Showing posts with label glee hati. Show all posts
Showing posts with label glee hati. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Kalaulah benda ada perasaan lagi

Assalamualaikum



Cuba kalian bayangkan kalaulah benda dalam dunia ni ada perasaan marah, sayang, suka, menyampah, takut dan segala macam perasaan lagi. Agak² makin tenteram atau makin kelam kabutkah dunia ini?


☺ Kereta.

Akan cuba sedaya upaya untuk tidak membawa laju kerana takut dirinya akan mati sia². Mungkin wujud juga perasaan bongkak bila ada aksesori canggih dan terkini.


☺Televisyen.

Takkan menayangkan cerita² yang berunsur maksiat dan hiburan berlebihan kerana takut akan mendapat dosa serta bakal diseksa.


☺ Facebook.

Tidak akan meletakkan gambar yang bukan² dan takkan komen merapu kerana takut dituduh memfitnah.


☺ Lif.

Pada yang gayat, takut ke tingkat tinggi. Ada yang cemburu sesama lif bila ada lif lain hanya melepak di level G sahaja.


☺ Tangga.

Akan menyumpah seranah manusia kerana selalu dipijak dan dijadikan tempat pembuangan najis oleh mereka yang tak tau beza jamban dengan tangga.




☺ Handphone.
Akan muntah hijau bila dengar ayat² jiwang dari pemabuk cinta dan akan menutup mata dari melihat video yang tak berapa manis.

Sumber - Majalah lawak Ujang





Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu!





Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Wednesday, January 4, 2012

Buka semangat

Assalamualaikum


Hari ni dah masuk hari kedua persekolahan setelah puas berseronok sepanjang cuti hari tu. Lebih² lagi kepada yang berkhatan masa tengah cuti tu hehe. Mesti ada yang bersemangat dan 'bersemangat sangat' nak masuk sekolah bukan. Apa² pun nikmatilah zaman sekolah kauorang sebaiknya.

Nuraisya Balqis nama diberi,
saya baru masuk Pra Sekolah tahun ini.

Sabtu lepas akak aku balik rumah mak bapak aku dengan bawak buku teks sekolah Balqis yang nak dibalut sekali. Siap balut je aku ambik nak tengok satu buku tu tiba²...


"Pegang pelan²!" Balqis sound aku sambil ketawa perlahan.


Akak dia, Atiqah tengok muka aku sambil tersengih.


"Hehehe maaf²." Aku jawab dengan penuh sopan santun, juga sambil tersengih. ;D



Muka bocah cilik yang teruja nak masuk sekolah

Teknik ciuman terbang yang terbaru (mungkin)

Wahai semuanya, teruskan semangat kauorang dalam menuntut ilmu kerana ilmu yang DIA sediakan untuk kita tak akan pernah habis untuk dipelajari dan diamalkan. Makanya tak patut untuk kita menyerah dengan sebarang kesukaran sedangkan semuanya itu hanya ujian untuk kita. ;)




ZIKIR HARI RABU

ASTAGHFIRULLAH HAL A'ZIM
~Setiap kali dibaca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan ke atas hamba-Nya~



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Monday, December 12, 2011

Orang saje je #2



Hai selamat hari Isnin, kalian apa bikin? Terima kasih pada yang mengomen pasal "Jika aku seorang robot" dalam entri lepas tu. Saje aku nak kaitkan dengan isu semasa. Rugilah aku kalau jadi robot, kalau kacak sekalipun mana nak campak segala kasih sayang aku ni?... kehkehkeh

(refresh) Orang saje je adhoi, bukan apa nye pun heeee.


Orang saje je letak gambar yang tak ada kena mengena dengan entri. Saje nak tengok siapa yang membaca entri dan siapa yang 'melihat' entri. ;D

Orang saje je buat² pandai guna Google+ sebab tak nak dilihat ketinggalan.

Orang saje je nak beritahu yang pelekat² bajet comel tu juga boleh dicetak mengikut design kauorang, besar mahupun kecil.

Orang saje je buat² relaks bila mendapat prank call dan memutuskan talian dengan cara yang paling cool. kehkehkeh

Orang saje je buat entri ni sebab hari Isnin kan hari yang lesu, harap² dapat ceriakan hari kauorang tu.


ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA
HIL A’LI YIL A’ZIM
~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada-Nya.~


Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Tuesday, November 8, 2011

Orang saje je



Bila bercuti dari kerja, blog pun secara automatik akan tercuti sekali. Tapi kalau kauorang rasanya pagi raya pun sempat lagi baca komen² pembaca sambil makan ketupat dekat dapur, maklumlah kauorang kan ada Galaxy Tab dan Ipad... Orang saje je lah. ;D



(refresh) Orang saje je adhoi, bukan apa nye pun heeee.



• Orang saje je update blog ni lambat². Kan student macam orang cuti seminggu.

• Orang saje je nak biar traffic blog wangi ni terus kebabom.

• Orang saje je nak biar nuffnang bagi BE yang ke 35.

• Orang saje je update status FB yang sempoi biar orang nampak sempoi macam Azroi.

• Orang saje je minat Irma Hasmie sebab dia tak minat kat orang. ;D

• Orang saje je buat macam ni sebab nak tunggu perlian kauorang.

• Orang saje je buat entri macam ni sebab bos orang sediakan banyak kerja untuk dibuat.



Tuesday, October 25, 2011

Bocah Cilik #3


Malam Ahad lepas, Umairah balik rumah nenek sebelah sana. Aku pasti dia akan rindu aku, pakcik kesayangannya. Aku pun dah rindu nak dengar gelak dia. Jenis gelak lepas punya. Siapa tak suka dengar budak kecik gelak kan.

Dia cukup gemar main petik² suis. Tak kira suis apa. Asalkan boleh dipetik, dia petik guna jari telunjuk dia sedaya upaya.




Aku rajin dukung dia, kasi petik suis lampu. Bila dia dapat hidupkan lampu, aku sebut "Pandaiiiii". Dia pun ikut, "aaaaiii". Comel kan, macam ______ nya.


Ibu dia selalu tanya, "adik, bunyi lembu macam mana?"

Dia jawab, "Moooo."

Ibu dia tanya lagi, "bunyi kucing macam mana?"

Dia jawab perlahan, "Meaw." Mungkin suara kucing lebih sukar untuk dibunyikan. Aku rasa la.


Nama permainan ni, "sapu tangan di muka comel". Suka betul dia masa ni.


Lagi ibu dia selalu tanya masa nak pakaikan dia baju, "Siapa sayang ibu angkat tangan"

Cepat² dia angkat tangan kanan.

Tanya lagi, "Siapa sayang ibu angkat kaki"

Dia angkat kaki kiri dia. Serius pandai dan comel macam ______ nya.. ;D



Aku pulak sempat ajar dia "beri saya lima". Mula² dia blur bila tengok aku tunjuk tapak tangan depan muka dia. Aku cuba lagi, dia masih blur. Lagi dan lagi, dia tetap blur.

Sehari sebelum balik aku try lagi, dia dah pandai "beri saya lima" dekat tapak tangan aku. Seronok aku tengok, budak² memang cepat belajar dan membesar kan.



*Bocah cilik = budak kecil

Thursday, October 20, 2011

Bocah cilik #2



*Bocah cilik = budak kecil

Ahad lepas aku tak kemana-mana. Jadi aku ambil keputusan untuk buat karipap yang disertai rasa cinta bersama mak, akak² dan tak lupa anak buah (Umairah) aku. Sekali buat mestilah banyak kan. Jadi ia boleh dipanggil karipap-karipap cinta kerana ia sedap.


Huwaaaa.... Huwaaaa... Huwaaaa...
(bunyi bocah cilik setahun enam bulan ni melalak )



Bersungguh-sungguh dia nangis sebab tak dapat main pusing² pemegang penguli tepung kecil tu. Standard la bocah cilik, semua benda dia nak jadikan koleksi mainan dia. Kalau tak bagi dia pegang, melalak bagai nak rak. Kalau bagi dia pegang jawabnya dekat dua jam la baru karipap-karipap cinta aku tu siap.



Ni bentuk mesin paling mirip yang aku jumpa dekat Google.


Aku dapat idea bagi dia pegang kepala screw driver, lepas tu aku pusing². Berjaya buat dia berhenti menangis. Aku sempat rasa bijak sekejap di situ haha. Tapi semua tu sekejap je sebab dia mula menangis balik dan aku ambil keputusan untuk pergi menonton TV sambil menunggu karipap-karipap cinta tu prepared to be swallowed oleh mulut aku.




Akal yang waras tak mungkin benarkan tuannya berlaku
kejam mengalahkan BINATANG pada si kecil yang tak berdosa macam ni.




Wednesday, October 12, 2011

Musim hujan




Sebijik bukan macam suara hamba.




Hari ini hari minggu. Ayah membawa kami ke pulau.

Di pulau ada ikan, pelangi, dan ada banyak tumbuh-

tumbuhan. Kakak dan adik pun bermandi di situ.

Kemudian kami mendengar petir. Hujan pun mula

turun. Kemudian kami cepat-cepat masuk dalam kereta.

Selepas itu jalan pula sesak. Jalan itu sesak dalam

keadaan hujan. Jalan itu sesak sampai pukul

8.00 malam. Hujan turun dengan lebatnya. Ayah saya

membawa kereta laju-laju untuk sampai ke rumah.

Apabila sampai di rumah hujan pun reda.



Moral cerita

Kita perlu rahmati hujan walau dia sejuk tetapi dia
rahmat Allah Subhanahu Wataala.



Yang benar,

Atiqah



Kebetulan sekarang ni musim hujan maka aku pun dengan pantas mahu kongsikan karangan Atiqah buat pakcik dan makcik kat luar sana tu. Kesian dekat jiran kita yang tenggelam dengan air banjir tu kan.


Pada yang perasan, dia dah gantikan "judul saya" kepada "moral cerita". Bagus kan budak² ni jenis mudah dengar nasihat dan teguran. Tak macam orang _ e _ a _ a. ;D


Dan aku rasa maksud dia pada ayat "Kita perlu rahmati" adalah "kita perlu menghargai". Sekian.






Lagi karpen (karangan pendek) Atiqah :



Friday, August 13, 2010

Dikejar Pak Cik P!



Ntah macam mane tiba² aku boleh teringat memory dikejar Pak Cik P ni. Baru² ni pon aku baru tengok video seorang lelaki sejati nangis dikejar pegawai JPJ (kesian jugak kat mamat tu). Cerita aku ni takdela sampai kitorang nangis, tapi cuak

tahap jugakla.

Kejadian berlaku masa aku form 5. Biasala kelas tambahan blah petang lepas habis kelas kan. Kalau rajin biasa kitorang balik rumah dulu makan², mandi² then baru pergi sekolah balik ( tapi bila da sampai rumah, lepas makan syoknya kalau dapat jumpe bantal kan, kejap pon jadila).

Masa tu masing² mana ada lesen lagi. Lesen kebenaran mak bapak je yang kitorang mampu masa tu. Sebelum sampai sekolah, memang kena bersua muka dengan balai polis baru boleh sampai
SMK AIR TAWAR, sekolahku yang tercinta huhhu. So di sini takde sebab untuk kitorang tak cuak setiap kali bawak motor nak ke kelas tambahan walaupun aku tumpang kawan je.

Nak dijadikan cerita, ntah satu hari tu kitorang sangat bertuah sebab telah berjaya dikejar oleh polis trafik (huh). Port roadblock biasanya selekoh dekat² dengan balai tu, dari jauh memang da perasan Pakcik² berdiri tepi jalan, bagi isyarat suruh perlahan. Dengan pantas kitorang cilok masuk simpang ke kebun ( boleh sampai rumah jugak, tapi akan 'bersih' sikit la motor + makan masa lebih doploh minit dprd biasala).

Tiba² ...

Aku terdengar bunyi motor Pakcik tu kat belakang, MasyaAllah memang betul² diorang kejar kitorang siot. Peh perasaan time tu, sangat menderau darah muda hahha. Bayangkan moto Honda CBX 750 diorang mengejar motor HANDAL EX5 dengan scoot ape ntah kawan aku bawak tu, senyum sinis je Pakcik² tu follow kitorang. Tapi agak kesian la kat kawan aku yang bawak scoot tu, sampai termasuk longkang Pakcik tu kejar dia. Nasib baik longkang kecik. Dapat hadiah calar + luka sikit jela.

Masa tu kitorang yang kat depan ni terus cilok masuk satu simpang kecik, main redah je. Alhamdulillah Pakcik tu tak peraan kitorang masuk simpang tu (tapi jantung DUPDAP² lagiiii).

Lebih kurang 30minit camtu kitorang tunggu. Agak² lutut dah tak menggigil lagi, terus sambung perjalanan slowly. Akhirnya sampai jugak rumah, maka berakhirlah kisah kitorang yang bertuah pada hari tersebut.

Alangkah leganya kalau ini moto Pakcik² tu ;D~

Sunday, August 8, 2010

Ooo Tea..


Sekadar gambar hiasan~


"Cik Usop OT tu ape?" Si kakak a.k.a jantung hati aku tanye pagi tu.


"Hehhe.. OVER TIME" aku jawab dengan jelas.

"Oh kite tau, keje terlebih kan" dia jawab balik.

"Hahha" aku tergelak pastu terus jalan ke dapur ( sarapan time ).

Dua keping + dua biji jugak la aku berjaya selesaikan ;D. Cukup la tenaga tu untuk OT arini. ( aku expect sampai tengahari camtu je ) Ghupenye 6.30 jugak aku gerak balik umah hahha takpela pikir keje tu tanggungjawab sudah. ( Aku OT adalah kerana kami kena settlekan keje² untuk menyambut TENGKU MAHKOTA JOHOR yang akan singgah KOTA TINGGI pada 9 Ogos 2010 )

Sebelum keluar aku salam si kakak tadi tu.

"Eh kejap² ade surat untuk Cik Usop" dia ambik kertas sekeping ( buku tulis sape ntah dia koyakkan).

Time tu jugak dia terus tulis.

"Okeh terima kasih tau" aku jawab terus aku bace surat tu.

SURAT PALING SIMPLE TAHAP DEWA AKU PERNAH DAPAT!

Depan tulis MOHD YUSOF. Dalam tulis CIK YUSOF!! ngan signature dia kat belah kanan bawah. Tak ke simple namenye tuh? hahha kelakar siot ;DD

Monday, August 2, 2010

Car Wife


SURAT UNTUK ABANG...

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan KERETA abang baik-baik.. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau kenapa?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance.. ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya kenapa tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...

DAN... YANG TERAKHIRNYA... ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

Dari Ayang...




SURAT UNTUK AYANG (balasan SURAT UNTUK ABANG)

dear ayang,

bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang, abang suruh keja ayang tak nak, ayang kata nak dok umah jaga anak, nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap² hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah.. cuba lah ayang fikir mana tak abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu.. bukan nye abang gi foya² kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang tak nak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang tak belikan kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam doremon.. ish tak nak lah abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek.. hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k.. ayang tak tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k.. tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau make up mmg sebijik Maya Karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang make up abang terbayang lak muka pontianak dlm citer PHSM.. bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat pe.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak payah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tegahari nak morning kiss macam manenye.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..

nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung abang izinkan cuma jgn lupa kirim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang tak payah laa susah² gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan.. bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap² leh masuk hspital.. abang kene tanduk tak ape..

jaga anak2 bebaik jgn bagi diorang main kat sungai musim² banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu.. ayang pun jaga diri baik².. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg tak nak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. dah la rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu tak boleh abang nak bayang kan macam mana... tengok la sendiri gambar tu..


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi ye.. bye ayang.

love,
abang
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails