Tuesday, September 18, 2012

Kau hebat, aku cuma sahabat

Lagu latar  : Sahabat - Aizat




Kau hebat, aku cuma sahabat
Dulu kita selalu berlumba basikal, masih aku ingat
Aku sering kalah, tempat pertama kau yang dapat


Kau hebat, aku cuma sahabat
Nama pun sahabat, kami sudi menolong tanpa sebarang muslihat
Tapi kau tetap tak sedar, ada hati yang terguris kuat


Kau hebat, aku cuma sahabat
Menganjak remaja, kita masih rapat
Semakin lama ego kau masih di situ, hebat


Kau hebat, aku cuma sahabat
Aku harap kau sedar dan kita kembali dekat


Tiada guna bergelar hebat
jika tak pandai menjaga sesuatu yang dinamakan hati sahabat.


30 comments:

ct kektus said... [Reply]

sahabat menjauhkan diri sebab seorang lelaki. hmm. sedih sungguh. =_=

Yousof said... [Reply]

Lebih kuranglah kita.. Sahabat menjauh sebab perempuan, dan kebendaan..

Anum said... [Reply]

sama la kita

ch000tz axoera ヅ said... [Reply]

aku redha..:)

El-Janna said... [Reply]

boleh tuju lgu lagi x?

Yousof said... [Reply]

Silakan El-Janna ;)

merahitujambu said... [Reply]

itu cm lagu je.x pon sajak..ngeee

anif abdullah| AA said... [Reply]

mendalam maksudnya.btw, hati sahabat kena jaga..kann

Rain said... [Reply]

sahabat,
kembalilah rapat
senyum kau buat aku dekat
biar silaturrahim yang menghebat
:)

syafiqakarim said... [Reply]

haaa takpe sop.
kita sahabat ya

Syazana Zainn said... [Reply]

sahabat yang benar-benar dipanggil sahabat akan sentiasa bersama tanpa mengira apa-apa

:)

eva said... [Reply]

awak hebat, saya cuma sahabat,
saya harap bila saya pegi KL nanti awak belanja saya mkn ahahaha!



* yup betul.. insyaAllah sentiasa berbuat baik dgn semua makhluk ;)

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

kawan ramai.
sahabat kurang.

nurdani said... [Reply]

sahabat sejati ni susah nak cari

anamizu kaito said... [Reply]

memang camtu kot zmn skrg ni..
TREND katanye kot. hurmm ~

shidaR said... [Reply]

wahhh hebatt sahabat hheee :)

Evagurl Izma said... [Reply]

takpa. awak ada sahabat baru
*kenyit mata*

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

alamak....sahabat undur diri sbb pasangan? xbestnye...sbar yea sop...

mr.syazwan said... [Reply]

saya hebat menjaga hati sahabat..

ehhh

:)

EZAN IDMA said... [Reply]

awk sahabat saya kan?

anamizu kaito said... [Reply]

*errr Sop.. mane header ?
yang ade kartun usop tu?

nitnot said... [Reply]

kawan dengan sahabat lain bukan?

puteri kasih said... [Reply]

bukan mudah mencari sahabat..dan bukan mudah untuk menjadi sahabat :)

caliph shuriken said... [Reply]

kdg2 bersahabat ni ada expired date, erkk...

Alif Haris said... [Reply]

kdg terasa diri ini tak layak menjadi sahabat orang yg hebat2 contoh mcm kalian. hmm

emy zulaiha said... [Reply]

sadisnya,
adakah sahabat kamu egonya hebat?

takpe, bende mcm nie bg pengajaran kan.. n mematangkan diri kan? hee :)

RazFiRa said... [Reply]

lagu latar: teman sejati- Brothers

missSenget said... [Reply]

ko terasa hati dgn sapa ni ucop...??

Bella Bell said... [Reply]

kau sedang bersedih ke ucop? atau aku yang baca dalam emosi sedih?

Ash Give said... [Reply]

pandai la kau berkata kata puisi usop.. ajar bah aku hehehehe

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails