Showing posts with label gollum gif. Show all posts
Showing posts with label gollum gif. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

Yang tak dijangka tentang The Hobbit

Bilbo Baggins, pulangkan cincin aku dow!

Minggu lepas kawan ajak nonton cerita pengembaraan super mencabar ni. Tengok tayangan pukul 10.20 malam. Lepas habis trailer filem² yang bakal keluar cerita pun mula. Tiba² keluar cerita Wreck It Ralph. Mula semua relax lagi sebab ingatkan iklan jugak. Tapi bila dah masuk 10 minit tu tandanya orang pawagam dah salah masuk 'CD'. Aku ok je kalau terus tayang cerita tu sebab ramai yang kata Wreck It Ralph gempak bangat


Ada lah 10 minit jugak diaorang ambik masa untuk cari 'CD' The Hobbit dan terus main. Kitaorang pun terus layan. Tahulah pawagam baru, dia punya air cond memang tahap menggigit ke tulang kering. 30 minit pertama ada tiga orang awek surrender, keluar panggung gara² tak tahan sejuk. Aku rasa kena buat aduan 'air cond sejuk melampau' jugalah satu hari  nanti.


Bagi aku cerita ni mantap cuma babak yang awal tu macam agak meleret, serius aku sempat terlelap beberapa saat hehe. Tapi bila dah masuk part mencabar mata jadi segar, "cerita baru nak mulaaa" kata kawan sebelah sambil  dijawab dengan "hehe" oleh aku.


Perkara yang tak dijangka tentang The Hobbit adalah...

;D
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails