Saturday, May 19, 2012

LocoRoco VS Angry Birds

Assalamaualaikum

Semalam anak² buah aku balik rumah mak bapak aku. Tambah seronok sebab anak buah yang diwindui yang aku cerita tempoh hari pun balik. Makin petah mulut dia melancarkan bunyi². Serius seronok dapat tengok perkembangan budak kecik ni kan.

Sebelum ni dia ada balik jugak. Bila ternampak parut kat belakang tapak tangan kanan aku, terus dia cakap "eee acat (cacat)." Pandai pulak dia guna perkataan tu di tempat yang sesuai tanpa 'menyentapkan' hati pakciknya. hehehe

Ok jom tengok benda yang nak dikongsi hari ni.

LR  vS  AB

Angry Birds


  • Cara permainan : Sumbat burung dalam lastik > tembak ke arah benteng khinzir² hijau yang menjengkelkan dan busuk (memandai je).
  • Tahap keseronokan: 3/5 (bagi aku).
  • Game yang mempunyai khinzir² hijau yang mampu mendatangkan kemarahan kepada burung.. Err maksud aku kepada pemain. 
  • Aku main (PC) sampai stage dua (kalau tak silap). Itu pun suku jalan kerana mudah bosan (bagi aku la).


LocoRoco


  • Cara permainan : Golek²kan LocoRoco yang montel tu > jumpa buah 'labu' telan untuk menambah saiz (makin banyak telan, makin motellah anda) > lompat² > gelungsur² > pusing² > capai objektif > seronok².. ;D
  • Tahap keseronokan: 4.5/5  (bagi aku).
  • Game super duper comel lebih² lagi lagu latar dia. Comel habislah! Rasa macam termasuk ke alam serba comel. Mampu memadan stress anda dengan jayanya.
  • Telah main (PSP) sampai ke garisan penamat dengan gilang gemilang. Rasa gembira sepanjang jalan sebab diiringi muzik latar yang super duper comel jauh lebih comel berbanding muzik latar Angry Birds.

Versus
  • Mantap.
  • Jitu.
  • Padu.
  • Rabak.
Itulah serba sedikit yang aku rajin nak kongsi hari ni. Konklusi yang aku mampu buat, TAK RUGI main Angry Birds,  RUGI  tak main LocoRoco dan  RUGI  tak nonton Versus. hehe

Ok selesai, cukup untuk hari ni. Jaga diri, jaga pribadi. Babai. ;)

28 comments:

Unknown said... [Reply]

hehe mai tak gila sgt main game. waaa bestnya anak buah balik. hilangla rindu eh? hihi

syafiqa said... [Reply]

angry bird dulu gila main.
byk stage da lepas.lama2 bosan.geram
pun ada.haha.nak try loco roco pula
nanti

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

i'm not really in to such games, i'd rather play a fun word game like scrabble. :)

Syakilla kebebeh said... [Reply]

aku pon kureng sikit main angry bird...tak tau kenapa..

anamizu said... [Reply]

wahhhh pulun ea sop maen bende2 gini?? hehe.. cik ana tak bape sgt main2 game nih.. nape tah =P







luv,
cik ana

Lea Isnawi said... [Reply]

tak suka sangat main games

heeee

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

xpenah men loco roco...men angry bird asik fail jew....

Fatindn_ said... [Reply]

loco roco sgt best !

Lysa said... [Reply]

game angry birds dah lama tak main. merajuk dengan game tu hahahah.Main asyik tak lepas je,sakit hati -.-

Ceiler Mun said... [Reply]

hahaha. umur ko berapa ucop? :P



weyhh.. 'memadan stress' tu apa?

Raz said... [Reply]

dua2 pon best... memerlukan kesabaran yg tinggi... hehehe

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

Masa angry bird mula mula keluar.
aku semnagt je main.
sekarang ni, dah tak semnagat dah.

game baru tuh.
loco roco.
nanti nak try main.

syakirahmn said... [Reply]

demam angry birds aku habisss dah. :D nk try loco roco plak ahh. aku festime dengar nama dia ni.

aiEz said... [Reply]

ak memang layan loco roco ni kat psp...pastu dier comel,senang nak main..hehe

نورعيم said... [Reply]

sy cepat bosan main game. mcm angry bird tu, main smpai level brapa ntah lps tu langsung tak main. huhu.

Mek Onie said... [Reply]

layan gak game cecomei gini eh kau yousof,ahak

syahirooAhmad said... [Reply]

en yusof.. berapa umur ada ? kanak2 lagi ka? hahahak~

si robot comel said... [Reply]

Loco roco kena try ni,macam best je.hehe

H A N said... [Reply]

Versus best!

Cik tikah said... [Reply]

semua game tuh x reti main, agaga

Anonymous said... [Reply]

loco roco sangat awesome kannn!.
chemay start main time 2010.
main sekerat jalan je.
then fon yang ada game tuh hilang kena curi masa dekat matrik.
sedihhh
:'(

Cik TeN10 said... [Reply]

Jap nk try serach kt app iphone ade ke x.. Boring2 lam kelas leh main..kih2

Hanie Dew said... [Reply]

Yousof, main angry bird kat PC mmg tak feel. aku men kat pc level 1 dah bosan. tp bila main kat phone..perrghhh..selagi phone tak padam tak leh berenti..hahaha

LocoRoco tak penah men lagi.aku lemah betul game yg gelungsur2 cenggini..hhihiih..nnt la try.

tak layan versus..haha..aku bosan realiti tv nyanyi nyanyi ni.tgk running man lg best..bahahaha..

WWWOAwards tu pun letak harapan 50-50 je sbb byk saingan yg mantap jugak. hihihi..kalau menang pun alhamdulillah..

ko pa khabar, sihat? bole makan nandos dah ke? XD

Hanie Dew said... [Reply]

one day nnt ko dpt henpon canggih ko rasa la.

makan pelan pelan..mana bole. kalau lepak ngan kitrg makan lajulaju.hahaha..

eva said... [Reply]

giler comel men locoroco tu.. pandai membesar pulak yer hahha. nak install lah game tu.. hehe

sy support hujan!! ;D

hani said... [Reply]

satu game ape pun akak tak main. super mario je. haha!!

melayan budak kecik mmg seronok, sampai ralit kan kengkadang. pisah kejap rindu sangat. hehe..

tahniah, akak nampak ciri kebapaan kau. :)

cimOt said... [Reply]

aku tak bape minat main game...
huhuhu..kalo nak main pon game simple2 je..tumblebug, racing keta, angry bird pon layan jugak..hihihi..

zaty said... [Reply]

igtkan game tetiba ada VERSUS. haha.entahlah sibuk study tak sempat nak tonton nih.online sempatlah.. hehe. >.<

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails