![]() |
| Yang kanan tu kawan rapatnya, blogger Pupel |
Kelmarin aku ada pergi ke kerja kahwin classmate perempuan masa sekolah menengah dulu. Hujan dari pagi sampai tengahari tapi Alhamdulillah majlis meriah.. Ada live band, rock! Tiba² datang satu team motosikal besar 'penunggang mudah', bingit. Oh ye nama pengantin baru tu unik sikit, Tuan Putri Limau Kasturi. Semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga, aamiin ;)
Beberapa minggu yang lepas aku pergi kerja kahwin classmate perempuan jugak, pun hujan lepas tengahari. Majlis tetap meriah ditambah dengan bunyi karaoke. Masa tu jumpa ramai kawan perempuan yang lain, bila dah besar ni makin comel pulak diaorang punya saiz muka kan. ;P
Beberapa minggu sebelum tu pulak jiran blok belakang rumah aku ada buat kerja kahwin jugak. Dan pada aku majlis tu macam agak berlebeyh-lebeyhan. Majlis hari Ahad, sabtu petang tu dah mula rewang. live band pun mula dari petang sampai ke sebelum maghrib. Malamnya lepas isya' sambung main sampai ke tengah malam.
Pagi Ahad main semula sampai ke petang. Ingatkan habis sampai situ je, rupanya diaorang sambung main sampai ke malam, dekat jam satu pagi hari Isnin baru diaorang habis. Lengkap dengan lampu lap llip + joget lambak
(joget ramai²-kecoh²-huru-hara) dan itu yang aku maksudkan dengan berlebeyh-lebeyhan tu tadi. Apa pun aku doakan kebahagiaan jiran aku tu ;)