Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang telah Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)
Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)
******************************************
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…
![]() |
| ....... |
Bohonglah kalau aku cakap tak rindu zaman kanak². Zaman yang bebas dari masalah. Bagi aku, benda yang paling aku rindu pada zaman tu adalah hati yang bersih, hati yang kalau dijaga sebaik-baiknya mampu menghasilkan 'aku' yang lebih baik dari yang sekarang, Wallahualam.
قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا، إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
