Wednesday, June 12, 2019

Abah



21 Disember 2015
Time ni dua2 masih slim. Perut aku pun masih steady. 



AKU (DAH) JADI ABAH!


Tak terkatalah dia punya perasaan (sebak tahap maksima).
ALHAMDULILLAH SYUKUR pada Yang Maha Memberi. Setelah hampir tiga tahun kami bernikah akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk menimang cahaya mata penyejuk hati kami. Atas kertas due date 29 Mac 2019. Ikut perancangan Allah, pada 10 Mac 2019 (jam 6.57 pagi) lahirlah baby girl yg sempurna sifat di Hospital Kota Tinggi, Johor.
Insan yang ditunggu-tunggu selama ini. Kami namakannya Nur Hawa :)


27 Julai 2018 isteri aku pesan belikan UPT (Urine Pregnancy Test) kat mana2 farmasi atau Guardian. Aku pun belikan. Sebelum ni dia yang beli sendiri, katanya tak nervous pun masa nak test tu, result pun negatif. Kali ni aku yang belikan, nervous bukan main katanya. Alhamdulillah akhirnya POSITIF.

Lebih kurang jam 5 pagi tiba2 isteri kejut dengan suara yang agak suspen (macam terkejut) sambil tunjuk UPT kat aku.

Aku yang masih mamai tanya apa bendanya tu. Apa maksud double line tu?
Berapa saat lepas tu mamai dah hilang baru otak aku dapat tangkap.

ALHAMDULILLAH.
Syukur tak terkata.



Next post akan dipenuhi dengan gambar2 comel ustazah Nur Hawa :D

*Sepatutnya entry ni aku post sebelum baby keluar lagi tapi maklumlah taip2 tinggal draft. Baby dah 3 bulan ni baru aku rajin nak post hehe.

Thursday, June 23, 2016

Amboi sungguh



Fuh.. Bertahun beb aku tak menulis...

Rindu dia boleh diibaratkan macam  rindu seorang anak manja terhadap ibu kesayangan 



dengan rindu seorang suami terhadap isteri comel yang tercinta. 

Ha macam tu tahap rindu tu. Ehehehe

In Shaa Allah lepas ni aku aktif sikit2 menulis, kalau dulu sebagai seorang bujang tak berapa terurus.
Sekarang Alhamdulillah dah jadi suami orang, nampak terurus dan sedikit hensem 
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails