Wednesday, July 14, 2010
KERUNCI
Sabtu |10 Julai 2010
Hari yang sangat membuktikan kecuaianku hahha. Bertolak lebih kurang pukul 11 pagi camtu la. Hari sebelumnya lepas hantar kawan balik U dia kat Larkin kitorang dapat satu pengalaman yang agak menyedihkan. Sepasang suami isteri warga emas pulak tu, meninggal dilanggar empat kereta. Lebih kurang kul 10.30 mlm camtu la kitorang lalu jalan tu, dua² jenazah dah terbaring, orang ramai dah tutup dengan paper dah. Yang menyedihkan tu diorang otw nak ke kebun durian, nak bagi cucu jamah esok harinya. Tapi ajal maut di tangan-NYA.
... Al-fatihah tuk arwah~
Esoknya hari yang dirancang. Konon nak usha² + mandi-manda kat pantai yang ada kat Mersing sana tu ha. Tapi nama pun manusia, kita hanya merancang. Dalam lima orang dalam kereta tu, dua orang je yang bawak baju spare. Jadi cancel la mandi, kitorang just bergerak selagi minyak ada. Jalan kat sana pulak banyak hiasan. ('rumput' wangi daripada lembu dan kambing kat sana)
Separuh perjalanan jalan tu mood kitorang memang TERBAIK.
Kemudian, perkara yang sangat tidak diingini telah menimpa kami kuang² kuang....
Baik² mood manis secara tiba² berubah kepada agak pahit + masin. Aku tertinggal kunci kereta kat dalam masa nk turun gara² lebih utamakan KEROPOK BASAH masa nak Keluar kereta tu hahha padan muke gue!
"aduuh, macam mana la aku boleh terlupa nak ambik kunci tu dulu tadi" aku bisik dalam hati yang bengkek ni ;|
Rase serba salah yang amat la time tu. Kira nasib agak baik jugak sebab kawan yang duduk blakang tak tutup tingkap abis, tapi muat untuk tangan budak 3 tahun masuk je la hahha.
"macam mana la ko boleh terlupa Sop" Tuan empunya tegur aku lepas tu. Bertambah la rasa 'bertanggungjawab' aku ni ;D
Puas jugak la cuba turunkan tingkap, cari besi, dawai ke ape² yang patut. Kawan yang tutup tingkap tak abis tadi tu terus sambung 'kenasib baikan' kami hari tu.
tiba²...
"Dik.. oo Dik"
Seorang mak cik kedai ni panggil kitorang dari jauh. Ingatkan dia panggil orang lain ke, masing² buat dunno. Rupanya panggil kitorang, agak segan jugakla sebab time tu oarang lain pun tengok kitorang sekali.
Aku dengan pantas pegi ambik then bengkokkan dawai tu (konon nak cover kesengalan aku je). Aku pas kat kawan, MAAS aka Mac Gyver. Dia la yang betul² bertanggungjawab sebab berjaya tarik kunci kat pintu belakang yang tingkapnya terbukak sikit tu. Masa tengok dia dapat tarik tu, akulah manusia paling LEGA masa tu huhuu.
Mood pun ber ansur² jadi manis balik. Pengalaman yang sangat mengajar aku, jugak diorang untuk lebih peka lepas ini.
Hari tu terbukti bahawa memang MASIH ADA PLAN B! ;D
Labels:
experience
2 comments:
Tak macam trauma ke nmpk scene dpn mate?
Boleh tahan la. Kadang² teringat terus, kadang ok je.
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)