Wednesday, October 31, 2012

Motivasi basi

Berbicara soal motivasi. Ada motivasi yang menjadi, ada juga motivasi yang basi. Masa baru buat blog dulu aku berblogging kononnya bermotivasikan satu blog ni yang bukan main meriah dengan pelbagai info, boleh buat duit hanya dengan menulis blog. Kononnya nak jadi macam penulis blog tu tapi malangnya aku sangkut di tengah jalan, motivasi tidak menjadi.

rizkianasiska


Kemudian aku sibuk melayan blog seseorang setiap kali dapat sambungan internet. Setiap patah perkataan aku baca dengan penuh minat sebab blog tu suatu yang  sangat istimewa bagi aku, pada masa tu. Lama-kelamaan aku terfikir kenapa aku tak buat sendiri blog baru untuk kongsi 'keistimewaan' yang mungkin ada pada blog aku tu nanti...

Alhamdulillah blog yang tak seberapa ni mampu bertahan sehingga sekarang. Blog yang pada mulanya 100% bermotivasikan seseorang namun di pertengahan jalan dia menghilang meninggalkan si penagih motivasi tanpa sebab yang jelas sebab si penagih motivasi kelihatan seperti manusia yang tak punya perasaan barangkali. Kini motivasi itu telah basi, dengan ceritanya yang tersimpan rapi.

But it's OK, masih ada plan B! Motivasi basi tak bermakna kau akan terus patah kaki. Cari motivasi lain dan insyaAllah kau boleh! Blog pertama yang terbengkalai dulu tu pun dah diberi nafas baru menjadi blog menjual STICKER ;)


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails