Sunday, August 28, 2011

"Eh! Kosong?"


Raya tahun ni memang terasa sedikit kosong la sebab tak dapat beraya ke rumah Irma Hasmie. Mak aku cakap rumah dia jauh sangat, takut nanti tak sempat nak beraya ke rumah saudara mara area Johor ni karang.



Ok itu adalah tidak benar sama sekali ye kawan², Maaf... Siapa marah aku tak raya rumah hehe. Begini ceritanya, Khamis lepas aku agak terkejut bila tengok ada sekeping kad raya dari KUCHING yang amat istimewa atas meja, dalam kamar aku.

Kad raya tu jadi amat istimewa bagi aku bukan sebab datangnya dari Irma Hasmie, tapi sebab itu je pun satu²nya kad raya yang aku dah dapat setakat ni hehe. Dengan pantas aku bawak kad raya tu ke dapur sambil tanya akak aku..


"Eh kad raya lah! Bila sampai?"


Sungguh, masa tu aku teruja habis, sebab dah hampir 4 tahun aku tak merasa nikmat menerima kad raya. Sambil aku koyakkan sampul tu, akak aku jawab dengan bunyi sedikit jelous..


"Tengahari tadi, jakun la tuh"


Aku terus keluarkan kad raya tu. Tapi isinya kosong dan..

"Eh kosong, dia terlupa tulis ke hape?"

adalah ayat yang keluar secara automatik dalam hati aku. Akak aku sempat gelakkan sejurus dia tengok muka pelik aku. Siot sungguh.


Aku belek² kad tu sebab nak puaskan hati. Rupa²nya tulisan dia ada dekat bahagian bergambar. Rasa tertipu saya di situ hehe.


TERIMA KASIH Fiezah 91.. Serius, masa aku taip entri ni baru aku teringat ada bagi alamat pada kau hehe. Terimakasih², trick 'kad raya kosong' kau memang menjadi. ;)

Aku hanya dapat membalas dengan ketupat aku yang satu tu je. Tahun lepas aku dah guna ketupat yang sama, mujur ketupat tu jenis tak basi... Juga kepada semua geng blogger yang lain.



، سلام عيدالفطري اونتوق كاليان
Salam Aidilfitri untuk kalian,
،ماكن سمڤريت دتمبه اير تين
Makan semperit ditambah air tin,


، سكيراڽ اد ترلبيه ڬوراوان
Sekiranya ada terlebih gurauan,
. موهون معاف ظاهير دان باطين
Mohon maaf zahir dan batin.


;)

45 comments:

Unknown said... [Reply]

salam lebaran sop, mohon ampun jugak..haha aku tahu aku nih jenis slumber badak je..kot-kot lah kan ko ade terasa hati ke gurau-gurau selama aku komen entry ko..baling mercun kat shoutmix..hehe..menghangitkan Fb kau dgn rendang hangit aku tuh..haha..ok bye, nak packing balik kg nih..salam.. :D

Unknown said... [Reply]

hehe mai pn dpt satu jgk kad raya dari usop sorang je eceh, thanx byk2 ;)

salam aidilfitri juga usop. mohon mf zahir dan batin segala kekhilafan spnjg berbloging. jemput dtg rumah eceh ceh hihi ;)

Izzaty Ishak said... [Reply]

Zaty pon dapat 2 je kad raya tahun ni. Dua-dua dari blogger termasuk Usop. Dah bertahun-tahun tak dapat, syukurlah :D

Salam Aidilfitri Usop. Maafla kalau ada silap/salah selama berkomen/berblog ni ye. Kirim salam semua orang Johor. Cewaaaah :D

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

awak..selamat hari raya maaf zahir dan batin

:)

Unknown said... [Reply]

epy eid to you... jd la lelaki yg berguna.. eh? haha

semutsengal said... [Reply]

waaaahh !!


aku nak mntak maaf jugak andai terberak tak kena tempat yaa !!

YouSOF said... [Reply]

Fee Hafeezah ketuk keyboard > Hehe takda hal lah.. Aku pun sama. Hati orang ni lain2, takut tak kena cara, teguris selama seminggu pulsk... ;D

Hehe melantak rendang nanti ingat2 la orang yang tak dapat makanan tu ye.. Wassalam.

Amna.Qadeeja > Sama2.. Simpan dalam peti kalau takut poskad tu rosak ye.. ;D

Jemput2..

Izzaty Ishak > Syukur... ;)

Pun sama, mohon maaf tu jalan yang terbaik.. Wa'alaikumussalam..

Anisa Hang Tuah > Salam Aidilfitri Nis... ;)

Azroy Kassim > Semoga menjadi lelaki terbaik Roy.. ;D

muhamad hanif > Sokay.. Cuma bau je belum hilang lagi ni..

-Incek Fik- said... [Reply]

tetibe rasa jeles sebab tak pernah dapat kad raya dari insan yang bergelar blogger huhuu...










*nak tacing konon*

Unknown said... [Reply]

selamat menyambut hari raya maaf zahir batin ye yusoof.. semoga bhgia selalu di hari syawal yg bkl tiba ini..

Alif Haris said... [Reply]

hahaha takkan lah lupa nk tulis :D

style doe pantun jawi kau tu hehehe

slmt hari rya usop ^^

Far8 budak baik said... [Reply]

wehhhh dapat kad raya kosong..
balas nan ketupat
kreatif gile..
hahaha!
byk sgt ar tu ketupat kat rumah tu..
bagi aku sikit..

ariph™ said... [Reply]

pantun lu style. hahaha.
selamat hari raya bro.

nanti nak g raya rumah irma hasmie ajak aku k. jangan syok sorang2. kne ajak member2. haha

Aisyah Aina said... [Reply]

tp kalau kad kosong pon ok what sebab nanti boleh bg dekat orang lain pulak...hahaha


selamat hari raya pakcik..nanti pagi raya aku tuntut duit raya kat depan pintu rumah kau tau ;D

Anonymous said... [Reply]

selamat2....hahaha

Gary Asip said... [Reply]

hehehe... selamat hari raya gak...
cuak gak kalau dapat kad raya kosong.. huahahaha

BENA said... [Reply]

cop cop ! selamat hari ghaye yeeee YOUsof ! heee ;) selamat menjamu kueh raye byk2 . tai igt lah aku selalu ye . hahahaha ;)

ILA HonEyBuNNy said... [Reply]

selamat hari raya...maaf zahir dan batin...;-)

Unknown said... [Reply]

irma hasmie??

syafiqa said... [Reply]

selamat hari raya weh.
irma tu kazen aku.nak kenal?
haha

najihah sahami said... [Reply]

hohoh..fiezah memang baik hati..:)

Hans Hanis said... [Reply]

bro
aku nak ucap selamat hari raya
maaf zahir batin
:-)

cix z said... [Reply]

Irma Hasmie???

Pamie said... [Reply]

selamat hari raya sop :)

nabilah_2908 said... [Reply]

HEHEHE...terkona den.... :P

SELAMAT HARI RAYA..!!! :)

::FAIZ:: said... [Reply]

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

~Faiz Farish~

sayakayrulez said... [Reply]

gua dapat sms raye je..
mak ai..nak raye umah irma hasmie ek..
da manju da

fiezah91 said... [Reply]

selamat hari raya wei. haha. ko mengejutkan aku gak kata aku htr kad raya kosong. ok terkena aku kat sini. hahaha :)

YouSOF said... [Reply]

-Incek Fik- > Haha.. Aku ni pun sebab kawan tu offer.. aku bagi je alamat.. ;D

cucu umie > Amin.. ;)

alif haris > Hahaha.. Memang itupun aku terfikir dalam hati..

Style tu sebab aku ada kawan style macam kau.. ;D

Selamat2..

Far8 budak baik > ;D

Ambik je ketupat atas tu sebab ia jenis tahan lama.. heheh

ariph™ > Cuba2 je tu.. Selamat bro.. Bahagia la kau baju sedondon dengan kekasih..


Angan2 je tu hahaha..

Aisyah Aina > Ish, barang orang bagi kita mana boleh bagi kat orang lain.. ;P

Orait, hati2.. heheh

soooooour > ;D

GaRy™ > Selamat Gary..

Tahu takpa..

BENA > Selamat Cik Bena..

Itu sudah tentu.. Jangan tercekik kuih kat rumah orang sudah.. ;D

ILA HonEyBuNNy > Selamat.. ;)

YouSOF said... [Reply]

syrupmasin > Yup.. Bukan Lisa Hasmie ataupun Irma Surihani... ;D

syafiqakarim > Selamat.. ;)


Dah kenal pun, cuma dia tak kenal aku lagi.. ;D

najihah sahami > Ke Mish nak cakap perempuan memang baik hati?..

;D

Hans > Sama bro..

cix z > Yup.. Bukan Lisa Hasmie ataupun Irma Surihani... ;D

pamie > Selamat.. ;)

nabilah_2908 > Hehehe..

Selamat Aidilfitri.. ;)

::FAIZ FARISH:: > Selamat menikmat Syawal..

khairul akmal azman > Ok la tu.. Aku tak dapat lagi mesej raya..


Haha, angan2 je tu bro..

fiezah91 > Hehehehe

Memey Baharom said... [Reply]

Happy Eid Mubarak! A thousand apologies for my wrongdoings .. May Allah always bless u dear ♥

Unknown said... [Reply]

salam aidilfitri yer..ehhehe

Unknown said... [Reply]

haha..ciss..ehh kosong :D

Alif Haris said... [Reply]

aicece ..

pndai kipas2 aku ni sop .. hahaha :D

Anonymous said... [Reply]

chemay dah bertahun2 tak dapat kad raya..
hehhee..

btw selamat hari raya yusuff
:)

Anonymous said... [Reply]

Klau kosong pon boleh pkai hntar kt org lain ;P

Anonymous said... [Reply]

hekhek , selamat ary raye you ;p

ekabukanmakcikkau. said... [Reply]

baru aku teringat aku tak dapat kad raye tahun ni juga bagi tahun tahun sebelumnya . entri kau yang ni menangiskan aku . okay tipu tolong sikit eh nak nangis hakhak

feyza said... [Reply]

selama hari raya yusup..~~=D

Unknown said... [Reply]

hahaha..salam aidilfitri usop weh...
adehhh..terkena ko..naseb bek kad yang dia bagi kat aku tu tulisan besar sikit..hehehe..

ade2mama said... [Reply]

heehhe..
kt kad tu xde selit2 duit rye kew???
huhu

WZulhilmi said... [Reply]

Untunglah dpt 1 kad raya. ak satu pun tada. ekekek

Selamat Hari Raya yousof!

adwafarahin said... [Reply]

ish x aci ucop dpt kad raya! nk jugakk!!!

Liyana Zahim said... [Reply]

Eh tak phmla cane ley jadi cam kosong? Hahahah~

[sutera kasih] said... [Reply]

ni pon ada semperit lg hehehe

syoknyerr dpt kad raya kan :P

sayakayrulez said... [Reply]

ni pakwe irma ker ni
jeles aku cmni.. xdapat dia..

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails