Wednesday, May 16, 2012

Oh guru..

Assalamualaikum


Oh guru, kau ibarat lilin yang menyinari hidup kami,
Tanpa tunjuk ajar darimu, tidak mungkin kami lancar
mengeja dan mengira seperti hari ini;

Oh guru,tanpa teguran dan cubitan berbisa darimu,
tidak mungkin dapat kami mendisiplinkan diri seperti hari ini;

TERIMA KASIH untuk segalanya. ;)

Ok tak perlu nak skema sangat ayat tu, yang penting tulus dari hati.. hehe. Minggu lepas anak buah aku  balik bawak lukisan (bawah ni) yang cikgu dia bagi. Lukisan siapa yang terbaik, dia berhak dapat hadiah la kan.

Rasanya hadiah zaman moden penuh pancaroba ni pun cikgu bagi hadiah berupa hamper terdiri daripada pelbagai jenis jajan dan gula² yang merosakkan gigi. Tak mungkin kot bagi hadiah berupa BlackBerry dan telefon² canggih semua tu sebab mak bapak sekarang kan ramai yang kaya dan murah hati bagi anak² diaorang gajet² canggih, bila anak² terlebih 'canggih' barulah nak terngadah.
Cikgu Irma Hasmie  memejamkan mata berkali-kali  tanda terharu
menerima hadiah 'gula²' besar dari anak muridnya, Atiqah
Satu perkara yang aku ingat masa kat sekolah rendah dulu bila tiba Hari Guru, hati aku akan seronok dua kali ganda  mungkin sebab hari tu sedikit bebas.

Tapi masa nak salam cikgu² sambil hulur hadiah tu yang agak segan. Al-maklumlah aku biasa bagi hadiah paling mudah berupa sebuku sabun mandi yang dibungkus cantik. Hadiah yang murah tapi sangat berguna. Dapatlah kiranya cikgu tu berjimat kerana mendapat bekalan sabun yang cukup untuk dua bulan. 

32 comments:

cha'e said... [Reply]

hari ni mesti seronok ckigu2 dapat hadiah .. wohoo.

Lea Isnawi said... [Reply]

lukisan tu berhantu ker?

syafiqa said... [Reply]

rindu dekat zaman sekolah sop.
selamat hari guru buat guru guru

Fatindn_ said... [Reply]

kreatif nye bagi sabun .. tak terpike plak dulu .. hehe :D kite dulu paling simple bg , pen and satu bungkus ketas a4 double a . hehe

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

dh lamer meniggalkan alam persekolahan..huhu.

Slmt hr gru, buat semua warga pndidik...

azalia hjsalleh said... [Reply]

kirim slm kat cikgu irma boleh ?

Cik Anita said... [Reply]

tang yang bagi hadiah sabun mandi tu! wakaka. memang nak gelak besar2..sebab dulu zaman sekolah2 itulah hadiah yg paling femes bagi kat cikgu2.. haha. :P

selamat hari guru untuk aku!

:D

wenk said... [Reply]

cantik gif animation ni :)

alien said... [Reply]

aku selalu kasi pen merah n pen biru, takpun bedak.. keh2

Abu Bagi said... [Reply]

selamat hari guru..yousof... aku nak jadi guru gak, tapi diorng tak nak amek aku hahahaha


aku tak ingat hadiah apa yg aku prnh bagi kat guru aku masa hari guru... sajak ko "guru kau bagaikan lilin membakar diri"..

eva said... [Reply]

ahaha sweet sgt bagi sabun! nak jugak budak2 kelas bg kat saya.. ;D

comel jer nampak mata berkelip2 tu..

Unknown said... [Reply]

Cikgu tu pejam matalah! baru perasan....Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia ;)

syira said... [Reply]

sabun?
samalah kita :)

ankeljonni said... [Reply]

ya... jasa guru amatlah beso... huhuhu

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

to me, everyday is teacher's day! hehe apapun jasamu guru tetap akan ku kenang. hiks... happy teacher's day to all teachers in the whole wide world. :) oops, lupa mau bagitau lukisan tu cantik! :D

nurul said... [Reply]

eh,gerak2 gambartu..hehe..dulu saya sekolah rendah bagi semua cikgu mengajar saya pen dua batang,pen merah dan biru..ehehe..tape,asalkan ikhlas..InsyaAllah..

Azhafizah MN said... [Reply]

Selamat hari guru.^__^

CikTeddyCorner said... [Reply]

x kesah la hadiah pape pon..mesti ckgu akan senyum..eh cik penah bg air tin F&N kat cikgu addmath pastu bungkus bentuk coklat..hepi giler cikgu tu.haha

Camy Alya said... [Reply]

best pulak rasa jadi cikgu. haihh -_-

Anonymous said... [Reply]

aiyak lukisan kelip2 mata tidakkkk

Acik said... [Reply]

bebudak tu x kelip pun ... heheheee!

Anonymous said... [Reply]

tak perasan yang mata cikgu tuh kelip2.
kreatif!
hehe
:)

Syakilla kebebeh said... [Reply]

hahahha sabun pon boley..:)
mata cikgu tu kretip betul...

arshad muhamad said... [Reply]

aku dapat hadiah Sop..!!

hehehe..

H A N said... [Reply]

Style jugak kan kalau bagi hadiah sabun... Memang one of a kind.haha...

Puteri Kayangan?@#$%???? said... [Reply]

Hihi umi pun sama gak tau ..kecik2 bagi sabun buku kt cikgu .. sabun kain pun pernah hihi ... teringat zaman kecik2 :)

Jue said... [Reply]

cantik la gambo tu ko buat gif! aku nak bguru!!!

ok la tu sabun buku..cikgu pun x mhrpkan sgt hihi yg ptg doa kita buat mereka hihi

Mun said... [Reply]

xkisah laa bagi hadiah apa kan... janji kita ikhlas :)

Unknown said... [Reply]

sabun? slalu gak la bg cikgu hdiah sbun..hehe..pastu klo ade pon, blut bntuk cam gula..seng jer kje..

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

aku dulu pernah bagi bunga telur sekali dgn telur rebus kat cikguuuu hahahhaha...ingt smpai sekarang...

aiEz said... [Reply]

memang tak terfikir pulak nak bagi sabun masa hari guru dulu,selalu bagi bunga,dah layu buang...kalau sabun boleh pakai,hehe...

*lukisan tu smart mata kelip2 hehe

hani said... [Reply]

zaman kita dulu mmg sabun hadiah paling trendy la. hehe..

la ni anak anak murid akak rajin bagi coklat. mudah didapati, senang membeli, tak perlu dibalut pun.hehe..

oh, tak lupe juge, tekejut i tgk itu mata cikgu irma hasmie berkedip kedip

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails