabba'ah
 Busyra               • Al-Rawa'                            • Syarab al-Abrar
 Tuktam              Sabiq                                  • Syifa'u Suqmin 
 Maktumah         • Salimah                               • Safiyah

Sumber: Majalah Solusi

17 comments:

Mek Onie said... [Reply]

molekul air zamzam cantikkkkkkkkkk :)


anamizu said... [Reply]

subhanallah memang terpelihara air zamzam...

haah la molekul air zamzam sgt cantik :)

Mohamad Fathi said... [Reply]

Air zam dari dulu sampai sekarang rasanya sama aja... Tak pernah berubah... =)Hebatkan kuasa Allah S.W.T..

nurdani said... [Reply]

Subhanallah....hebat ciptaan Allah

Anum said... [Reply]

Subhanallah

alien said... [Reply]

betul..
Ia air yg paling bersih

Unknown said... [Reply]

masyaAllah.. kehebatan air zamzam dan betapa berkuasanya Allah tuhan kita..

Unknown said... [Reply]

nice info untuk dikongsi... even saintis barat pun teruja mengkaji molekul air zam zam ini kerana keunikannya :)

syafiqa said... [Reply]

nama unik dan byk nama :)
thank ni sop

Shida Radzuan said... [Reply]

oh byk btol nama dia...tp zamzam gak yg sng sebut hihih :)

nice sharing ysof!

Raz said... [Reply]

wahh x bercampur la.. mashaAllah

Shila said... [Reply]

air zam2 sedap..!!

molekul tu, teringin nk tengok sndiri..

Ceiler Mun said... [Reply]

terima kasih atas info. :)

Syazana Zainn said... [Reply]

subhanallah.

kehebatan Allah SWT yg tak mampu kita lakukan

p/s: thanks untuk pengetahuan hari ini :D

Abu Bagi said... [Reply]

tu la kuasa Allah di tunjukkan kepada manusia.. btw, lama tak minum air zam zam.. tak de orng nak bgi..huk huk..

nots said... [Reply]

Kuasa Tuhan tiada tandingannya.

air zam zam rasa dia lain kan kalau dah sampai malaysia? err

eva said... [Reply]

Subhannallah.. x terkata bila tau pasal air zam2 ni..

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails