Showing posts with label tarian kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label tarian kemerdekaan. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Menyertai tarian MERDEKA

Setiap kali terdengar lagu² merdeka terutamanya nyanyian Roy serius aku akan rindu dengan kenangan menari demi ibu pertiwi ;D Ala menari ramai² atas jalan raya sempena sambutan hari kemerdekaan tu lah. Kitaorang (budak² kolej) sertai Komponen Rakyat Bersepadu pada tahun 2007. Teruja dan bersemangat sebab katanya muka kitaorang bakal masuk tv hehe.


Kalau tak silap lebih sebulan kitaorang praktis pelbagai jenis tarian sambil berjemur bawah matahari. Lelaki ke perempuan sama je, semua dapat perangkan kulit. Yang penting semua enjoy, seronok! Siap dapat pom-pom, kipas 'sate' dan macam² prop lagi. 

Bertopi, berbaju, berseluar dan bersampin merdeka.
Bergaya bukan? *Sepetkan mata*
Makin lama jurulatih tarian makin ajar banyak step tarian. Bangga bila dapat buat sempurna setelah 18 kali silap haha. Yang tak best-nya bila ada yang tersilap step, diaorang didenda jalan itik sambil kena buat mulut gaya itik. Ok yang denda tu sengaja ditokok tambah.



Salam merdeka!

"Jika tidak bersatu hati, mana mungkin kita berfungsi."


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails