Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Kau hebat, aku cuma sahabat

Lagu latar  : Sahabat - Aizat




Kau hebat, aku cuma sahabat
Dulu kita selalu berlumba basikal, masih aku ingat
Aku sering kalah, tempat pertama kau yang dapat


Kau hebat, aku cuma sahabat
Nama pun sahabat, kami sudi menolong tanpa sebarang muslihat
Tapi kau tetap tak sedar, ada hati yang terguris kuat


Kau hebat, aku cuma sahabat
Menganjak remaja, kita masih rapat
Semakin lama ego kau masih di situ, hebat


Kau hebat, aku cuma sahabat
Aku harap kau sedar dan kita kembali dekat


Tiada guna bergelar hebat
jika tak pandai menjaga sesuatu yang dinamakan hati sahabat.


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails