Saya menulis di ruangan ini untuk mengulas fenomena 'Cikgu Shida' pada laman web popular Youtube.
Daripada seorang guru biasa yang tidak dikenali, namanya sepopular artis lain di Malaysia gara-gara hobi uniknya iaitu menghasilkan video miming lagu artis terkenal tanah air dan antarabangsa.
Cikgu Shida juga terkenal dengan gaya dan aksinya menyayikan lagu berkenaan secara miming dengan kostum dan aksi tersendiri.
sebagai rakyat biasa yang pernah melihat video yang dihasilkannya, saya kesal kerana beranggapan seseorang yang mempunyai kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat tidak sepatutnya menghasilkan video sebegitu rupa.
Mungkin alasan penghasilan video ini sekadar hobi dan ruang untuk berkreatif dan menghabiskan masa lapang.
sepatutnya Cikgu Shida memikirkan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak muridnya, atau mencungkil bakat anak muridnya melalui penganjuran program kesenian. Bukan tujuan saya menidakkan bakat kreatif Cikgu Shida, tetapi di mana integriti anda sebagai seorang penjawat awam yang bergelar pendidik, yang kita tahu satu tugas yang amat mulia, mendidik anak bangsa menjadi seorang manusia berguna pada masa hadapan?
Melihat aksi beliau dalam videonya pada laman web Youtube, saya begitu jelak dan hairan melihat seorang guru wanita, berpakaian seperti seorang lelaki, menghias diri menyerupai seorang lelaki semata-mata untuk menghayati lagu.
Tidakkah beliau tahu kesan di sebalik perbuatannya ini? Sudah jelas dalam hukum Islam, adalah berdosa berpakaian menyerupai lelaki bagi seorang perempuan. Bagaimana sekiranya perbuatan ini ditiru oleh anak muridnya mahupun pelajar lain?
JULIANA AZMAN
Damansara Perdana,
selangor.
Relax dahulu, jangan berbulu. Sebab ni aku copy sebijik dari ruang SURAT & EMEL (BERITA HARIAN) semalam. Bukan nak hentam atau memburukkan siapa2, tapi sebab aku nak kongsi apa yang aku rasa, sebijik yang macam Juliana Azman tu rasa (cuma olahan ayat dia lebih mantap la).
Soalan : Anda suka dengan cara kreatif Cikgu Shida ini?
Jawapan : Tidak!
Soalan lagi : Korang pulak? (jika rajin, sila sertakan sedikit huraian)
Jom layan sekali video beliau..
★Ambo hanya meluahkan rasa di hati. Cikgu² @ bakal cikgu semua tak marah kan?
43 comments:
aku mmg tak setuju.
walau dia cakap dia buat macam tu utk menaikkn self confident atau kretiviti. tapi kan ada cara yang lain.
dia kan seorang guru.
jadi ada baiknya dia buat video pasal pembelajaran dari buat video yang bukan2.
Yup.. Kita memang geng lah! ;D
betul², aku rasa ramai yang sokong dia, tapi lagi ramaaaaai yang tak sokong kan.
MMG LA KREATIF, tapi tak ke membodohkan diri sendiri? Kalau mekap elok2 takpe la jugak kot. Ceh, terikut emo. Grr
video cikgu shida buat nis gelak jee
huaa
hahaha (gelak dulu..)
jawapan aku is TIDAK!
:D
p.s over sangat
tertipu dengan image static yang dianggap video tu.
-________-"
mula2 dulu layan lagi. tapi lama2 macam dh melampau pulak.
cik tom rasa tak setuju dengan video yang dibuat sebab makin lama makin melampau..dengan berpewatakan lelaki..sepatutnya dia jaga adab seorang perempuan dan juga cikgu...
tak taulah kalau ada yang melenting dgn komen ciktom ni..tapi rasanya setiap org ada hak untuk luahkan pendapat masing2 selagi xmelampaui batas..
awl2 dlu oki lagila when she just do a miming without pretend like a man tp bila die dah stat over menyerupai lelaki,bukak aurat leher etc..hurm rasa macam..ini ke cikgu yang akan ajar anak buah saya?adik adik saya? rasa macam ntahla..sedih sbb terlalu taksubkan populariti..
entah lahh..dy ni femes ehh??
aku baru tahu..haahahaha
wehh aku punye laaa semangat nk tekan play..kau kenekn aku gitu je..
pnt bace agagaga =p
cikgu shida mendapat tamparan yg hebat..hihi..
AnisZahra Tu namenye kreatif tanpa pikir negatif.. chewah..
relax², kawal emo mu itu wahai AnisZahra.. hehhe
aku tak suka pun tgk video dia.. ntah apa2
huhu ntah pape je video beliau tuh..memalukan kaum cikgu je.. kalo ye pn nk publisiti byk lg kot cre laen..mybe terlmpau tertekan kot hehe ;D
hak ah..dulu sikit2 tu apik leh terima lagi lah..tapi skang biler dah pemes..makin kuat lak.at least miming lah dengan cara lain sikit..hehe
aku x tau nak komen apa.. tapi rasanya masing2 punya pandangan berbeza.. aku x layan pun video cikgu shida ni sebab malas nak kisah.hahaha
Pada aku benda ni tak jadik big deal...yang jadik big deal tu sebab:
1. dia pakai tudung....melayu sangat cepat butthurt dengan kegiatan pompuan bertudung ni...
2. dia tak lawo...cuba kalo muka dia macam Hanis Zalikha ke, Fatin Liyana ke...buat gedik pun orang kata cuuuuteee~~~
3. orang kita kata menyampah tapi jari tak reti2 nak klik button pangkah...sama jek macam hal vlog dengan video anwar tu...
kan?
Gorengbaek - Sebab filem melayu susah nak hit kat wayang....
Hangit Habis dah - Aku faham perasaan ko.....Anwar....
Kerat Senget - My Own Path
Anisa Hang Tuah > Usop lak mula² gelak.. lame² kesian..
Cik Anita > Hehhe.. Gimme 5 eh takpe².. ;D
tula kan. bawak² berubah la kan.. Banyak lagi cara lain..
nadia > Sorry sebab aku tak suka layan video beliau..
gambar tu pun syarat je..
najihah sahami > Tula Mish kan.. Banyak lagi cara yang lebih comel dia boleh buat sebenarnya kan..
CIK TOM > Komen Cik Tom tu seghupe la maksudnya dengan ayat² JULIANA AZMAN kat atas tu kan.. ada yang melenting, tapi ramaai lagi yang sokong Cik Tom kot...
alexa yussida > ;(
1st time tengok video yang dia pakai songkok ngan baju melayu itam tu memang dah tak sokong n tak suka ngan cara dia.....
dah agak dia akan popular dan jugak akak dikritik....
Far8 budak baik > Femes bagi yang suka layan video dia la.. aku layandua kali je video dia.. serius geli pun ade tengok dia solek cam lelaki...
hahaha sory². aku tak suka, tu yang aku letak gambar je..
mekaseh la ko dah bace.. ;)
.Cik Nana. >
cikgu shida mendapat tamparan yg hebat
setelah melakukan sesuatu yang 'HEBAT'
::FAIZ FARISH:: > Ntah la kan... Kalau aku jadi anak murid dia.. MALU jugak kot..
Amna.Qadeeja > Heheh takpe luahkan ape yang terbuku di hati..
Tapi bila dah ramai yang krtik camni, kesian lak dia jadi lagi tertekan kan..
apik pehe > Miming ngan cara pompuan melayu terakhir pun ok je kot...
fiezah91 > Akupun tau sebab kawan yang ajak tengok..
Harap dia tak jadi lebih over suda kan..
Along Tapa >
1. Tambah lagi bila dia punya nak nampak 'cool' sampai nampak leher kan.
2. Hehhe betul gak tu.. Tu aku macam tak sampai hati nak tengok muka dia bila dah transform jadi lelaki tu..
3. Hentah tu.. aku tengok pun kawan yang panggil suruh tengok, comel kelakar best kate dia.. Ghupenye......
betul jugak kan bila dipikirkan balik
kalau cm tu, berhenti ja lah jadi ckg, jadi ja artis. p masuk malaysion idol ka kalo nak populor sgt.
setakat youtube ni, it just a waste. populariti murahan jew
hak ah..wat cara kelembutan..hehe..tp dia ank bogsu pada sorang sarjan..huhu..
satu je aku nak cakap. aku takde masalah dengan dia nak buat semua tu, bukan sebab memalukan ke, tak beradab ke, bagi aku ok je. tapi yang aku tak suka tang dia ni, kualiti miming dia sangat buruk sekali, audio video dah la tak sync. dah alang2 nak serius, butalah betul2, haiya, typical malay camwhore la.
Cikgu Shida hanya membuat satu bentuk hiburan yang dirasakan itulah bakat yang ada padanya dan bakat beliau itu diterima oleh masyarakat, walaupun ada yang memandang serong terhadap beliau sebagai seorang guru....
sebagai guru..die kenalah tunjuk teladan yang baikk..
sat2 agi..anak murid die lak ikot jejak langkah die..
kah kah kah...manusia manusia..Jadi bear lagi best. Heheheh.Mula-mula tengok kelakar,lama-lama jadi kesian sebab dia telah perbodohkan diri dia.Tapi kalau masuk rajalawak ok kot.hahahaha.Tapi kan, confident level dia memang tinggi la..gua tabek..hahahahah.
x suke...!!!
klo berpacaran best...
paling meluat yg fireworks tu... LoL
Miss Shikio > Mula² dia fikir tuk gunakan kreativiti je kot.. Last² bila dah ramai yang komen baik + buruk baru dia perasan ko 'silap' dia kat situ..
apik pehe > Oh yeke.. Dah terbiasa ngan cara sarjan yang tegas kot. Tu yang takde hal nak lakon watak penyanyi lelaki.... Agaknye la.
AkuMuzikFilem > Hohoho aku tak terpikir ke sudut camtu bro.. Aku kurang seni kot.
Tapi aku tetap tak sokong kalau kualiti dia tahap dewa sekalipun..
Myboiler > Betul.. Tapi tak salah rasanya dengar nasihat baik dari orang lain.. Tuk kebaikan semua jugak.
amny > Betul.. Camtu lah yang pengirim kat atas tu rase..
little_teddy > Hehhe.. Kalau jumpe bear buat video camni, gepar lak dunia kang.. ;DD
Betullah, aku pun tabek gak. Tu unsur positif yang terselit dalam kes ni kan..
Shamsuddin Amin > Hmm no komen.. Aku tak dapat nak layan semua lagu dia la Dean.. (tak sampai hati tengok mimik muka dia)
hak ah..dengar aritu pasal cikgu shida..dah la ank sarjan..pastu satu2nyer ank ppuan bongsu dari 5 orang adik beradik..kot...hehhee..
yup setiap orang berbeza pendapat...huhu
hah. samaaaaa betul pendapat dengan Juliana Azman ni. plus, cegu tu buat lah cara cegu. yer dok ? ;D
macam malas nk tgk vid cikgu shida tu walaupun org ckp klakar.. hehehe
ak tgok je...
mule2 mmg la kata klakar la minah ni.... lame2 cm x best plak... haha
* awet mude apanye...
ke dorg tekejut kuz ak lambat sangt nak keje...? =P
apik pehe > Hohoho.. mekaseh kongsi info ni.. ;D
Myra Arshad (: > Iyer².. Cikgu Shida tersilap kat situ.. manusia, mana ada yang tak buat silap kan. ;)
BuDaK PeGheLiH > Hehehe.. takpe² tak rugi kota tak layan video beliau.. Terus cari idea tuk dikongsi dalam blog lagi bagus... ;D
Shamsuddin Amin > Tula pasal. Lama² jelak aku tengok, cam yang Juliana tu rasa..
hahha.. Ape² je Dean.. Yang penting ko makin maju setapak ye dok? rezeki ada tuuk masing², lambat ngan cepat je kot..
err entah la tak fhm plak ngn cikgu shida tu pelik la pehal cikgu buat cmtu bg la cth elok sikit pada para pelajar haish entah la
huhu first time tengok dia mmg gelak2..tpi lama2 ... errr..... fikir sendrik..hehe
hehehe..aku dengar dari radio jer..
ko bizi lg ker?
komen dari seorang cikgu:tak sesuei...
aku igt aku sorg je x suke,,,time kecoh2 dlu sume suro tgk...
1st tgk..dah meremang bulu idong...
ee...publisiti murahan uollsss....hahah
efa > Pun same.. Ntah jugak la tuk Cikgu tu...
tomato > Pastu lame lagi rase cam tak sampai hati nak tengok kan...
apik pehe > Oh yeke.. aku pernah tengok dia kat ape saja FBI, molek je bertudung, cuma dia memang agak kasar sikit tengok dari gaya..
Tak sangat la Pik.. Cuma cam biasa internet terhad je hehhe..
Sham > Bukan cikgu : Sangat sokong!!
CouLeur de Chiqu3 > Same la kite Cik. tapi aku meremang bulu kaki belah kiri la... ;D
ayh n ibu kate : tade paedah pom buat ginihh , annoy ><
Photophobia eyraa ! > Ha tengok pasangan guru pun dah cakap macam tu... So it's better sangat² la kalau Cikgu Shida tu stop je benda 'popular' camni kan...
saya tak nak komen apa-apa. cuma ingin tahu sahaja. bagaimana pembelajaran murid-murid yang memeng ops... bukan memeng. cikgu shida ajar kat sekolah dia mengajar. kalau ok berbanding dengan cikgu-cikgu lain yang tidak ada aktiviti oklah. biarkan cikgu shida dengan seni gilanya. saya pernah terbaca luahan seorang pelakon yang terkenal dengan watak jahatnya SIPUT SARAWAK yang pernah diludah orang yang pernah menonton filem yang dilakonkan olehnya sebagai contoh penarik beca. SIPUT SARAWAK. walaupun hati teramat sedih kerana diperlakukan begitu tapi di masa yang sama SIPUT SARAWAK merasa amat bangga sebab berjaya melakonkan watak jahat itu sehingga menimbulkan kebencian melampau kepada ramai pihak terutama kaum wanita. kita perlu bersikap jujur pada diri sendiri dalam mengakui bahawa apa yang shida buat itu adalah merupakan satu seni yang ada pada diri shida. lain halnya kalau sekiranya segala apa yang sidah buat tu membuatkan shida hilan tumpuan terhadap kerjayanya sebagai guru dan pembelajaran anak-anak muridnya terabai.
aku tak minat dia. hahah
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)