Showing posts with label bunting hari jadi. Show all posts
Showing posts with label bunting hari jadi. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Erti sebuah kebahagiaan

"Amboi tajuk! Tak ada yang lebih indah ke?" "Ada tapi itu pun dah cukuplah." Aku soal dan aku jawab sendiri. Ok lah aku ganti tajuk tu kepada "Majlis Ultah Umairah yang kedua."


Ahad lepas akak aku ada buat majlis ultah Umairah yang kedua tahun. Semoga Allah selamatkan kamu,  dan menjadi anak yang solehah ye, aminnn.

Dia suka panggil aku "Utop" lepas tu sengih, dan panggil lagi Comel betul, macam adik ibunya. Eh?

Ok jom tengok gambar² sebab setiap gambar kan ada lagunya..


Masa ni tengah tunggu bebudak datang rumah. Muka agak serius sebab belum dapat mood ultah tu lagi.  

Balqis cuba menyntik keceriaan, but still not in the mood yet.


Satu set ibu dia belikan anting², cincin dan rantai. Semuanya ada kepala Dora. Si Balqis siap explain dekat aku yang Diego tu sepupu kepada Dora dan aku cuma aku jawab "iye.."

Lepas siap nyanyi "Allah selamatkan kamu" reramai, terus belah kek coklat yang Pikachu dudukkan tu. Sedap, tak manis sangat nasib masa makan aku masih beringat.

Ok masa ni mungkin dia baru tahu apa itu erti majlis ultah (ulangtahun). Dah nampak sikit muka seronok dia tu. Dapat kek terus tak pandang kiri kanan depan dan belakang dah.

Habis makan main² belon kejap. Selain badut, sudah pastilah budak² yang jakun main² belon ni kan.



Lepas siap makan main ambik gambar ramai² pulak. Eh ambik gambar dikira mainan jugak ke? Terus bukak hadiah, walaupun perlahan yang amat, tetap penuh semangat.. 


Tapi sebelum tu dia ada pijak hadiah tu, ibu dia marah sikit. Dia pun nangis sikit sampai ternganga macam tu.. ;D

Bila dah nampak isi hadiah tu, set Barbie Doll terbaru di pasaran (siap ada enam pasang baju ganti) terus dia nak kopek kotak tu. Aku cakap dekat ibu dia bukak kotak tu bila dia dah umur lima tahun, kebarangkalian patung nak hancur rendahlah sikit kan. hehe 

Dia makan sumi bentuk bujur tu memang tak hingat sepupu dia yang lain. Ada dalam tujuh ketul rasanya.
  
Maaflah terbanyak pulak gambar ite,  Ok babai. ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails