Thursday, June 30, 2011

Ada apa dengan Israk Mikraj?

Assalamua'laikum sahabat ;)


Pengsan² aku ingat harini 27 Rejab. Rupanya semalam lah. Takpa tak terlambat lagi kot nak kongsi cerita sikit pasal Israk Mikraj ni.

Firman Allah yang bermaksud :

"Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk mempelihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Israk, ayat 1)


ISRAK adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerussalam.

MIKRAJ adalah perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, 'Arasy dan Singgahsana' (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.


Perjalanan Israk Mikraj bukan setakat melihat kehebatan alam semesta, tapi lebih dari itu. Ia ada hikmah yang cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.

Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-IsrA' memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa yang disediakan sebagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.


Baginda Rasululullah diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menjelajah petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid. Salah satu peristiwa penting yang perlu diambil tahu ialah peristiwa pensyariatan secara langsung ibadah solat daripada Allah kepada Rasululullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril.

Jom sama² ambik iktibar yang ada dalam peristiwa Israk Mikraj ni.. ;)

14 comments:

Abu Bagi said... [Reply]

sngt bnyak pengajaran drpd Israk Mikraj ni..

YouSOF said... [Reply]

Betul tu Bu..

Izzaty Ishak said... [Reply]

Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah picisan sejarah yang diceritakan kembali setiap kali tiba 27 Rejab. Apa yg lebih penting, sama-samalah kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa-peristiwa yg berlaku supaya kita dapat beramal perkara yang baik dan menjauhi perkara yang mungkar.

Seharusnya ia memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Waalahualam.

;)

adwafarahin said... [Reply]

kat tv pon mcm2 cter sal israk mikraj nie
semoga menjadi tauladan kat kite sume :)

najihah sahami said... [Reply]

dulu masa sekolah banyak ceramah dan aktiviti dibuat bila israk mikraj. banyak cerita yang tentang apa yang rasulullah nampak sepanjang perjalanan tu. semua tu terjadi kepada umat beliau sendiri kan. nauzubillah.

. said... [Reply]

peristiwa hebat dalam islam :)

Raden said... [Reply]

sy pon terlupa juga...haih...

Anonymous said... [Reply]

anyway slmt mnymbut israk mikraj.. hee :) ..

ariph™ said... [Reply]

baru lepas dengar kat qutbah jumaat n imam muda tadi. lu mesti tak percaya gua tengok imam muda kan? haha

Unknown said... [Reply]

israk mikraj..hari yang paling ditunggu2...

Ain Zulaikha said... [Reply]

time israk mikraj tak cuti pun .. T_T

Unknown said... [Reply]

salam israj mikraj :)

YouSOF said... [Reply]

;)

kokser kokdam said... [Reply]

semoga kita dapat hayati israk mikraj RASULULLAH S.A.W

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails